Tuesday, October 2, 2012
CEUPACS MAHUKAN BONUS TANPA DI CUKAI
Saya bukan lagi seorang kakitangan awam tapi saya
pernah menghabiskan 13 tahun dari umur bekerja saya sebagai pegawai kerajaan.
Semasa dalam perkhidmatan saya dulu, saya tak pernah pun merasa diberikan
sebarang bonus. Tetapi alhamdulillah, selepas saya berhenti pada 1994,
kakitangan kerajaan sudah mula dibayar bonus hampir setiap tahun. Saya amat
gembira bagi kawan-kawan yang masih terus setia dalam perkhidmatan.
Bila DS Najib mengumumkan bonus 1 ½ bulan bagi
kakitangan kerajaan saya juga turut sama gembira. Melimpah ruah rezeki
merekalah nampaknya. Bagi saya pula, kehidupan separa pencen di sektor swasta,
seperti biasa akan bertambah sempit sedikit kerana harga barangan yang mungkin
akan meningkat kerana “kecairan” hasil pembayaran bonus, BR1M, skim buku,
bantuan sekolah dan entah beberapa lagi “goodies” yang akan dibayar kerajaan.
Tak kurang juga rakan-rakan saya yang meluahkan rasa tak puas hati kerana bajet
baru-baru ini kurang membantu orang-orang kelas menegah seperti mereka. Biasalah
tu, tak semua akan setuju dan tak semua juga akan tidak bersetuju. Siapa yang
dah dapat tu harus bersyukur.
Tapi Datuk Presiden CEUPACS ni lain pulak fesyen
dia. Dah dapat bonus dia tak puas hati lagi. Mahu bonus ni dikecualikan dari cukai
pendapatan pula. Untuk makluman
mereka-mereka yang belum tahu, bajet 2013 memperuntukan semua pekerja
(kerajaan ataupun swasta) yang bergaji di bawah RM5,000 sebulan tidak lagi di
kenakan membayar cukai pendapatan. Jadi, Presiden CEUPACS ini mahu meminta
kakitangan kerajaan bergaji melebihi RM5,000 ini dikecualikan bayar cukai ke atas
bayaran bonus? Eh, ini dah melampau. Terlupa, bayaran zakat ke atas bonus ni tak
diminta untuk dihapuskan juga ke?
Cukai pendapatan di kutip berasaskan jumlah gaji
tahunan. Ada bonus ke tidak, itu bukan ukuran. Lagi tinggi gaji tahunan lagi
banyaklah cukai yang perlu dibayar. Tiada yang terkecuali. Itu karma kita
sebagai rakyat Malaysia dan di negara-negara lain di dunia ini pun begitu.
Presiden CEUPACS ini agaknya mungkin sedang menagguk
di air keruh. Dah tahu PRU dah hampir maka dia pun mulalah buat permintaan itu
ini. Ehem, sekilas ikan di air, dah ku tahu jantan betinanya. Manalah tahu kalau
PM terdesak untuk mendapatkan sokongan padu kakitangan kerajaan, maka akan
dimakbulkanlah permintaan dia tu. Inilah yang dikata oleh Karam Singh Walia,
dah dapat betis nak kan peha.
Kita tengok ajelah belit membelit CEUPACS ni. Saya
berharap pihak kerajaan tak payahlah nak layan lebih-lebih permintaan CEUPACS
ni. Sahabat saya Saudara Rodzee Arshad dari Melaka mungkin setuju jika saya
kata, mungkin dia ni macam “ulau melingkau dalam pagau”.
UnclearEngineer.
Sunday, September 30, 2012
KENAPA SKIM SUSU 1MALAYSIA TERCEMAR
Kesekian
kalinya saya membaca mengenai pencemaran susu sekolah sehingga menyebabkan
banyak murid terpaksa di hantar ke hospital oleh keracunan makanan. Perkara ini
berlarutan entah sejak beberapa belas tahun tanpa diselesaikan dengan baik oleh
semua yang terlibat dalam skim ini. Susah sangat ke nak diselesaikan?
