Memberi angpau putih, sama berat salahnya seperti jika kita pegang kepala saudara kaum India, ataupun memberi makanan yang tidak halal kepada saudara Melayu atau kalau merujuk perkara terkini, seperti meletakkan kepala babi dalam masjid.
Ye ke? La, selama ini kita sendiri tak tahu tetapi Datuk Ibrahim Ali dari pertubuhan PERKASA mengetahuinya melalui pengajaran yang mahal. Dia terpaksa secara terbuka meminta maaf kepada kaum Cina kerana memberi angpau warna putih pada sambutan Xong Ci Fa Cai baru-baru ini.
“Memberi angpow dalam sampul putih semasa Tahun Baru Cina yang bertujuan untuk menjadi satu perayaan yang membawa makna kemakmuran dan keriangan. Ini jelas menunjukkan bahawa Ibrahim Ali tidak sensitif dan tidak ikhlas,” Mah Siew keong, Naib Presiden Gerakan berkata dalam satu kenyataan.
Saya percaya Datuk Ibrahim Ali tidak berniat untuk menghina mana-mana kaum pun malah dia berniat baik mahu menyumbang sesuatu walaupun sekadar angpow RM10.00. Pengajaran bagi kita, fikir dulu apa yang mahu kita buat melibatkan kaum lain. Jangan hentam keromo sahaja di mana akhirnya, senjata akan makan tuan.
By the way, saya ingat tak kan ada sesiapa yang akan minta maaf kepada orang Melayu kerana beberapa kepala babi telah di letakan dalam masjid. Ini sah perbuatan yang disengajakan. Orang Melayu terpaksa memendam perasaan. Seperti biasa siapalah yang nak ambil tahu tentang sensitiviti orang Melayu. Ops, jangan tulis lebih-lebih, nanti orang kata statemen saya ini rasis, kecil hati sahabat-sahabat kita orang India atau Cina jika depa baca.
Nak salahkan siapa ye? Nasiblah….
UnclearEngineer
No comments:
Post a Comment
Awas, bahasa anda. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.