Thursday, May 10, 2012

APEK TUA DAN BERSIH 3.0


Saya terbaca dalam the Star hari ini mengenai seorang apek tua di Kajang yang selama 15 tahun mengutip sampah sepanjang jalan-jalan di Kajang. Ada orang kata dia gila kerana membuat kerja sebegitu secara sukarela. Setiap hari melainkan semasa dia sakit, apek ini dengan setia tanpa sebarang banyak cakap akan berjalan sepanjang jalan sambil mengutip sampah yang bertaburan yang dimasukkan dalam beg plastik yang di bawa bersama.

Orang ramai memberi pelbagai nama panggilan kepada apek tua ini. Mr. Bandaraya, Menteri Kesihatan, Mr. A1 dan bermacam-macam lagi. Katanya, mula-mula anak dia pun tak suka apek ini membuat kerja sukarela sebegini. Tapi akhirnya mereka terpaksa akur.



Apabila saya terbaca kesah manusia seperti apek ini mahupun makcik balu seorang anggota polis di Grik, Perak dulu, saya akan tertanya-tanya dalam hati. Apakah yang membuatkan beliau mengambil tugas sebegini yang tidak ramai manusia lain ingin melakukan nya? Amat menarik untuk mengetahui latarbelakng apek ini. Asal dari mana? Kerja apa dia dulu? Tinggal di mana? Berapa orang anak? dan macam-macam soalan lagi.

Sebagai insan saya amat terharu apabila mengetahui bahawa dalam dunia ini masih ada manusia seperti apek ini. Walaupun dia bukan Islam, saya doakan semoga Allah membalas segala budi baik serta amal jariah dia yang ikhlas ini. Malu sungguh saya bila orang Islam sendiri tanpa segan silu membuat sampah dan kacau bilau seperti semasa perhimpunan BERSIH 3.0 tempoh hari.

Apek, wa tabik spring sama lu! Lu take care, OK.

UnclearEngineer

No comments:

Post a Comment

Awas, bahasa anda. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.