Salam Saudara Hishamuddin
Baru tadi saya membaca blog saudara di www.tukartiub.blogspot.com. Saudara telah menulis tentang isu yang hangat pada masa ini dalam tajuk “Lembu Shahrizat Lembu NFC:“. Saya telah menulis ulasan ringkas di blog saudara mengenai tulisan saudara itu tapi saya tak yakin bahawa ulasan tersebut akan sampai ke tangan saudara. Oleh sebab itu saya mengambil keputusan untuk menulis di blog saya ini dengan harapan ada sahabat yang akan dapat memanjangkan komen panjang lebar saya ini kepada saudara akhirnya.
Pertama kali saya melihat kelibat saudara secara fizikal adalah pada 3 Disember 1974. Saya masih ingat lagi pada hari tersebut ribuan mahasiswa sedang mencari perlindungan di Masjid Negara setelah perhimpunan tanpa permit kami diganggu oleh FRU. Saudara nampak segak, berjanggut dan berjambang dengan “trademark” memakai topi beret ala Che Guevera. 3 hb. Disember 1974 menjadi satu sejarah dalam pergerakan mahsiswa di Malaysia apabila ribuan mahasiswa telah bangun untuk menyatakan suara hati rakyat yang merasa tersepit dalam kemiskinan terutama rakyat di Baling, Kedah.
Sebelum peristiwa 3 Disember tersebut saya sebenarnya telah beberpa kali membaca di akhbar tentang kegiatan saudara dan ahli kumpulan saudara dari Kelab Sosialis Universiti Malaya. Saudara sentisa di hadapan dalam mempertahankan hak mereka-mereka yang merasa tertindas. Peneroka tanah haram kerajaan, setinggan yang mempertahankan rumah-rumah mereka yang bakal diranapkan atas alasan untuk membina projek pembangunan. Nama-nama seperti Hamid Tuah dan pengikut-pengikutnya di Telok Gong adalah sekadar nama yang masih saya ingat. Ramai lagi sebenarnya.
Antara perkara lain yang membuatkan saya merasa lebih dekat dengan saudara pada masa itu adalah kesamaan latar belakang kita. Saudara seperti juga saya merupakan seorang anak anggota polis yang masih berkhidmat dan orang “nogori”. Saudara orang Jelebu dan saya pula berasal dari Kuala Pilah. Nasib baik saya tak masuk UM, kalau tidak mungkin saya akan menjadi ahli Kelab sosialis UM yang amat saya kagumi itu. Untuk makluman saudara, semasa demonstrasi 3 Disember 1974 saya merupakan seorang anak muda berusia 19 tahun yang baru masuk tahun pertama di ITK, Jalan Gurney (kemudianya di tukar nama menjadi UTM). Sebab tak ada kelab sosialis di UTM maka saya telah bergerak aktif dalam kumpulan dakwah dan PMIUTM semasa di kampus.
Berbalik kepada pertemuan pertama dengan saudara di Masjid Negara. Saudara mundar mandir di perkarangan Masjid Negara dengan “loud hailer” yang tersangkut di bahu. Sekali sekala saudara meneriakkan sesuatu melalui “loud hailer” saudara. “Saudara, saudara…. komrad-komrad sekelian…….” pekik suara saudara. Ucapan saudara semasa saudara bercakap amat confident sekali. Setiap bait perkataan yang keluar jelas dapat saya dengar. Hebat sungguh manusia kerdil berjambang ni kata hati saya. Selepas saya masuk ke dalam masjid, saya tidak lagi melihat kelibat saudara sehinggalah saya dan ratusan penunjuk perasaan di tangkap polis dan dibebaskan dari tahanan polis kemudiannya.
Beberapa pemimpin belia dan mahasiswa telah ditahan pihak berkuasa termasuklah saudara Anwar sendiri. Tapi nama saudara tidak ada dalam senarai. Ke mana perginya manusia kerdil pejuang sosialis yang saya kagumi itu? Pada mulanya saya bersyukur kerana saudara mungkin terlepas dari ditangkap pihak berkuasa. Kemudiannya saya terkejut apabila di maklumkan bahawa saudara telah berjaya di seludup lari keluar dari Malaysia. Mana mungkin kata hati saya seorang pejuang rakyat lari macam tikus mondok kerana takut di tahan ISA! Tapi itulah realitinya bahawa saudara Hishamuddin Rais, pejuang rakyat yang tertindas kononnya, takut makan nasi percuma di Pusat Tahanan Taiping. Itu pengajaran pertama saya dalam politik. Jangan percaya sangat pada pemimpin yang berdegar-degar bercakap pasal perjuangan tapi bila sampai masa genting merekalah yang akan lari dulu dan meninggalkan pengikut menghadapi tindakbalas pihak berkuasa. Pemimpin-pemimpin ini mungkin ada sebab berbuat begitu tapi bagi saya mereka masih pemimpin bacul.
Saya juga pernah membaca kisah yang saudara tulis semasa di perantauan. Dari cerita semasa bermastautin di Australia sehingga pengalaman saudara di Beirut, Lebanon. Saya masih meminati cerita tentang diri saudara. Akhirnya saudara di benarkan kembali ke Malaysia. Saya lupa pada tahun berapa. Saya masih cuba membaca apakah tindakan selanjut saudara di Malaysia. Saya amat berharap saudara akan kembali terjun ke arena politik. Tambahan pula ramai dari mahasiswa era 1974 ini telah menjadi orang penting politik negara. Ramai yang dah jadi pemimpin parti-parti politik dalam parti pemerintah mahupun pembangkang. Ada yang dah menjadi menteri penuh bahkan ada yang telah menjadi Timbalan Perdana Menteri.
