Kabar terbaharu semalam adalah mengenai permohonan lesen pra operasi Lynas juga disebut sebagai “lesen sementara” telah di luluskan oleh Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA). Saya sebagai warga industri menggunakan teknologi nuklear “secara aman” ingin mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang terlibat. Kita akhirnya dapat menyelesaikan masaalah ini secara berhemah tanpa emosi berlebihan.
Namun saya masih sangsi bahawa apa yang kita lalui dengan isu Lynas ini mampu memberikan kita kekuatan untuk memperkenalkan teknologi nuklear sebagai salah satu sumber bagi penjanaan tenaga negara. Kelmarin dan semalam (31/1 dan 1/2) telah berlangsung satu persidangan mengenai teknologi nuklear di Shangri la Hotel KL. Satu lagi persidangan demi persidangan mengenai tajuk yang sama sejak sekian lama tanpa memperlihatkan satu peningkatan dari segi aksi fizikal
Banyak negara masih terlalu berhati-hati mengenai isu nuklear sebagai sumber tenaga. Apa yang saya pasti, angan-angan Malaysia untuk maju lebih jauh dalam bidang nuklear akan terbantut jika BN kalah dalam Pilihanraya Umum ke 13. Begitulah isu nuklear ni, tak lepas dari pengaruh politik peringkat nasional mahupun di peringkat antarabangsa.
UnclearEngineer
No comments:
Post a Comment
Awas, bahasa anda. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.