Wah, ini apek sudah main kasarlah.
http://www.ybk.org.my/component/content/article/36-berita/917-amaranterbuka-kepada-roketkinicom-222013.html
Saturday, February 2, 2013
Thursday, January 31, 2013
INTERNATIONAL MEETING ON RADIATION PROCESSING (IMRP)
Sesungguhnya “mesyuarat”
merupakan nama yang kurang tepat untuk IMRP. IMRP ini sebenarnya sebuah
persidangan bagi industri pemprosesan sinaran melibatkan teknologi gama, alur
elektron dan x-ray. Ia tersenarai sebagai persidangan
terbesar dalam teknologi pemprosesan menggunakan sinaran seantero dunia dan “a
must attend” bagi mereka-mereka yang terlibat dalam industri ini. Sesiapa yang
belum pernah ke IMRP, maknanya belum lagi sah jadi ahli dalam “kelab” ini.
IMRP pertama telah di adakan di San
Juan, Puerto Rico pada 1976 dan sehingga kini sudah 16 kali IMRP ini di adakan
di 16 kota besar berlainan. IMRP yang pernah saya hadiri termasuk Istanbul
(1994), Anaheim, California (1997), Melbourne, Australia (1999) dan Chicago, US
(2003). Kuala Lumpur telah berpeluang menjadi tuan rumah IMRP pada 2006. IMRP
terbaharu pula akan di adakan di Shanghai, China pada November 2013 ini.
Kuala Lumpur merupakan satu-satunya
bandaraya di Asia selain Tokyo (1980) dan Beijing (1992) yang pernah dipilih sebagai
tuan rumah. Bagaimana KL terpilih? Inilah cerita yang mahu saya ceritakan.
Cerita mengenai seorang anak Melayu hampir 10 tahun yang lalu terkontang
kanting seorang diri di Chicago, Ilinois, USA semasa berlangsungnya IMRP 2003 berusaha
melawan gelombang bidaan dari Jepun dan China. Akhirnya Jepun dan China tewas dan
KL berjaya menjadi tuan rumah yang dikatakan persidangan paling
berjaya dalam sejarah IMRP. Tiada niat saya untuk memuji usaha saya
tapi inilah sejarah yang perlu di ceritakan kepada semua anak-anak muda
terutama yang masih mencebur diri dalam bidang teknologi nuklear ini bahawa
Malaysia mampu melakukannya jika kita mahu!
Masih teringat saya akan peristiwa di IMRP 2003 Chicago, Amerika Syarikat.
Saya telah di arahkan supaya membuat bidaan untuk membawa IMRP 2006 ke Kuala
Lumpur, Malaysia. Masaalahnya saya merupakan delegasi solo Malaysia ke
persidangan di Chicago tersebut dan ini sudah tentu merupakan satu kerja yang
amat berat untuk menyakinkan tuan rumah dan delegasi lain yang datang dari seluruh
dunia untuk memilih Malaysia. Semasa bertolak saya masih tak mengetahui
siapakah lagi negara yang akan membuat bidaan. Yang saya difahamkan pihak industri
mahu IMRP 2006 selepas Chicago di adakan di Asia pula.
Dari Kuala Lumpur lagi saya sudah bersiap sedia dengan segala bahan yang
akan saya gunakan untuk meyakinkan jawatankuasa pemilih hos baru (New Host Selection
Committee) di Chicago nanti. Persembahan audio dan video telah saya sediakan
dengan pertolongan kawan-kawan di Malaysia. Saya bawa cenderhati sebanyak
mungkin dari Malaysia sebagai usaha memperkenalkan Malaysia kepada perwakilan
yang hadir nanti. Setiap ahli jawatankuasa pemilih dibekalkan dengan beg yang
tertulis nama peribadi dan dipenuhi dengan semua dokumen bidaan serta brosur
mengenai Malaysia terutama Kuala Lumpur. Semuanya saya angkut dalam baggage
saya. Pengalaman saya sebagai ahli jawatankuasa pemilih host baru di IMRP
Melbourne (1999), saya jadikan sebagai rujukan. Saya pastikan semua yang perlu
telah saya sediakan. Hanya persembahan oral saya di depan jawatankuasa pemilih
yang akan menjadi penentu kejayaan.
Mendapatkan visa ke US bukan sesuatu yang mudah pada masa tersebut
terutama selepas berlakunya peristiwa 9/11 (2001) dan pengeboman di Bali, Indonesia
yang berlaku hanya setahun sebelumnya. Saya telah ditanya soalan berulang-ulang
kali oleh Pegawai Konselar di kedutaan US di Kuala Lumpur. Mereka mahu pastikan
bahawa jurutera nuklear dari Malaysia ini mempunyai sebab yang sah untuk menghadiri
persidangan melibatkan teknologi nuklear di Chicago ini. Setelah sebulan lebih
menanti, akhirnya visa saya di luluskan. Saya bertolak ke Chicago dengan penuh
debaran. Boleh kah saya lakukan semua ini seorang diri?
