Monday, October 8, 2012

KALAU NAK KELENTONG PUN, TENGOK2LAH ORANG

Haji Mustapha Ali, Setiausaha Agung PAS berkata amalan nepotisme ujud dalam Pakatan Rakyat hanya secara kebetulan. PR lebih mengutamakan karisma sesaorang dalam memperjuangkan dasar parti. Ooo, karisma bukan kebolehan yang menjadikan sesaorang dilantik sebagai pemimpin.



Sebenarnya bila orang mengkritik isu nepotisme dalam PR, orang banyak merujuk kepada DS Anwar dengan isteri dan anaknya, Karpal Singh dan anaknya serta juga LKS dengan anak dan menantunya. Orang tak pun bercerita pasal PAS kerana setakat ini kronisme dalam PAS masih lagi belum jelas terbentuk. Jadi kenapa Haji Mustapha yang perlu mempertahankan kronisme ala PR ni pun menjadi tandatanya kepada saya.

Saya berikan Dr.  Wan Azizah sebagai contoh. Sesiapa sahaja pemerhati politik tahu akan kebolehan Dr. Wan Azizzah sebagai pemimpin dan kebolehan beliau dalam kerja-kerja pentadbiran. Beliau dilantik sebagai Presiden PKR hanya kerana dia adalah isteri kepada DS Anwar Ibrahim sedangakan Nurul Izzah pula tidaklah sehebat mana, malah saya percaya masih ramai lagi pemimpin dalam PKR yang lebih berkebolehan dan hebat dari anak perempuan DS Anwar ini. Bercerita pasal LKS pula, anak beliau LGE memang telah di didik untuk memimpin DAP oleh bapa beliau LKS. Walaupun banyak lagi pemimpin DAP yang berkarisma dan punya kebolehan sejak dari dulu lagi, disebabkan LKS mahukan anaknya naik, maka pemimpin-pemimpin ini akhirnya disingkirkan. Tanpa saingan, maka nampaklah kehebatan atau merujuk istilah Haji Mustapa sebagai “karisma” LGE ni.

Untuk memendekkan cerita, bolehlah saya katakan begini. Nepotisme ataupun amalan mengutamakan orang paling dekat dengan kita seperti keluarga terdekat tidaklah salah asalkan diasaskan kepada kebolehan bukan karisma. Bagi Haji Mustapha pula eloklah berhenti bercakap sesuatu yang beliau sendiri tak faham. Sebagai pemimpin tertinggi PAS, apa yang keluar dari mulut beliau akan di tafsir sebagai suara rasmi dari PAS itu sendiri.

UnclearEngineer

No comments:

Post a Comment

Awas, bahasa anda. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.