Sebagai
langkah pertama, pihak Kementerian Pelajaran termasuk kontraktor pembekal perlu
buat kajian dengan segera untuk mengenal pasti punca sebenar keracunan makanan
dari skim susu percuma ini. Janganlah
asyik nak menyerahkan kepada kuasa Allah semata-mata tanpa ada usaha menghapuskan
masalah tersebut secara bersungguh-sungguh. Banyak juga murid sekolah lain yang
minum, OK jea. Tapi kat sekolah ini, begini pula jadinya. Apa nak buat, dah
ditakdirkan Allah.
Saya nak tanya kat mereka-mereka yang bertanggung jawab, ada ke mana-mana kajian ilmiah yang dah di buat untuk mengenalpasti sumber pencemaran-pencemaran ini? Kejadian ini sudah berlaku berpuluhan kali mungkin ratusan kali dan jika di buat kajian sudah tentu data yang di kutip amat banyak sekali. Adakah punca pencemaran dari susunya, dari strawnya ke, dari pembungkusannya (kotak susu) atau dari cara penyimpanan susu yang tidak mengikut peraturan termasuk jika ianya perbuatan sabotaj. Semua ini senang mahu dikenalpasti. Keluarkan gran penyelidikan dan dapatkan sahaja penyelidik-penyelidik dari universiti-universiti tempatan untuk buat kajian. Susah sangat ke?
Saya nak tanya kat mereka-mereka yang bertanggung jawab, ada ke mana-mana kajian ilmiah yang dah di buat untuk mengenalpasti sumber pencemaran-pencemaran ini? Kejadian ini sudah berlaku berpuluhan kali mungkin ratusan kali dan jika di buat kajian sudah tentu data yang di kutip amat banyak sekali. Adakah punca pencemaran dari susunya, dari strawnya ke, dari pembungkusannya (kotak susu) atau dari cara penyimpanan susu yang tidak mengikut peraturan termasuk jika ianya perbuatan sabotaj. Semua ini senang mahu dikenalpasti. Keluarkan gran penyelidikan dan dapatkan sahaja penyelidik-penyelidik dari universiti-universiti tempatan untuk buat kajian. Susah sangat ke?
Untuk
makluman tuan/puan pembaca budiman, kalau di negara-negara maju ni, sudah tentu
pihak sekolah, pihak kementerian yang berkenaan mahupun pihak pembekal susu dah
kena saman kaw-kaw. Jangan main-main, sakit perut kerana keracunan makanan
bukan macam rasa sakit demam. Ada masa perut memulas macam nak terburai keluar
semua isi dalam nya. Saya percaya semua orang pernah kena keracunan makanan
ini. Di Malaysia ni OKlah lagi. Budaya saman bukan budaya kita. Tapi kalau masih tak diambil peduli, kena pula
dengan anak penyokong parti pembangkang (misalnya) dan ada pula peguam yang
gila-gila, maka ada pihak-pihak yang akan terseret ke mahkamah nanti. Sebelum ini
berlaku, selesaikan isu ini sebaik-baiknya.
Penyelesaian
paling mudah dan pantas ialah dengan memberhentikan sama sekali skim susu
percuma ke sekolah-sekolah. Ibarat kalau banyak sangat songe kau kita berhentikan
sahajalah, padan muka. Tapi itu penyelesaian orang marah. Diakui dari jumlah
kejadian pencemaran yang berlaku, ianya
masih pada jumlah kecil berbading dari keseluruhan jumlah susu yang diminum.
Lagi pun skim ini amat baik bagi mereka-mereka yang datang dari keluarga miskin
yang mungkin memerlukan protein tambahan dan susu yang dibekalkan kerajaan ini lah
sahaja yang mampu meningkatkan zat pemakanan bagi murid-murid miskin ini. Skim
ini patut di teruskan dengan sedikit penambahbaikan.