Saya juga pernah mendengar saudara bercakap selepas saudara kembali ke tanah air. Maaf kalau saya katakan bahawa Hishamuddin Rais yang saya kenali secara jauh dahulu bukan serupa dengan Hishamuddin Rais yang sedang bercakap sekarang. Karisma saudara telah lama hilang rupanya. Hilang dek terlalu lama berada dan hidup di negeri orang. Pergi semua sifat kenfident yang saya lihat dahulu. Yang ada hanyalah seorang manusia berumur, yang masih berjambang dan berjanggut tetapi terkeliru dalam perjuangan politiknya. Jangan marah dengan saya kerana berkata begitu, saudara. Itulah pandangan ikhlas dari saya tentang saudara sekarang.
Kembali kepada tulisan saudara “Lembu Shahrizat Lembu NFC:“ dalam blog Tukar Tiub saudara. Amat menyedihkan, kerana itu sahaja yang dapat saudara tuliskan mengenai isu NFC dan DS Shahrizat. Tidak ada apa yang membina dapat saya baca dari tulisan tersebut. Saudara bernada sarkastik dan menghampiri kelucahan. Saya juga pernah membaca tentang DS Shahrizat ini merupakan rakan sekampus saudara semasa di UM. Sampai hati saudara menulis begitu rupa terhadap DS Shaharizat. Membaca tulisan saudara dan mengetahui latarbelakang saudara, saya amat berharap saudara akan mampu menulis lebih baik dari itu. Sayang seorang manusia yang punya potensi besar hampir 35 tahun yang lampau hanya mampu menjadi pengkritik murahan dengan tulisan yang tak mampu menyumbang apa-apa terhadap perkembangan minda mahupun politik sihat dalam negara.
Tanpa kita sedari Saudara Hishamuddin, kita telah menghampiri usia emas. Marilah kita bersama-sama sebelum tercabutnya nyawa dari badan untuk menyumbang secara positif terhadap negara ini. Kita tinggalkanlah aktiviti yang sia-sia yang tak akan menyumbang apa-apa. Lupakanlah pengalaman negatif masa lalu. Biarkan sahaja generasi muda yang meneruskan perjuangan yang pernah kita pikul di masa lampau.
Salam ikhlas, Saudara. Semoga Allah mengampuni segala dosa-dosa masa lalu kita. Amin.
Yang benar
UnclearEngineer
PS: Saya mengalami kesukaran untuk masuk ke blog Tukar Tiub bagi kali kedua pagi ini. Apa masaalahnya saya tak tahu. Untuk makluman.
Salam Perjuangan Saudara.
ReplyDeleteCatatan saudara cukup menarik. Mohon saya 'publishkan' surat terbuka saudara ke blog Sungai Rapat Online
20an adalah umur yg penuh memberontak
ReplyDelete30an adalah umur yg mula menerima gagasan konsep kedamaian
40an ke atas adalah masa untuk kembali kepada diri sendiri, kepentingan keluarga dan mengumpul harta peribadi.
Dalam ertikata lainnya, tiada lagi bercerita soal kebebasan.
apa yg pasti, hisyamudin rais tak pernah sell-out. Kalau di hari mudanya dia bercerita tentang korupsi, di hari tuanya pun, topiknya masih tentang korupsi.
oh ya, beliau mungkin pernah lari dari malaysia sewaktu muda... tapi berapa kali pula beliau pernah ditahan dibawah ISA sejak gerakan reformasi 98 ?
sebagai anak muda hari ini, aku tetap salute pada manusia bernama hisyamudin rais sebab perjuangan politiknya bukan untuk merebut pangkat atau kerusi parlimen.
kalau hishamuddin rais tidak lari keluar negara dahulu, mungkin beliau tidak sehebat sekarang ini. pengalaman di luar negaralah yang banyak memberikan ilmu kepada beliau. beliau belajar tentang politik dan perfileman di luar negara juga.
ReplyDeleteuntuk pengetahuan tuan, ramai anak2 muda sekarang yang amat kagum dengan saudara hishamuddin rais kerana perjuangan beliau sentiasa konsisten dari dahulu sehingga sekarang. beliau sentiasa bersemangat, hebat berpidato dan berjaya menarik anak2 muda untuk mengikuti perkembangan politik tanah air.
saya setuju bahawa hishamuddin rais tidak pernah tergilakan pangkat dan jawatan.
semua yang beliau lakukan adalah demi perjuangan!
mantap artikel ni.... saya baru terbaca apa pun terbaik. Syabas.
ReplyDeleteHebatkah dia? Bagi saya dia hanyalah seekor kuda tunggangan yang semakin tua, lemah dan tak berguna. Masih dalam pencarian diri dan tidak nampak jalan pulangnya!
ReplyDeleteTiada apa yg hebatnya si LEMBU GAY ini. Tiada yg nak di gahkan yg dibawa balik dari luar negara tetapi menyerlahkan lagi kehilangan sifat sopan santun org Melayu. Pernah di satu ceramah beliau mengiyakan yg beliau pernah melanggan PELACUR MINAH SALLEH semasa cabut lari dari Malaysia.
ReplyDeleteSebenarnya tiada apa yg dapat dibanggakan yg ada ada LEMBU GAY TUA selain dai cakap cakap kosong yg langsung tidak dapat dijadikan tauladan oleh gulungan muda negara.