Setelah melalui pemeriksaan ketat semasa transit di Lapangan Terbang Los
Angeles, saya akhirnya sampai di Chicago pada waktu malam. Saya ambil limosin
lapanganterbang dari O’Hare Airport ke Fairmont Chicago Hotel. Memang sejuk dan
berangin kota Chicago ini. Patutlah Chicago di gelar sebagai “the Windy City”. Setelah beberapa hari di
Chicago barulah saya tahu bahawa China dan Jepun adalah negara Asia yang juga
berminat untuk menjadi tuan rumah bagi persidangan tahun 2006 tersebut.
Keesokannya setelah medaftarkan diri saya terus mencari rakan-rakan dari
negara-negara lain yang saya kenali sejak saya menghadirkan diri di IMRP-IMRP
yang lalu. Orang nombor satu yang saya cari ialah “sifu” saya George West dari
Australia. Saya mengenali George West sejak 1989 apabila dia menjadi pensyarah
saya dalam satu kursus yang saya hadiri di Bangkok, Thailand. Saya banyak bertanya dengan dia dan akhirnya
saya menjadi “best participant” bagi kursus tersebut. George West amat kagum
dengan kesungguhan saya mahu belajar sebanyak mungkin dari dia. Sejak itu saya
dan George West menjadi rakan karib. Pernah satu hari dia menyampaikan hasrat mahu
“join” syarikat saya. Di Austrlia dia merupakan CEO, Steritech – syarikat
pemberi perkhidmatan sterilisasi terbesar di Australia (3 logi di Melbourne,
Sydney dan Brisbane). Kemudian saya cari Gery Defalco dan Gordon Ashfiled dari
MDS Nordion, Kanada. Saya mengenali mereka berdua ni sejak 1988 apabila
berurusan mengenai pembelian dan pemasangan logi SINAGAMA di Agensi Nuklear Malaysia
(dulunya di kenali sebagai PUSPATI) dan seorang lagi Eric Beer, jurutera
mekanikal yang berkerjasama dengan saya merekabentuk logi gama di Rawang,
Selangor. Keempat-empat mereka bersetuju nak membantu saya dalam kerja-kerja
melobi.
Saya dengan bantuan rakan dari Australia dan Kanada mula bertemu dengan
semua peserta persidangan. Sasaran utama saya adalah mereka-mereka yang
tergulong sebagai “captians of the industry” – CEO, SVP, VP dan pengurus kanan
syarikat. Setiap waktu rehat dan “coffee break” saya gunakan untuk berjumpa
dengan peserta-peserta sebanyak mungkin sambil memperkenalkan diri saya, negara
saya Malaysia dan hasrat saya mahu mendapatkan sokogan bagi menjadi Kuala Lumpur
sebagai hos akan datang IMRP. Begitu juga dengan keempat kawan saya. Saya beruntung kerana ramai dari peserta negara
lain telah mengenali saya sebab dalam beberapa persidangan-persidangan
terdahulu saya selalu dipilih mempengerusikan sesi perbincangan dan
pembentangan kertas kerja selaian dilantik sebagai pengerusi jawatankuasa
pelaksana. Cuma mereka jarang dapat bercakap dengan saya secara peribadi.
Selama seminggu persidangan berjalan, di sebelah malamnya akan ada sahaja majlis
makan malam yang dihoskan oleh para syarikat penaja. Disini juga saya tidak
melepaskan peluang untuk bertemu dengan rakan-rakan dan melobi. Selepas selesai
makan malam, terdapat banyak majlis minum-minum santai di bilik-bilik
persendirian di aras eksekutif hotel. George West dan Gerry Defalco menjadi
perantara saya untuk saya meyelinap masuk ke bilik-bilik persendirian ini.
Masha Allah, banyak sangat minuman keras dan mereka-meraka yang dijemput ini
akan minum berbual sampai mabuk sebelum balik semula ke bilik masing-masing
untuk tidur. Demi untuk menjayakan
bidaan Kuala Lumpur saya terpaksa bersama-sama mereka sambil berbual-bual dan
melayan kengkawan yang ada setengahnya sudah pun mula mabuk. Ramai juga peserta
persidangan yang saya jumpa dan bersalam dengan cara ini. Rupa-rupanya mereka
amat menghargai usaha saya ini dan memberikan galakan kepada saya untuk terus
berusaha sampai KL berjaya.