Saya
ada beberapa syor yang mungkin boleh di ambilkira jika mahu menyelesaikan
masaalah ini. Sesetengahnya mungkin memerlukan sumber kewangan tambahan tapi
saya rasa ianya amat kecil berbanding risiko yang bakal ditanggung oleh semua
pihak. Antara syor saya:-
1.
Buat penyelidikan secara ilmiah dan pastikan sebab-sebab
pencemaran berlaku. Masalah akan dapat kita selesaikan HANYA jika sebab musababnya
dah di kenalpasti.
-
Jika dari susu, maka susu perlu disterilkan dengan sempurna
pada suhu yang ditetapkan.
-
Jika dari bilik pengisian susu yang tak bersih, pastikan
proses pengisian di jalankan dalam keadaan bilik yang bersih dan steril
-
Jika pembungkusan/kotak susu mahupun straw sebagai punca,
kotak perlu di steril sebelum digunakan. Sudah ada teknologi dalam Malaysia
yang mampu melakukan ini secara mudah dan murah. Kalau berminat, sila hubungi
saya di yazizy@gmail.com.
-
Jika salahnya ditempat simpanan, pastikan bahan susu ini
disimpan di tempat bersih dan terlindung dari pancaran terus panas cahaya matahari.
-
Kalau sabotaj, tak dapeklah den nak tolong. Mungkin guru
boleh membuat pemeriksaan dengan melihat semua stok jika terdapat kecacatan pada kotak
yang mencurigakan.
2.
Di sekolah pula saya ingin mencadangkan peraturan tambahan
seperti berikut:-
-
Sediakan gelas plastik bersih di sekolah bagi setiap murid.
Minta setiap murid untuk membasuh gelas ini sehingga bersih sebelum digunakan.
-
Susu perlu dituangkan ke dalam gelas plastik ini terlebih
dahulu.
-
Periksa keadaan serta kualiti susu. Jika warnanya sudah
berubah, berbau atau keadaanya berketul-ketul, sila lapurkan segera kepada
guru. Susu begini perlu di buang dan diganti dengan susu lain.
-
Apa bila semuanya kelihatan OK maka barulah susu tersebut dibenarkan
untuk diminum oleh murid-murid.
-
Ingatkan kepada murid, jangan sesekali meminum susu terus
dari kotaknya.
-
Minta murid-murid membasuh dengan bersih gelas masing-masing
selesai sahaja minum susu.
Saya
pasti jika langkah-langkah yang saya syorkan di atas diamalkan, masalah
keracunan makanan dari skim susu percuma 1Malaysia ini akan dapat dikurangkan
ke paras yang paling minima. Semoga apa yang saya tulis ini akan dapat
memberikan menafaat kepada semua. Salam.
Haji
Yaziz Yunus
UnclearEngineer
UnclearEngineer
yazizy@gmail.com
LEPAS KUANTAN, PENGERANG PULA.
They
(Pengerang residents) know they need to stick together to ensure the country
has its future, that our children have their future”, said Himpunan Hijau Wong
Tack. Sila baca di http//:www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/pengerang-rally-a-sign-of-trouble-for-umno-in-johor/
-----------------
Macam
mana nak memastikan masa depan yang cerah bagi Malaysia jika kita sanggup
mematikan projek bernilai RM60 billion yang akan menukar daerah sepi seperti
Pengerang menjadi kawasan yang yang pesat membangun menandingi kehebatan
Singapura sebagai hub petrokimia Asia dan
yang akan mencipta 40,000 peluang pekerjaan bagi warganegara Malaysia terutama
bagi penduduk tempatan?
