Monday, April 2, 2012

SETIA SEORANG ISTERI – MELELEH AIR MATO DEN.

“Saya merasa seperti dia masih hidup lagi dan dia masih bersama kawan-kawannya di balai polis tersebut”, kata Saadiah Abdullah.

Saadiah Abdullah adalah isteri seorang anggota polis Alias Nik Daud yang pernah bertugas di Balai Polis Grik, Perak. Suaminya, Pakcik Alias telah meninggal dunia pada 1975. Selepas 37 tahun suaminya meninggal, Mak Cik Saadiah masih setia menghantar makanan ke balai berkenaan dengan mengayuh basikal sejauh 5 km hampir setiap hari.



Apa yang membuatkan seorang wanita seperti Makcik Saadiah sanggup melakukan nya selama 37 tahun? Ada banyak Mak Cik yang suaminya masih hidup lagi pun dah mula tak kuasa nak memasak di rumah. Makan nasi kat kedai sahaja. Konon sebab dah tinggal berdua jadi lebih murah membeli dari memasak sendiri. Benarkah itu? Maka tempat simpanan beras pun jadi tempat menternak bubuk. Bila dah tidurpun berlainan bilik, makanan pula bukan lagi dari air tangan isteri maka lama kelamaan hubungan kasih sayang suami isteri juga mula renggang. Tapi Makcik Saadiah lain, dia masih mahu terus memasak untuk “suami”nya. Mungkin dia masih merindui suaminya yang telah pergi 37 tahun yang silam dan dengan memasak dan menghantar makanan tersebut dia mahu arwah suaminya tahu bahawa dia masih tetap meningatinya, masih tetap setia.

Sebenarnya saya mahu tahu lebih lanjut cerita mengenai Makcik Saadiah ini. Berapa umurnya, berapa ramai anaknya dengan Allahyarham Pakcik Alias. Apa kah dia pernah berkahwin lain selepas kematian Pakcik Alias? Apa kerja dan pendapatan beliau sekarang? Mungkin ada pemberita Berita Harian akan dapat mengorek lebih banyak tentang kisah Makcik Saadiah ini. Saya percaya ramai pembaca juga ingin tahu. Cerita-cerita “incredible” begini perlu kita dedahkan supaya menjadi teladan kepada anak-anak muda dan juga kita yang masih hidup ini.

Tersentuh hati saya dengan apa yang dilakukan oleh Makcik Saadiah ini. Mungkinkah itu tanda kasih sebenar seorang isteri? Semoga amal jariah Makcik Saadiah ini di balas Allah dengan pahala yang berlipat kali ganda. I wish my wife too will  remember me long after I have gone. Huhu, wishful thinking maybe.

UnclearEngineer

Nota: Balai Polis Grik, Perak merupakan balai polis di mana bapa saya pernah berkhidmat selama beberapa tahun di era 60an dulu. Ayah saya juga sudah lama meninggal dunia. Ini membuatkan cerita Makcik Saadiah ini menjadi lebih sentimental pada saya.

1 comment:

  1. Asalamaualaikum Tn Haji,
    Saya Azizol bin Ahmad Sapri, saya pun amat tertarik dgn segmen berkaitan makcik saadiah. Ini disebabkan arwah ayah saya adalah sahabat karibny sewaktu bertugas di Balai Polis Grik. Jika ada kelapangan saya akan mencari makcik saadiah bagi mengenali beliau dgn lebih dekat.

    ReplyDelete

Awas, bahasa anda. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.