Tibalah hari yang ditunggu-tunggu. Sebelah pagi sebelum “Gala Dinner” diadakan
maka jawatankuasa pemilih akan memanggil semua yang berminat membida untuk
ditemubual oleh ahli jawatankuasa. Yang pertama masuk adalah pembida dari
Jepun, kedua Malaysia dan akhir sekali China. Cara nombor temubual di atur,
saya sudah merasa bahawa jawatankuasa mungkin lebih memihak kepada Jepun. Saya
mula berkira-kira apa yang akan saya cakapkan di depan jawatankuasa nanti. Satu
soalan yang pasti mereka mahu tahu adalah tentang situasi keselamatan di
Malaysia. Ada di antara peserta dari Amerika Syarikat dan Eropah bimbang
tentang keselamatan masing-masing semasa di KL nanti. Mereka memberikan contoh
peristiwa pengeboman di Bali, Indonesia.
Lama juga pembida dari Jepun berada di bilik temubual, mungkin lebih
dari sejam, agaknya. Akhirnya pintu bilik terbuka dan pembida Jepun terus
keluar tanpa menyapa saya. Ah, sombong juga depa ni. Tanpa senyum mereka terus
berlalu pergi. Pintu masih tertutup untuk beberapa ketika. Mungkin ada
perbincangan pendek oleh ahli jawatankuasa. Kemudian terdengar suara menjemput
saya masuk. Jeng, jeng, jeng……… masaklah kau Yaziz di”provoke” dengan soalan
panas AJK pemilih. Bagaimana saya tahu? Saya tahu kerana 4 tahun terdahulu, saya
adalah salah seorang AJK pemilih di IMRP Melbourne yang memilih Paris sebagai
kota pilihan. Soalan provokasi saya telah menyebabkan pembida dari Brazil naik
angin bila Paris diumumkan sebagai pemenang.
Saya berjalan masuk ke bilik temubual dengan tenang (walaupun dalam hati
hanya Allah sahajalah yang tahu). Terus saya pasangkan komputer saya ke LCD sebelum
memperkenalkan diri. Setiap meja AJK pemilih saya letakkan satu beg berisi semua
dokumen bidaan dan brosur bagi memperkenalkan Malaysia. Semua terkejut bila
setiap beg telah saya jahitkan nama penuh masing-masing lengkap dengan cadangan
logo IMRP Kuala Lumpur. Kemudian saya mainkan video dari Tourism Malaysia bagi
memperkenalkan Malaysia secara ringkas. Persembahan “power point” pula amat
memberangsangkan mereka. Saya sebagai wakil Malaysia telah menjanjikan yang terbaik
kepada setiap peserta dan pengalaman di Malaysia yang tak akan mereka lupakan.
Saya juga berjanji untuk menjemput Perdana Menteri atau sekurang-kurangnya
Timbalan Perdana Menteri untuk merasmikan persidangan tersebut. Apabila masa
soalan tiba maka soalan cepumas pun diajukan. How safe is Malaysia do you
think? Saya katakan Malaysia dan Indonesia adalah dua negara yang berasingan
walaupun kami berjiran. Kegiatan pengganas terhad di Malaysia dan tiada
pengeboman berlaku di Malaysia sejak sekian lama. Pihak keselamatan Malaysia
amat professional dalam menangani kes melibatkan keselamatan negara. Malaysia
lebih proaktif dalam kerja-kerja perisikan dan berjaya membendung banyak
perancangan pengganas lama sebelum para pengganas ini berjaya melakukannya. Yang
menghairankan, banyak dari AJK pemilih menganggap Malaysia dan Indonesia serupa
umpama sebuah negara yang bersatu. Penerangan saya beri nampaknya dapat di
terima ahli Jawatankuasa. Selepas tidak ada lagi soalan, saya terus mengucapkan
terima kasih kerana diberikan peluang untuk membida bagi Malaysia dan saya
berjanji sekali lagi untuk menjadikan IMRP Kuala Lumpur sebagai IMRP paling
baik pernah dianjurkan.
Selepas keluar dari bilik saya terus balik ke bilik hotel saya sambil
tertanya-tanya. Mampukah saya tadi meyakinkan jawatankuasa pemilih bahawa
bidaan Malaysia lebih baik dari Jepun?
(bersambung di bahagian 2)
UnclearEngineer
UnclearEngineer
Monday, January 28, 2013
RASUAH – BAGAI MEMBUKA PEKONG DI DADA (BAHAGIAN 1)
Kesimpulan dari tinjauan terbaharu UMCEDEL, Universiti Malaya – Orang Cina
memilih Pakatan Rakyat sebab PR sanggup mengenepikan Islam dan hak istimewa
orang Melayu. Orang Melayu pula memilih Pakatan Rakyat sebab mereka mahu
menghapuskan rasuah hatta jika mereka terpaksa mengorbankan Islam dan bangsa
sendiri.
Mungkin golongan pembangkang yang
membenci rasuah hanya menuduh rasuah ini kerja kakitangan kerajaan sahaja.