Isu
pampasan RM 2.80 sekaki persegi telah dimainkan bagi menaikkan perasaan tak
puas hati bagi penduduk Pengerang. RM 2.80 sekaki persegi bermakna sebanyak lebihkurang
RM120,000 bagi setiap ekar. Berapakah agaknya harga tanah ini sebelum
pengumuman projek ini oleh PETRONAS? RM 20,000 seekar? Selain dari pampasan
tersebut saya dimaklumkan bahawa kerajaan juga berjanji akan menyediakan tapak
rumah di satu kawasan lain untuk penduduk yang terpaksa berpindah selain
peluang latihan bagi anak tempatan dalam merebut peluang pekerja di bidang
industri minyak dan gas yang akan dibangunkan nanti.
Membaca
the Malaysian Insider, akan menjadi “terang lagi bersuluh” tentang niat sebenar
kumpulan pencacai gerakan hijau ini. Lihat sahaja apa yang di tulis seperti di
bawah ini.
-
“The outspoken activist added the Pengerang issue would
likely be UMNO’s sore point, even affecting its chances of capturing the parliamentary
seat in the coming polls”. -
Sebenarnya
isunya bukan tentang keperhatinan mereka terhadap nasib penduduk dan alam
sekitar di Penggerang tetapi lebih kepada mahu mengoyahkan kekuatan UMNO di Johor
yang di lihat oleh ramai ahli politik sebagai kubu kuat terakhir UMNO. Memang
tersususn nampaknya gerakan yang mahu menukar kerajaan yang mungkin di biayai
oleh oleh anasir-anasir dari luar negara ini. Mengangkut hampir 10,000 orang ke
Pengerang Johor bukan kerja mudah dan murah. Selain logistik melibatkan pengangkutan,
pihak penganjur juga perlu mengambilkira tentang keselamatan serta makan minum
pembantah yang terlibat selain menyediakan sehelai T-shirt bagi setiap orang!
Saya
cadangkan supaya kerajaan lihat sahaja dulu apa yang berlaku. Jika benar banyak
penduduk tempatan yang menyertai bantahan, ambil sahaja keputusan untuk
membatalkan projek dan pindahkan sahaja ke tempat lain yang lebih memerlukan
projek seperti ini. Atau kalau tak ada tempat di Malaysia yang mahu, cari
sahaja tempat luar negara. Yang penting PETRONAS perlu mencari jalan untuk
mempertingkatkan hasilnya.
Nampaknya
lagi lama PRU 13 dilengahkan lagi banyak isu yang cuba di timbulkan oleh
pembangkang bagi mengikis sokongan rakyat kepada kerajaan BN. Semua tindakan bagi
pembangunan negara akan diputarbelit bagi menampakkan segala cerita negatif
bagi memburuk-burukan kerajaan semasa. Harapan mereka rakyat akan bangun dan
menukar kerajaan kepada parti mereka pula.
Tak
nampak kah lagi kita?
UnclearEngineer
Wednesday, September 26, 2012
INDUSTRI SARANG BURUNG WALIT - RIBUT YANG TAK HABIS-HABIS
Terbaca cerita tentang industri sarang burung walit yang jadi “hot” beberapa
minggu yang lepas. Parti pembangkang pula dah buat pula tuduhan rasuah dan cuba
memonopoli kegiatan eksport yang ditujukan kepada kakitangan MOA yang kononnya
bersekongkol dengan beberapa kerat pengusaha sarang burung walit ni.
Baru-baru ni saya ada jumpa dengan seorang pengusaha sarang burung ni. Dia
ni orang BN. Dia kata memang betul apa yang di tuduh dek pembangkang tu. Apa dah jadi YB Datuk Noh Omar oi? Tengok2lah
sikit kat anak buah tu. Kalau ada yang tak kena tolonglah nasihatkan. Rakyat bukan
bodoh macam dulu. Mereka dah berani lawan jika ada yang sengaja mereka lihat main
“kong kali kong”.
Tup, tup tengah ribut pasal tuduhan penyalahgunaan kuasa ni timbul pula
satu masaalah baru. Sekumpulan aktivis hak asasi haiwan pula dah masuk
semangkok. Aktivis ini pula telah mengesa kerajaan supaya menghentikan eksport
sarang burung walit ini atas sebab kerana ianya menganiaya binatang, maknanya
burung walitlah tu.
