Baru kejap tadi aku lawat blog OpEd(http://remgold.blogspot.com). Aku suka baca blog “Unker Reme” dari Singapork ni sebab apa yang dia tulis dalam blog dia agak berlainan sikit dan dengan cara penceritaannya tersendiri. Kali ini dia bercerita tentang “King George VI & Ustaz Haron Din”. Aku tak minat nak ulas tentang cerita King George VI (KG VI), katanya dia seorang raja yang dipaksa (a reluctant king). Kenapa KG VI jadi begitu, rupa-rupanya dia seorang yang gagap.
Bercerita pasal ”reluctant king” ini, rupanya Unker Reme teringat dengan seorang yang beliau kenali sebagai “reluctant leader” dalam politik Malaysia. Siapa dia ni? Ustaz Dr. Haron Din katanya. Haram saya tak tahu hal ini. Satu yang amat beliau kagumi ialah walaupun Ustaz Haron Din ini adalah seorang ahli PAS yang sangat popular, dia tidak berminat kepada sebarang jawatan dalam kepimpinan PAS selagi ada ahli lain yang meminati jawatan tersebut. Itu sebabnya beliau tidak akan bertanding jawatan Timbalan Presiden, Naib Presiden mahu pun AJK Pusat selagi ada calon-calon lain yang berminat. Dia ni tak suka diundi-undi lah ni! “Incredible” jika ada orang politik seperti Ustaz ni. Tapi kalau semua ahli politik Malaysia begini, macam manalah senario politik Melayu gamaknya. Nasib baik ramai yang tak teringin nak ikut perangai Ustaz Haron Din. Kalau ramailah, apa nak jadi orang Melayu. “Eh, tak payahlah calon aku jadi wakill rakyat, kan si Wong dan Si Mugilan tu dah sanggup jadi ADUN. Ambik dia jea le” dialog yang mungkin berlaku. Mampus Melayu macam ni.
Reaktor TRIGA PUSPATI. Benda inilah yang aku pasang masa umor 26 tahun |
Sebenarnya aku pun ada cerita pasal Ustaz Haron Din, the “ghost buster” ni. Aku dulu kerja kat PUSPATI. Apa tu PUSPATI? Yang mana tak tahu aku ceritalah sikit, pusat penyelidikan atom kat Bangi. Tahun 1981, umor baru 26 tahun dan baru balik dari belajar di US dalam bidang kejuruteraan nuklear. Hebat beb, berapa orang yang ada degree ini pada masa tu. Projek pertama aku ialah untuk pemasangan sebuah reaktor nuklear penyelidikan berkuasa I.0 MW yang dikenali sebagai Reaktor TRIGA PUSPATI (RTP). Masa itu teringat ahli kumpulan kami terdiri dari Ir. Dr. Puad Abu (jurutera nuklear – sekarang Pengarah, Bahagian Kuasa Nuklear), Amin Sharifuldin Salleh (fizik nuklear), Syed Azmi dan Syed Nahar (jurutera, sekarang kedua-duanya “Safeguard Inspector” di IAEA, Vienna, Austria), Dr. Ashhar (jurutera elektronik – sekarang TKP, Nuklear Malaysia), Dr. Nahrul Alang Rashid (sekarang pensyarah di UIA), Yusof Ali (sekarang dah pencen sebagai ahli Fizik Kesihatan – Health Physicist), Dr. Gui Ah Au (sekarang di IAEA, Vienna, Austria). Ketua kumpulan ini ialah Dr. Ahmad Tajuddin Ali (sekarang Tan Sri). Juruteknik pula Zul Cina, Zainal Yusof, Kamaruddin serta seorang dua lagi yang saya tak ingat nama mereka. Sorrylah ini cerita lama.
Setelah semua komponen reaktor siap di pasang maka tibalah masanya bahanapi nuklear di isi dalam teras reaktor (reactor core). Satu, satu batang bahanapi di ukur dengan tepat dan diisi dalam kedudukan yang telah ditentukan bagi setiap batang rod bahanapi. Sebelum bahanapi mula di isi, kami telah mendapati ada sesuatu yang tak kena dengan salah satu dari rod kawalan (control rod) yang kami panggil “transient rod”. Sebagai reaktor penyelidikan, RTP boleh membuat operasi “pulsing”. Jadi rod transient inilah yang akan dilonjak keatas menggunakan sistem pneumatik bagi mendapatkan kaedah “pulsing” ini. Puas kami termasuk pakar pemasangan dari syarikat pembekal reaktor membuat pemeriksaan dan buat ujian, tak juga dapat dicari punca masalah.
Tiba masanya apabila pengisian bahanapi telah hampir ke tahap “critical mass”, maka Pak Menteri Sains pun telah dijemput sama untuk menyaksikan satu detik bersejarah - the first nuclear reaction to achieve criticality on Malaysian soil. Dengan Dr. Ahmad Tajuddin Ali sebagai Ketua Kumpulan, bertugas sebagai pengendali di panel kawalan dalam control room, maka RTP telah berjaya mencapai tahap “super critical” dan di stabilkan di tahap kritikal sejurus selepasnya. Malaysia pada saat itu telah masuk ke alam teknologi nuklear. Mungkin ramai yang tersenyum bangga tapi bagi kami jurutera pemasangan hanya mampu tersenyum kambing sebab untuk membolehkan sejarah tersebut tercipta kami telah bersetuju supaya rod transient (yang masih lagi rosak) ditarik keluar secara manual dan di gantung dengan tali. Kah, kah, kah…… ikat dengan tali? Tak hitech langsung!