Salah besar tu. Di sektor swasta, rasuah juga berlaku dengan rancak malah
mungkin lebih hebat lagi. Disebabkan ia melibatkan wang syarikat dan tidak
melibatkan wang rakyat maka penyakit ini di sektor swasta tidak menjadi satu kemarahan
orang ramai. Mungkin ada yang tak tahu bahawa terdapat kakitangan institusi
kewangan yang bertanggungjawab meluluskan pinjaman meminta “upah” berapa peratusan
dari jumlah pinjaman yang diluluskan untuk sesuatu projek. Kalau tidak, projek
tak dapat dilaksanakan sebab ketiadaan sumber pembiayaan. Kadang-kadang
kakitangan ini akan merekomen sesetengah juruperunding bagi menyediakan kertas
kerja serta mengisi borang permohonan yang kononnya akan mengikut format yang
dikehendaki bank. Sudah tentu khidmat ini perlu dibayar dan saya yakin pegawai
bank akan dibayar juga oleh juruperunding akhirnya sebagai “membalas budi”.
+++++++++++++
Begitulah muaknya sesetengah orang
Melayu dengan gejala rasuah yang dilihat terus bermaharajalela. Sampaikan
mereka sanggup untuk mengorbankan bangsa mereka sendiri jika itulah yang akan
mampu menghapuskan gejala rasuah ini. MasyaAllah, amat bahaya pemikiran
sebegini bagi saya. Umpama kata orang tua-tua kita dulu – “marahkan nyamuk,
kelambu habis kita bakar” walaupun sedar bahawa kita tidak punya wang lagi
untuk membeli kelambu baru. Akhirnya semua kena demam denggi.
Benarkah rasuah dah merebak luas hingga menjadi
penyakit kronik negara?
Jawapan ikhlas saya, dari apa yang saya
lalui lebih 20 tahun dalam kerjaya saya, memang ada kebenaran akan tuduhan
tersebut. Tetapi jika dibandingkan dengan apa yang berlaku disekeliling kita,
saya percaya di Malaysia rasuah masih dijalankan dalam sembunyi-sembunyi dan
belum lagi menjadi penyakit kronik. Hanya mereka serta mangsa yang terlibat
sahaja yang tahu. Sedangkan di sesetenggah negara, ianya sudah merebak secara
terang-terangan.
Kalau diandaikan sebagai barah, barah rasuah
di Malaysia masih di tahap 2. Masih boleh sembuh jika diberikan rawatan yang
bersesuaian.
Kalau ditanya mereka yang terlibat dalam
perniagaan, memang ramai antara mereka yang mengakui terlibat dalam gejala
sebegini. Sesetengahnya terlibat dalam keadaan terpaksa tapi tak kurang juga
antara mereka adalah pemberi rasuah paling ikhlas.
Satu masa dulu saya pernah terlibat
dalam pembinaan kilang dan kerenah birokrasi kadang-kadang hampir-hampir
menyebabkan saya rasa mahu “give up”. Untuk mendapatkan kelulusan membina dan
selepas projek siap, untuk mendapatkan sijil layak menduduki (CF) boleh jadi
satu masalah besar jika permohonan gagal dilincirkan dengan wang. Ini sebuah
rahsia yang semua peniaga tahu. Malah untuk menjadi seorang usahawan besar dan
berjaya, antara kebolehan yang perlu dipelajari “to perfection” adalah seni “kau
garu belakang aku, aku garu belakang kau”.
Mungkin golongan pembangkang yang
membenci rasuah hanya menuduh rasuah ini kerja kakitangan kerajaan sahaja.
Salah besar tu. Di sektor swasta, rasuah juga berlaku dengan rancak malah
mungkin lebih hebat lagi. Disebabkan ia melibatkan wang syarikat dan tidak
melibatkan wang rakyat maka penyakit ini di sektor swasta tidak menjadi satu kemarahan
orang ramai. Mungkin ada yang tak tahu bahawa terdapat kakitangan institusi
kewangan yang bertanggungjawab meluluskan pinjaman meminta “upah” berapa peratusan
dari jumlah pinjaman yang diluluskan untuk sesuatu projek. Kalau tidak, projek
tak dapat dilaksanakan sebab ketiadaan sumber pembiayaan. Kadang-kadang
kakitangan ini akan merekomen sesetengah juruperunding bagi menyediakan kertas
kerja serta mengisi borang permohonan yang kononnya akan mengikut format yang
dikehendaki bank. Sudah tentu khidmat ini perlu dibayar dan saya yakin pegawai
bank akan dibayar juga oleh juruperunding akhirnya sebagai “membalas budi”.
Pemberian hamper semasa perayaan memang
dah jadi lumrah dalam sektor swasta malah yang rajin menghantar hamper ke rumah
pegawai-pegawai kerajaan juga adalah syarikat-syarikat swasta. Ada tu bersama
hamper ada “angpow” lumayan untuk anak. Pandai depa ini, kerana takut
diistilahkan rasuah jika di berikan pada bapa maka angpow tersebut disasarkan
kepada anak pula.