Betul juga kalau difikirkan. Burung tu ditipu dengan bunyi-bunyian supaya bersarang di sesuatu tempat. Lepas penat buat sarang dengan menggunakan air liur dia, ada pula manusia yang curi. Dia buat lagi, di curi lagi. Entah beberapa kali. Tak kan penat burung tu. Tanpa sarang (umpama macam rumah bagi manusia), macam mana nak berkahwin dan beranak pinak? Kalau aku pun sudah tentu aku meraong kemarahan setiap kali kerja keras aku buat rumah tapi akhirnya di curi orang. Memang ini kes aniaya.
Betul juga kalau difikirkan. Burung tu ditipu dengan bunyi-bunyian supaya bersarang di sesuatu tempat. Lepas penat buat sarang dengan menggunakan air liur dia, ada pula manusia yang curi. Dia buat lagi, di curi lagi. Entah beberapa kali. Tak kan penat burung tu. Tanpa sarang (umpama macam rumah bagi manusia), macam mana nak berkahwin dan beranak pinak? Kalau aku pun sudah tentu aku meraong kemarahan setiap kali kerja keras aku buat rumah tapi akhirnya di curi orang. Memang ini kes aniaya.
Kalau kita bersimpati dengan kes burung walit ni macam mana pula dengan
kes ayam telor? Tiap hari dia bertelor tapi di ambil orang. Dahlah tak dapat
mengawan dan di kurung dalam reban yang amat kecil sekali. Bukan ini juga
menganiaya binatang? Bila sampai kepenghujung hayat, dah tak betelor lagi di
sembelih pula untuk di jual sebagai daging ayam tua buat rendang hari raya. Ini lagi besar punya aniaya. Sekurang-kurangnya
burung walit tak kena sembelih untuk buat lauk raya.
Banyak lagi kes penganiayaan binatang ni kalau di cari dan kalau
aktivis hak asasi haiwan ni nak perjuangkan maka tak kan habis-habis sampai dia
orang pun tak jadi nak buat kerja lain. Ah, bagi saya kalau semua nak di fikir,
makan sayur dengan nasi sahajalah nampaknya kita.
Dato Noh, kes eksport sarang
burung walit ke China tu dah selesai ke? Apa? ramai pula yang tak nak
mendaftar? Tak yah layan sangatlah depa tu. Suruh depa eksport
sendiri-sendirilah kalau boleh. Tolong pun salah, tak tolong LAGI salah.
UnclearEngineer
(jurutera nuklear yang sentiasa kelabu di mata tapi terang akal setiap
masa)
PERKEMBANGAN TEKNOLOGI NUKLEAR DI INDONESIA
Saya
amat tertarik dengan video dari youtube ini mengenai reaktor nuklear 30 MW yang
beroperasi di Serpong, Indonesia. Saya berpeluang melawat reaktor ini beberapa
tahun yang lampau. Saya juga berpeluang melihat operasi pembuatan radioisotop
dan “sel panas” yang terletak bersebelahan dengan kompleks reaktor ini.
Dari segi
peralatan dan teknologi, Indonesia saya dapati lebih maju dan terkehadapan
dalam teknologi nuklear ini. Indonesia telah memperkenalkan teknologi nuklear
lebih awal dari Malaysia, malah Pusat Penyelidikan Atom Tun Ismail (PUSPATI)
dibangunkan di Malaysia selepas Tun Dr. Ismail begitu tertarik dengan teknologi
ini sebaik melawat reaktor TRIGA di Bandung.
UnclearEngineer.
Saturday, September 22, 2012
MASAALAH AIR DI SELANGOR, MATILAH KITA KALAU MACAM NI.
