Monday, June 18, 2012

RAJAT GUPTA, MANA PERGI INTEGRITI KAMU?

Rajat Gupta yang pernah mengetuai firma juruperunding McKinsey & Co telah di dakwa dan di dapati bersalah kerana terlibat dengan  dagangan dalaman (insider trading) oleh mahkamah AS. Beliau mungkin di hukum penjara sehingga 25 tahun kerana kesalahan tersebut. Bagi mereka yang terlibat dalam dunia korporat mahupun mahasiswa pengurusan perniagaan di universiti-universiti memang kenal betul dangan firma perunding McKinsey & Co ni. Sebuah syarikat perunding gergasi yang punya reputasi yang gah di dunia.

Muka handsem tapi perangai hodoh.
Ini satu contoh manusia yang pandai bercakap tapi yang tidak bertindak selari dengan apa yang diucapkan nya. Sebenarya orang macam ni pun banyak kat dunia ni. Mereka menjadi orang kepercayaan dan di berikan berbagai jawatan penting dalam kerajaan dan juga syarikat besar tetapi secara sedar terlibat dalam membocorkan maklumat bagi kepentingan diri sendiri. Dengan rangkaian “mafia” mereka, jerung-jerung korporat ini mampu mengatur apa sahaja melalui “networking” masing-masing. Sudah tentu dengan upah yang bukan sedikit. Raj Gupta satu contoh klasik perangai ini. Katanya dia telah bersengkongkol dengan kawan baiknya, Raj Rajaratnam. Raj  merupakan pengasas Galleon Group sebuah “hedge fund” di AS. Raj Rajaratnam pula telah didakwa dengan 14 tuduhan menipu dan telah dijatuhkan hukuman 11 tahun penjara dan denda USD92.8 juta (RM290.0 juta) pada 2011.

Mungkin kita juga masih ingat dengan cerita ENRON.  Siapakah oditornya? Bukankah Arthur Anderson, sebuah dari empat syarikat odit terbesar dunia. Dalam kes AA, umpama kata pepatah Melayu -mengharapkan pagar, pagar pula yang makan padi.

Dunia korporat bukan dunia yang serba indah dan baik belaka semuanya. Dari luar ia memang nampak gah tapi di sebalik baju sut dan kereta yang berkilauan, ada antara mereka ini dah lama patut meringkuk dalam penjara. Sebabnya, mereka ni memang penipu besar!

UnclearEngineer

No comments:

Post a Comment

Awas, bahasa anda. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.