Cukup setakat ini dulu. Saya akan
menulis pengalaman peribadi saya dalam menghadapi gejala rasuah sebagai
kakitangan kerajaan selama 13 tahun dan di sektor swasta selama hampir 20 tahun
dalam Bahagian 2 nanti, insya Allah.
UnclearEngineer
Tuesday, November 6, 2012
PEMBERI PERKHIDMATAN INTERNET – JANJI DITEPATI?
Hari
ini masuk 4 hari perkhidmatan internet rumah ku terganggu. Amat memeritkan terutama
bagi manusia seperti aku yang banyak membuat kerja di rumah dan memerlukan
sambungan internet untuk menghantar dan menerima fail serta membuat carian
melalui google.
Memang ada yang tak kena dengan mentaliti sesetengah orang-orang berniaga kat Malaysia ni. Pelik-pelik belaka. Nak buat perniagaan tapi masih menganggap pelanggan sebagai peminta sedekah. Kata-kata “pelanggan di utamakan” hanya sebagai kata-kata slogan yang di gantung di dinding Bilik Mesyuarat Lembaga (Board Room) sahaja. Slogan untuk tontonan tanpa ada komitmen yang serius oleh kakitangan dan pihak pengurusan atasan untuk melakukannya. Sementara itu pelanggan seperti aku terpaksalah menunggu sehingga “masaalah teknikal” dapat di atasi. Yang bagusnya, bayaran bagi 4-5 hari perkhidmatan tergendala itu masih dicaj kepada pelanggan. Amboi, pandai betui otak penipu korang je. Bab ini memang dia orang semua pakar. Makan duit haramlah tu.
Apa
sebenarnya masaalah depa ni? Dunia makin maju dan di negara luar perkhidmatan
internet semakin bertambah laju dan
canggih tapi di Malaysia kita masih lagi bergelut dengan masaalah sambungan
internet yang tak konsisten. Kadang-kadang ada, kadang-kadang tak ada. Terutama
bila musim hujan macam waktu sekarang ni.
![]() |
| Pendawaian berserabut di tiang telefon. Saya jumpa pendawaian begini di Ho Chi Minh City, Vietnam baru-baru ini. Sekurang-kurangnya kat Malaysia tak macam ni. |
Ada
satu syarikat tu, sanggup lancarkan satelit baru. Selepas ini katanya
perkhidmatan TV berbayar syarikat tersebut akan bertambah baik, tapi bila hujan
turun, kualiti siaran terus “hilang” juga. Baru baru ini syarikat telah membuat
penyenaraian IPO kat Bursa Malaysia. Padan muka bila harga saham pada hari
pertama tidak langsung memenuhi sasaran. Kalau asyik menipu sahaja, lama-lama
orang dah tak percaya walaupun macam mana di”goreng” penganalisis.
Katanya
bahawa Malaysia diantara negara di mana bayaran bagi perkhidmatan internet adalah antara yang tinggi di dunia. Dah tu kenapa jadi macam
ini? Kalau dulu syarikat telco merupakan jabatan kerajaan tetapi selepas di
swastakan pun perubahan mendadak seperti yang diharapkan rakyat tidak juga berlaku.
Masa Telekom tahun awal 1980an dulu memanglah tak efisient langsung.
Perkhidmatan hanya diberikan selepas beberapa bulan di buat permohonan.
Walaupun kini masa pemasangan boleh di katakan cepat tapi dari segi kualiti lain
masih dengan “buat kerja cara lama”, cara kakitangan gomen.
Sebuah
syarikat telco GLC telah terpilih untuk diberikan peluang memasang sistem
perkhidmatan inernet jalur lebar
berkelajuan tingi. Selepas lebih 2 tahun dilancarkan, perkhidmatan ini masih
lagi tak sampai ke pusat penduduk di luar Kuala Lumpur. Semalam aku bertanya
dengan kakitangan kaunter syarikat telco tersebut , bila perkhidmatan tersebut
akan sampai ke Rawang. Sambil tersenyum, dia memberitahu tak tahu lagi. Terus
sahaja saya sindir dia. Nasib baiklah di Malaysia, kalau kat negara lain
syarikat ini boleh bungkus terus. Ade ke menasabah syarikat yang mementingkan
untung melenggah-lenggahkan perkhidmatan yang akan memberikan pulangan yang
lebih baik lagi dari segi pendapatan dan juga keuntungan syarikat? Berniaga tak
mahu untung dan ini nmungkin berlaku di Malaysia ataupun di sesetengah negara
Afrika sahaja!
Galak
juga ku baca sumpah seranah kawan-kawan facebook mengenai perkhidmatan internet
di tempat masing-masing (syarikat GLC mahupun bukan-GLC pun sama). Aku juga nak
ikut memaki macam mereka tapi tak tergamak nak buat sebegitu rupa. Mungkin jika
ada syarikat baru yang lebih responsif kepada komplen pelanggan, mahu sahaja
aku beralih angin dari syarikat perkhidmatan yang ku gunakan sekarang.