Baru habis baca pasal masaalah air di
Selangor. Ada blog yang tuduh
terdapat arahan supaya di tutup paip bagi memberi gambaran bahawa terdapat
kekurangan bekalan air di Selangor sehingga perlu diadakan “ration” air di
sesetengah tempat. Saya tak nak tuduh siapa yang suruh dan siapa yang untung
mahupun rugi dalam kes ini. Saya pasti, yang rugi adalah pengguna. Yang kesiannya
rakyat yang duduk di rumah-rumah flat yang terpaksa memikul air dari lori ke
tingkat 3/4 rumah masing-masing.
Teringat saya beberapa tahun yang lalu
saya pernah pergi ke Karachi, Pakistan. Sahabat yang saya jumpa di sana
memberitahu bahawa di Karachi ada sendiket yang mencari keuntungan atas
kesengsaraan orang ramai. Diberitahu bahawa disesetengah kawasan Karachi, pekerja
syarikat pembekal air diupah sendiket supaya dengan sengaja merosakkan pam
sehingga menyebabkan ketiadaan air di kawasan berkenaan. Penduduk akan terpaksa
berpusu-pusu membeli air untuk kegunaan harian dari lori-lori tangki yang
secara kebetulan tiba-tiba datang membawa air. Selepas beberpa hari, pam pun
diperbaiki dan bekalan air pun pulih semula. Pada masa yang sama, pam di
kawasan lain pula jadi problem dan lori-lori tangki yang sama akan pergi pula
ke tempat baru untuk menjual air. Perkara ini berulang setiap masa dan sudah
tentu akan mendatangkan keuntungan kepada tuan-tuan punya lori tangki air. Saya
sedih mendengar cerita sebegini dan ianya berlaku di sebuah negara yang
kononnya ditubuhkan atas dasar mahu menegakkan Islam sebagai agama negara.
Sekarang saya dengar pula ianya berlaku
di negara saya sendiri. Walaupun bukan kerana meraih keuntungan kewangan tapi
politik, ianya amat menjijikan saya. Tak kanlah mahu menunjukkan bahawa parti
aku baik dan parti lawan tak baik sehingga sanggup menjadikan rakyat sebagai
mangsa. Dah hilang akal ke ahli politik kita ni?
Dulu orang kata sistem politik dua parti
akan memberikan kebaikan pada Malaysia. Saya dah mula tak percaya dengan
tanggapan ini. Nampak sangat kalau beginilah cara berpolitik di Malaysia
masakini, tidak mustahil kita akan menuju ke arah apa yang berlalu di Pakistan.
Buat masaalah dengan sengaja dan segera menuduh parti lawan yang menyebabkannya.
Semasa tuduh menuduh berlangsung, rakyat yang akan menanggung akibatnya.
Apa nak jadi kat Malaysia di masa depan
kalau macam ni? Masih ada ke harapan untuk mencapai status negara maju pada
tahun 2020 nanti?
UnclearEngineer
Monday, September 17, 2012
LOMPAT APEK LOMPAT, AIYAA
Seorang tokoh korporat UMNO Sabah, Tan Sri Ibrahim Menudin telah mengumumkan keluar UMNO dan menyertai PKR.
Membaca latarbelakang Tan Sri Ibrahim Menudin ini kita akan terkejut dengan
sumbangan besar beliau terhadap usaha membawa masuk UMNO ke Sabah dulu. Beliau
yang merupakan seorang akauntan dan pernah terlibat mengendalikan beberapa syarikat
tersenarai yang besar sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan juga ahli
lembaga pengarah.
![]() |
| Kalau Dato Karim Ghani, Pengasas UMNO Sabah sendiri cakap macam ni, apa cerita? Kalau kaya macam Dato Karim ni dan anggap duduk tepi jamban, saya pun nak. Jangan mare, gurau je. |
Antara perkara yang di sebut sebagai sebab dia keluar UMNO ialah kegagalan
kerajaan BN membangunkan Labuan dan isu rasuah yang mencemari UMNO Sabah. Rasuah?
That bad huh, sehingga seorang yang sekaliber Tan Sri Ibrahim boleh melompat .
