Wednesday, February 8, 2012

BAR COUNCIL, TOLONG DENGAR YB DR.ROSLI CAKAP

Dalam pengakuannya Dr. Che Rosli, Ahli Parlimen PAS Hulu Langat berkata,”Mereka menakutkan orang ramai mengatakan Lynas ni logi nuklear sedangkan dia hanya memproses bahan tabii iaitu nadir bumi daripada Mount Weld yang lebih rendah daripada kalau kita main lombong bijih, lebih rendah dari segi radiasinya. Saya pun malu. Saya orang PAS juga. Jadi akhirnya saya buat keputusan saya sebagai saintis nuklear, saya datang hari ini. Apa dia orang nak kata, kata lah.”

Ditanya jika tidak bahaya, mengapa penduduk ditipu dan disajikan maklumat palsu? “Isu ni isu yang dimanipulasikan untuk kepentingan tertentu. Jadi dalam banyak keadaan data-data yang dikemukakan tu tak dapat dipertahankan sebenarnya secara saintifik. Jadi cuma dispinkan. Digembar-gemburkan. Data-data yang pada saya kadang-kadang palsu dan tidak ada kena mengena.”

Tambah beliau, penduduk Kuantan tidak perlu takut dengan kewujudan kilang kimia Lynas.
-------------------

Bar Council, lu ada baca dan tengok TV3 ka? Tolong jangan jadi kuda pembangkang totoklah, kawan. Lu baca hati-hati apa YB Dr. Che Rosli ada cakap. Kalau tak ada faham juga lagi, saya tak tahu macam mana mahu buatlah.

Itu pasal dulu mama sama papa suruh belajar sains lu tak mahu. Sekarang jadi loyar tapi senang di manipulasi oleh mereka-mereka yang mempunyai kepentingan peribadi. Kalau istilah Melayu kampong, dah jadi loyar buruklah tu………

UnclearEngineer

No comments:

Post a Comment

Awas, bahasa anda. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.