"Cerenkov Glow" bila reaktor beroperasi. |
Berbalik kita kepada cerita Ustaz Haron Din. Masa tu Ketua Pengarah PUSPATi adalah Dato Prof Ghazali (arwah) yang dipinjamkan dari UKM. Bila Dato Prof Ghazali mendengar tentang masalah rod transient yang tidak berfungsi walaupun telah diperiksa dan di buat ujian dengan teliti. Akhirnya tanpa pengetahuan kami, Dato Prof Ghazali telah memanggil Ustaz Haron Din, kawan baik Dato dari UKM. Semasa Ustaz Haron Din sampai, itulah pertama kali saya bertemu dengan beliau. Maklumlah saya baru balik dari US, manalah mengikuti sangat siaran agama di TV. Muka Ustaz nampak serius. Semasa menanggalkan kasut, kepala saya telah terantuk dengan kepala Ustaz Haron Din dengan tak sengaja. Saya minta maaf berkali-kali, tapi Ustaz Haron Din nampak masih serious dan tak mahu tersenyum.
Setelah membawa beliau ke semua pelusuk bangunan reaktor, kami pun keluar. Diluar semasa berjumpa dengan Prof Ghazali, Ustaz Haron Din memaklumkan apa yang akan mengejutkan kami. Katanya bangunan reaktor tersebut telah dibina di atas kampong orang bunian. Jadi anak-anak nakal orang bunian inilah yang telah mengganggu tugas serta peralatan kami. Prof Ghazali telah bersetuju dengan cadangan Ustaz Haron Din supaya Penghulu masyarakat bunian ini di pujuk untuk berpindah kampung ke satu tempat baru. Tempat yang disyorkan untuk penempatan baru tersebut ialah di Janda Baik.
Untuk dipendekan cerita, kambing pun di sembelih dan kenduri doa selamat pun di adakan. Saya sendiri tak mahu terlibat dengan langkah-langkah yang di ambil seterusnya. Kata orang yang tahu cerita, beberapa buah bas telah di gunakan untuk memindahkan orang-orang bunian ini. Yang hairannya, reaktor RTP tidak lagi mengalami sebarang masaalah teknikal selepas itu. Satu kebetulan atau ini kisah benar? Wallahualam.
UnclearEngineer
SEDIKIT LATARBELAKANG – REAKTOR TRIGA PUSPATI
Pada 28.06.1982, Reaktor TRIGA PUSPATI, Unit Tenaga Nuklear telah ditauliahkan, yang memberi makna bermulanya satu era baru penggunaan teknologi nuklear di Malaysia yang telah dibina pada November 1981. Reaktor TRIGA PUSPATI direkabentuk dan di buat di Amerika Syarikat oleh Syarikat General Atomic, San Diego. Ia merupakan salah satu daripada lebih 62 reaktor jenis yang sama beroperasi di seluruh dunia pada masa ini. Reaktor jenis TRIGA MARK II ini mempunyai ciri-ciri keselamatan yang terbaik sepertimana yang ditunjukkan oleh rekod-rekod keselamatan pengendalian yang dicapai di UTN dan juga daripada pengguna-pengguna lain di seluruh dunia.
Kegunaan utama reaktor nuklear TRIGA ini adalah untuk latihan penyelidikan dan pengeluaran radioisotop. Sejak TRIGA PUSPATI ini ditauliahkan, ia telah mencapai tahap 11,200 jam operasi bersamaan 7200 megawatt tenaga. Menteri Sains Teknologi dan Alam Sekitar, Datuk Amar Stephen Yong menyifatkan perkembangan itu sebagai satu peristiwa penting dalam sejarah Malaysia serta dapat memperkembangkan lagi pembangunan sains dan teknologi khususnya teknologi nuklear. Dengan beroperasinya reaktor TRIGA PUSPATI itu pada hari ini dalam tahun 1982, membolehkan negara maju setapak lagi dalam bidang penyelidikan dan merupakan satu kejayaan cemerlang negara.
eeeeeeeeeee cerita hantu. takuttttt....
ReplyDeleteheehee. i like these kind of stories - kita orang lama banyak cerita.
En. Reme
ReplyDeleteSaya bukan cerita pasal hantu tapi cerita pasal orang bunian. Kalau tanya Ustaz Haron Din, makhlok yang di panggil bunian ini memang ujud. Kabarnay mereka ini macam kita juga ada rumah, keluarga, kereta, menganut agama Islam dan sebagainya.
Ada separoh orang tak percaya. Saya masih lagi ragu-ragu. Tapi kalau benar ada di tulis dalam Quran, saya percaya lah.
UnclearEngineer
Salam UE
ReplyDeleteSemasa Nabi(saw) ditinggalkan sahabahnye disatu tempat, Sekumpulan jin telah didakwah & diIslamkan Nabi (saw). Dlm Al-Quran ada surah Al-Jin (surah 72).
Tentang bas pengangkutan tu yg saya skeptical munkin Ustaz Haron Din ada penjelasannya kot.
Apa nak diheran mata manusia walau dia sebijak mana sekali pun tak mampu melihat "semua"ciptan Allah,kecuali dibukankan hijab oleh Nya.Subhanallah!
ReplyDeleteterima kasih untuk entri, enjoy saya baca
ReplyDeleteSalam
ReplyDeleteminta tolong tengok jap video ni bertajuk Saya Tidak Pernah Pindahkan Jin Dengan Bas - Ustaz Haron Din