Soalan yang bermain di kepala saya, kenapa sekarang? Tuduhan rasuah dalam
kerajaan sudah lama dibangkitkan dan sebagai seorang bekas ahli korporat “BN friendly”
mungkin beliau juga pernah terlibat dalam kegiatan ini. Ini cuma tanggapan saya
jika perkara isu rasuah ini sebegitu parah seperti yang didakwa.
Saya pernah sekali pergi ke Labuan. Memang amat mengeciwakan. Sebelum
sampai di sana, gambaran saya tentang Labuan adalah sebuah pulau yang hebat
membangun sebaris dengan namanya sebagai
pusat kewangan pesisiran pantai bertaraf antarabangsa setanding Singapura dan
Hong Kong. Kawasan komersial bandarnya jauh lebih kecil jika di bandingkan dengan
bandar Kajang sebagai bandingan. Tetapi yang saya hairan, kenapa wakil Sabah
mahupun UMNO Labuan tidak pernah menyuarakan isu pembangunan Labuan ini secara
serius di mana-mana forum seperti di Perhimpunan Agong UMNO dan juga semasa
perbahasan buget di Parlimen? Bagi saya, wakil UMNO dari Sabah termasuk Tan Sri
Ibrahim sendiri telah gagal membawa isu Sabah secara efektif. Sayangnya, Tan
Sri Ibrahim telah mengambil jalan mudah dengan melompat keluar parti dari terus
menyuarakan inspirasi rakyat di Sabah
dan di Labuan. Apakah beliau pasti bahawa parti barunya ini akan mampu
membangunkan Labuan serta menghapuskan rasuah yang menjadi penyebab beliau melompat? Pada pandangan
beliau mungkin PKR akan lebih sensitif dari BN.
Selepas Lajim Ukin dan kini Tan Sri Ibrahim Menudin mengistiharkan keluar
UMNO/BN, maka berkatalah orang kuat UMNO di Sabah bahawa tindakan terbaru ini
tidak akan menjejaskan kekuatan parti di Sabah. Sebagai ahli UMNO, saya pun
amat berharap kebenaran seperti yang dikata.
Kebenarannya, dengan berpaling tadahnya Lajim Ukin dan sekarang Tan Sri Ibrahim Menudin, sesuatu perlu di buat
oleh UMNO/BN Sabah bagi memastikan Sabah kekal sebagai “tabung simpanan” BN
pada PRU 13 ini.
Bagi pandangan saya, isu Sabah dan Sarawak ni sejak sekian lama
merupakan satu isu sensitif dalam pembinaan negara Malaysia. Walaupun rakyat di
Semenanjung dapat menerima orang Sabah sebagai rakyat Malaysia yang setanding
tapi dari pandangan orang Sabah berlainan pula. Sebagai pelawat di Sabah dan
juga Sarawak, saya merasa ada sesuatu yang tak kena tentang pandangan mereka
tentang orang Semenanjung. Banyak saya dengar tentang pelabelan orang dari Semenajung sebagai “penjajah”. Setelah 49 tahun dalam Malaysia,
sentimen “penjajah dan rakyat kelas tiga” masih terus menebal. Mungkin itu
kegagalan sebenarnya ahli politik Malaysia. Kita gagal membangunkan jati diri
Malaysia seperti negara-negara lain di dunia.
Peninglah lagi kepala DS Najib.
Saya doakan DS Najib akan dapat mencari jalan terbaik bagi mengekalkan sokongan
Sarawak dan Sabah terhadap kerajaan BN sama ada diperingkat negeri mahupun
federal. Lebih penting lagi jika DS
Najib dapat mencari jalan untuk memperkuatkan lagi semangat Malaysia dikalangan
semua rakyat Malaysia di mana sahaja mereka berada.
Jika belum terlambat, izinkan saya mengucapkan Selamat Hari Malaysia
untuk semua warga Malaysia yang sudi membaca blog saya ini.
UnclearEngineer
Subscribe to:
Posts (Atom)