Memang ada yang tak kena dengan mentaliti sesetengah orang-orang berniaga kat Malaysia ni. Pelik-pelik belaka. Nak buat perniagaan tapi masih menganggap pelanggan sebagai peminta sedekah. Kata-kata “pelanggan di utamakan” hanya sebagai kata-kata slogan yang di gantung di dinding Bilik Mesyuarat Lembaga (Board Room) sahaja. Slogan untuk tontonan tanpa ada komitmen yang serius oleh kakitangan dan pihak pengurusan atasan untuk melakukannya. Sementara itu pelanggan seperti aku terpaksalah menunggu sehingga “masaalah teknikal” dapat di atasi. Yang bagusnya, bayaran bagi 4-5 hari perkhidmatan tergendala itu masih dicaj kepada pelanggan. Amboi, pandai betui otak penipu korang je. Bab ini memang dia orang semua pakar. Makan duit haramlah tu.
Hampir
hilang sabar aku dah. Oi, bila lagi kamu semua nak berubah, hah? Lahabau betullah
kau orang.
UnclearEngineer.
Monday, October 29, 2012
MEMBEBEL SELEPAS AIDULADHA. ISLAM NAK KE MANA?
Minggu ni banyak cerita sambutan hari raya haji dan pengorbanan. Jem lebuhraya sehingga ke pagi isnin. Huh, hebat umat melayu Islam Malaysia ni dengan limpah ruah rezeki yang Allah berikan. Di luar sana bagaimana keadaan negara dan orang Islam penduduknya?
Sebelum ini ada saya cerita
pasal negara Mali yang hampir ke arah huru hara, meniru Somalia. Sebelum itu lagi
Syria berbunuhan sesama sendiri. “Musim bunga Arab” memporakperandakan Tunisia,
Mesir, Libya dan Yemen. Sudah kedengaran pula Jordan apabila diadudombakan
penduduk Palestin dan kaum Badawi penyokong kerajaan beraja Hashimite.
Paling dekat dengan kita,
perbalahan di Mindanao, Filipina yang nampak semakin menghampiri jalan
penyelesaian. Eh, belum lagi sebab ada lagi kumpulanyang konon Islam masih lagi
menganas. KumpulanAbu Sayaf? Selatan Thai pula yang hanya menunggu masa untuk
meledak.
Di Pakistan, pagi tadi dalam
berita di TV ada cerita tentang bom yang meledak di sebuah makam menyebabkan
kematian. Kalau iapun nak menghalang kurafat, tak ada ke jalan lain yang lebih
baik? Yang dibom masjid dan membunuh jemaah yang sedang solat subuh tu apa pula
justifikasi mereka? Oh ya, jangan lupa pasal dua bakal pengebom berani mati
dari Malaysia yang ditangkap di Lebanon. Berita yang kita dengar dan baca
kebanyakan nya mengenai orang Islam. Semuanya mengenai kekecohan yang tak
berkesudahan.
Agaknya kalau perkara ini
berterusan 10 tahun lagi, bagaimanakah kedudukan Islam dan ummahnya di dunia
ini. Ada ke orang yang memikirkan tentang ini? Ramai, tapi “ada aku kisah”. Silap
haribulan Malaysia pun akan jadi bahan berita bila gulongan Islam majoriti
merasa tidak puas hati di tindas oleh gulongan bukan Islam minoriti.
Kalau saya anak muda Islam
yang ikhlas mencari kebenaran dalam Islam maka saya akan mula bertanya. Betul kah
Islam bermakna selamat, sejahtera atau damai selain tunduk atau patuh? Melihat apa
yang berlaku di seluruh dunia (melainkan di Kutub Utara dan Selatan sebab di
situ tak ada orang Islam) maka tak nampak pun selamat, sejahtera dan damainya. Yang
ada hanya pergaduhan dan perpecahan sehingga menjadi beban kepada masyarakat agama
lain. Maka jika banyak yang kecewa dan lari dari agama ini dan yang menjadi
murtad, maka siapa lagi yang mahu kita persalahkan? Kita orang-orang tua
(termasuk ustaz dan ulama) yang konon tahu tentang agama Islam tapi tak
menunjukkan contoh yang baik sebagaimana
yang kita ucapkan sehingga menyebabkan ramai yang keciwa. Kalau tak percaya
pergi baca blog Melayu murtad dan lihat apa yang mereka tulis yang menyebabkan
mereka menjadi begitu. Bagi saya orang Islam telah gagal menterjemahkan Islam
sebenar dalam mencari keredhaan Allah dalam keseimbangan kehidupan di dunia mahupun
di akhirat.
Kenapa ayat-ayat Quran yang
menyeru kepada perpaduan ummah tak mampu membuatkan pemimpin-pemimin kita
bersatu ke arah barisan yang satu? Betul ke kita beriman dengan AlQuran atau
kita orang Islam hanya “as usual” hanya pandai menanam tebu di bibir sahaja?
