Save Malaysia. Stop opposing just for the opposition sake. |
“Our prime minister must realise that the thousands of acres of land used for permanent disposal of toxic/radioactive wastes will deprive our children and our children’s children for generations to come from getting near it for billions of years”, kata En. Wong Teck, Pengerusi Himpunan Hijau.
Taik bijih (amang) yang bertaburan di sekitar Ipoh, Ampang, Serdang, Sungai Besi dan lain lain bekas tempat perlombongan bijih tu tak pun menyebabkan tempat-tempat tersebut jadi padang jarak padang tekukur ribuan tahun pulak ye?. Yang peliknya banyak pula kawasan perumahan dibina di atas kawasan-kawasan ini. Sedangkan taik bijih ini didapati mengeluarkan radiasi yang lebih tinggi dari residue dari Lynas. Mana logik statemen di atas?
Dia ni pekak badak ke atau dah terencat akal. Kan semua pakar dah bersetuju bahawa residue dari Lynas terdiri dari sisa radioaktif paras paling rendah. Yang boleh kata tempat simpanan residue tersebut akan tidak dapat didekati manusia selama berbillion tahun ni datang dari pakar mana? Pakar sejarah mana yang di rujuk dek Tuan Pengerusi Himpunan Hijau ni.
Mungkin dia ni dah konfius. Kata Haji Hadi Awang, kalau kita kurang faham tentang sesuatu teknologi rujuk dengan yang benar-benar pakar. Kalau isu keselamatan sinaran, kita rujuklah dengan pakar dalam bidang tersebut. Yang dia rujuk pakar sejarah mengenai ketamadunan Cina buat apa. Maka itulah jawapan yang dia dapat. Nampak macam jawapan orang pandai tapi jauh tersasar dari fakta sebenarnya.
Dia ni baca ke tidak apa yang di tulis atau apa yang di cakap oleh pakar-pakar dalam bidang ini? Dah tu perkara asas ni pun masih lagi diulang-ulang macam burung kakak tua buat apa? Sekali lagi saya tuliskan di sini, residue Lynas BUKAN bahan buangan tindakbalas nuklear yang tinggi kereaktifannya. Ini pun tak dapat nak difaham?
Lantaklah kau En. Wong Teck. Negara ni negara demokrasi dan sebagai warganegara beliau berhak untuk memperbodohkan diri sendiri. Yang mendengar dan membaca tu kita harap jangan ikut sahaja. Tanya, selidik dan buat keputusan bersandarkan fakta yang terbentang di depan mata.
UnclearEngineeer