Tak kuasa nak berfikir lagi. Siapalah saya
yang berani menulis sebegini. Saya berhenti di sini nampaknya. Salam.
UnclearEngineer
Saturday, October 20, 2012
REAKTOR PEMBIAK NEUTRON LAJU (FAST BREEDER REACTOR) – TEKNOLOGI MASA DEPAN.
![]() |
Prototype Fast Breeder Reactor (PFBR) yang sedang dibina oleh
India. Dibangunkan oleh Indira Ghandi Center for Atomic Research (IGCAR) di
Kalpakkam, Tamil Nadu.
|
Mungkin kita dah tahu serba
sedikit tentang teknologi paling asas tindakbalas pembelahan nuklear (nuclear
fission) menggunakan U-235 sebagai bahan bakar. Dalam teknologi ini bahan U-235
akan di”bakar” dalam teras reaktor bagi mengasilkan haba yang akhirnya
digunakan bagi menghasilkan wap yang mampu menjalankan turbin bagi menjana
tenaga letrik. Ini cara konventional dan masih digunakan secara berleluasa masakini.
Selain “fission”, para
saintis juga telah berjaya menghasilkan tenaga melalui melalui “fusion”.
Tindakbalas “fusion” dikatakan lebih baik sebab bahanapi yang digunakan adalah
atom hidrogen (semua negara boleh mengeluarkan hidogen) bukan uranium dan
menghasilkan bahan buangan yang tidak beradioaktif tinggi sehingga senang untuk
dilupuskan. Tetapi teknologi ini terlalu sulit untuk disempurnakan dan sehingga
kini jauh dari tahap kesempurnaan. Di atas kertas dengan mengambilkira teori
dan pengiraan, ianya boleh dilakukan tapi secara praktisnya, ia merupakan satu cerita
lain.
Tapi satu inovasi teknologi
nuklear yang paling menarik ialah teknologi “fission” yang menghasilkan tambahan
lebih banyak bahanapi. Cakap paling senang, lagi kita bakar, lagi banyak
banahanapi yang akan kita hasilkan. Teknologi ini dikenali sebagai teknologi “breeder”
atau pembiak. Dalam teknologi pembiak ini, plutonium atau uranium-233 yang
terhasil dari tindakbalas pembelahan dalam teras reaktor akan dapat pula
digunakan sebagai bahanapi untuk reaktor lain. India adalah antara negara yang
paling aktif dalam penyelidikan ini kerana teknologi ini boleh menggunakan
bahan thorium untuk diubah menjadi uranium-233 yang kemudiannya boleh digunakan
sebagai bahanapi seterusnya. India diketahui mempunyai banyak simpanan thorium
dan ini merupakan sebab kenapa minat tinggi India dalam teknologi sebegini.
Selain India, China dan Malaysia juga punya banyak simpanan bahan thorium. Masih
ingat kes nadir bumi , Asian Rare Earth di Ipoh? Bahan buangan yang disimpan
adalah merupakan simpanan strategik bahan thorium Malaysia! Jika pada masa
depan Malaysia mengambil jalan teknologi pembiak (breeder) ini, nescaya kita
tidak perlu lagi mengimport bahanapi thorium yang diperlukan. Sebab kita ada banyak bahan ini yang disimpan di Banjaran Titiwangsa.
![]() |
| Rajah memperlihatkan bagaimana reaktor pembiak neutron bekelajuan tinggi (FBR) menggunakan cecair sodium sebagai bahan penyejuk. |
Paling menarik mengenai
reaktor jenis ini adalah bahan penyejuk yang digunakan. Air merupakan bahan
penyejuk popular tetapi dalam teknologi “fast breeder” ini, gas (helium) dan juga cecair logam (sodium
dan pelambam) digunakan sebagai bahan penyejuk! Really mind boggling.
Penyelidikan teknologi “breeder”
telah lama bermula sejak tahun 50an lagi di Amerika Syarikat, United Kingdom,
Peranchis, bekas USSR, India dan Jepun. Walau bagaimana pun di sebabkan penentagan
orang ramai yang meningkat di Amerika Syarikat dan Eropah maka banyak
kerja-kerja penyelidikan dan pembangunan reaktor jenis ini telah diberhentikan
kerana kekurangan sumber pembiayaan. Hanya India dan mungki juga China yang
diketahui masih meneruskan usaha-usaha pembangunan teknologi ini.
India pada masa ini sedang
membangunkan sebuah protaip reaktor ini dikenali sebagai Prototype Fast Breeder
Reactor (PFBR) berkuasa 500 MWe di Kalpakkam, India. Setakat ini hampir 56
billion Rupees telah dibelanjakan. PFBR di Kalpakkam ini menggunakan U-238 sebagai
bahanapi bagi menghasilkan lebih banyak bahan “fissile” dan sodium sebagai
bahan penyejuk. Penggunaan cecair sodium menambah satu lagi kesulitan teknikal
disebabkan sodium diketahui akan meletop jika bersentuhan dengan air dan mudah
terbakar bila bercampur dengan udara.
Dalam perbincangan dengan
sahabat-sahabt yang terlibat dalam progran nuklear Malaysia, option “thorium
fuel cycle” ini juga telah menarik minat beberapa pemimpin negara. Eloklah tu.
Dengan ini saya ingin syorkan supaya satu program tersusun dibina untuk
penyelidikan dan pembangunaan teknologi FBR (fast breeder reactor) ini. Lebih baik
lagi jika satu kerjasama penyelidikan dijalin dengan India dan China secepat
mungkin.
Berikut adalah senarai “Fast
Breeder Reactor- FBR” yang sedang beroperasi
dan sedang dibina di seluruh dunia:-
BN-600, 1981 –masih beroperasi, Rusia
FBTR, 1985, 10.5 MWt, India
China Experimental Fast Reactor, 65 MWt,
2009
Joyo, Japan, 2003
Monju Reactor, 300 MWe – masih beroperasi
PFBR, Kalpakkam, India, 500 MWe – masih dalam
pembinaan
BN-800, Rusia – masih dalam pembinaan
Nota: Kalau dilihat semuanya berada di
Asia dan Rusia TIDAKdi Amerika
Syarikat mahupun Eropah.
Mahu tahu lebih lanjut
mengenai “sodium cooled fast bredeer reactor “ (PFBR) ini, sila lawat http://en.wikipedia.org/wiki/Sodium-Cooled_Fast_Reactor
UnclearEngineer
Friday, October 19, 2012
TEMPAT RAHSIA DI CELAH BANJARAN GUNUNG
Los Alamos National Laboratory (LANL) dibangunkan semasa
perang dunia ke 2 sebagai kemudahan rahsia bagi menyelaras kerja-kerja
penyelidikan saintifik pihak Berikat untuk membangunkan senjata nuklear. Semasa
Projek Manhatan, LANL menjadi tempat di mana beribu-ribu kakitangan termasuk beberapa orang saintis pemenang Hadiah Nobel melakukan
penyelidikan. J Robert Oppenheimer merupakan pengarah pertama makmal. Beliau
bersama Enrico Fermi (seorang saintis berasal dari Itali) telah dinobatkan
sebagai “bapa bom atom”.
Kedudukan LANL ini
merupakan satu lokasi rahsia berdekatan sebuah pekan kecil yang di kenali
sebagai Santa Fe sehinggakan alamat bagi surat menyurat hanyalah Peti Surat
1663, Santa Fe, New Mexico. Selalunya
tapak makmal sebegini terletak jauh terpencil dan tersorok sehingga menyukarkan
mereka-mereka yang tak berkenaan untuk sampai.
Selain LANL, Amerika Syaraikat mempunyai beberapa lagi
lokasi dalam projek pembangunan senjata nuklear antaranya di bawah stadium di Universiti Chicago, Lawrance Livermore National
Laboratory (LLNL) dan sebuah lagi makmal yang dikenali sebagai Argonne National
laboratory. Di bawah stadium inilah dibina reaktor pertama di dunia yang dikenali
sebagai “Chicago Pile (CP-01)” yang berjaya buat pertama kalinya pada 2
Disember 1942 menghasilkan tindakan berantai terkawal. Dari ujian inilah
akhirnya dibina beberapa reaktor pengeluaran plutonium (plutonium production
reactor) yang menghasilkan bahan mentah untuk bom nuklear Amerika Syarikat.
Jurulatih saya semasa saya menuntut di
Oregon State University Radiation Center, Bill Carpenter merupakan salah seorang
mantan pengendali reaktor jenis ini. Untuk makluman, “production reactor’ merujuk kepada
reaktor yang dibina hanya untuk pengeluaran plutonium bagi pembuatan bom atom semata-mata.
Di China juga mereka mempunyai kemudahan penyelidikan senjata
nuklear serupa yang terletak di Malan Base, sebuah kawasan terpencil di kawasan bergurun, Xinjiang. Lima puluh tahun
dulu, beribu-ribu saintis China di kerah untuk berkerja dan memerah otak bagi
memastikan keseimbangan strategik dalam kekuatan ketenteraan China dengan negara
jiran terutama Rusia dan Amerika Syarikat. Cuma di China aktiviti penyelidikan
di makmal ini sudah lama di berhentikan dan khabar terkini kerajaan China akan
cuba menukar tapak ini sebagai satu tempat tarikan pelancungan.
Saya pernah sampai ke Los Alamos National Laboratory ini pada
tahun 1983 sebagai mewakili Malaysia dalam satu latihan melibatkan bahan
nuklear. Kerja apa yang saya buat dan pelajari di sana? Hehehe, tak boleh
cerita, rahsia……
UnclearEngineer
Subscribe to:
Posts (Atom)








