Sunday, February 19, 2012

DUA PEMIMPIN PARTI CINA BERDEBAT, UMNO JUGA YANG DIA ORANG BANTAI.

Senyum sinis LGE? Muka serius Dr. Chua Soi Lek.
Itulah realitinya bagi kebanyakan orang Cina sekarang. Bagi mereka, UMNO ni memang tak pernah  buat sesuatu yang baik kepada negara ini sehinggakan pada pandangan DAP bahawa apa sahaja kelemahan Malaysia sehingga kini adalah kerana kedurjanaan UMNO. Sebab itu UMNO perlu di hapuskan dari muka bumi Malaysia ini seberapa segera. PAS dan PKR menganguk-nganguk kepala. Yes, yes… betul tu.

Sebenarnya debat Dr. Chua Soi Lek dari MCA dan Lim Guan Eng dari DAP tidak membawa faedah apa-apa kepada politik Malaysia. Harapan untuk mendengar visi serta rancangan bagi memajukan lagi negara bertukar kepada sesi memburuk dan menghentam UMNO (UMNO “bashing”) supaya satu kebencian mendalam akan dapat terhasil dari perdebatam ini. MCA tak berani menegur UMNO kata Lim Guan Eng. DAP cakap sahaja berdegar kata parti berbilang kaum tetapi takut meletak calon di kawasan Melayu berdepan UMNO dibalas oleh Dr. Chua. Kedua-dua mereka umpama menjadikan UMNO sebagai “hantu tetek” bagi menakutkan orang Cina supaya takut keluar malam. Kata kedua-duanya bahawa Cina di Malaysia berada di persimpangan.

Mungkin perlu diberikan satu kenyataan kepada kedua-dua parti Cina ini. Bagaimana pun dihentam orang Cina, majoriti orang Melayu tidak akan berganjak dari menyokong UMNO. PAS boleh cuba menjadi tali barut bagi menjadi proksi DAP untuk memecahbelahkan orang Melayu, tapi percayalah mereka akan gagal, tak akan sekali-kali berjaya. Yang berjaya mereka lakukan adalah menjarakan lagi jurang persefahaman antara kaum di negara ini serta menyemarakkan lagi api kemarahan dalam jiwa orang-orang Melayu.

DAP, berhentilah bermain dengan api. Jangan sampai jiwa dan hati kami terluka parah kerana jika sampai ke tahap itu maka segala-galanya mungkin sudah terlambat. Jika kamu tak suka dengan Malaysia sebagai negara majoriti Melayu, nyah sahaja kamu secara aman dari sini. Ayat ini nampak keras tapi ianya satu saranan “win-win” bagi kedua-dua belah pihak. Kami sekali-kali tak rela kehilangan hak kami dalam negara kami. Fahamilah hakikat ini, kami tak akan membiarkan hak kami dan negara kami, Malaysia dirobek dan dibarai. NEVER!

Kami menyokong penuh keikhlasan pemimpin kami dalam menjadikan 1Malaysia sebagai tempat yang “adil” untuk semua. Adil di sini bermakna menghormati hak tetamu yang datang dan mengekalkan hak asal tuan rumah yang telah banyak berbudi. Kami faham bahawa tetamu kami telah menjadi sebagai sebahagian dari keluarga atas kerelaan kami juga tapi kami tetap tuan rumah yang mahu mengekalkan hak asal kami. Apakah ini menyanggah hak asasi sesiapa?

Kami tidak mahu didengar sebagai rasis tetapi jika dihina, dihenyak, difitnah dan dituduh sebagai tak guna, apa lagi yang orang Cina harap orang Melayu akan buat? Buat-buat tergolek mati dengan muka sadin?

Terfikir juga dalam kepala logik aku. Kalau selama lebih 50 tahun kita boleh menerima, kenapa sekarang orang Melayu dianggap haprak semata-mata? Sedih sungguh aku!

UnclearEngineer

1 comment:

  1. Aku baca ayat ni dalam blog The Flying Kick (http://networkedblogs.com/ua2rn) bertajuk “UMNO makan daging!, Cina makan sisa, tapi yang terkaya tetap cina !!!.”
    Ong Tee Keat, bekas Presiden MCA kabor bahawa kaum Cina hanya dapat lebih2 atau serpih2 je dari sekeping roti..lebih kurang le.
    Apakah kekayaan negara ini hanya diberikan kepada kaum cina adalah sisa2 saja..dan seolah2 berkata bahawa daging2nya telah diberikan kepada kaum Melayu? Kalau ni dimaksudkannya..aku tak tahu ler sejauh mana kebenarannya kerana 10 orang jutawan palin kaya dalam Malaysia ianya sendiri telah menjelaskannya sapa yg dapat sisa2 kekayaan negara ini. Belum lagi satu kajian dibuat secara menyeluruh berkenaan kekayaan yg dimiliki oleh kaum2 di Malaysia.
    Mungkin asa kawan Cina aku marah bila membaca perenggan di atas, tapi Ong Tee Keat bekas Presiden MCA tu apa hal cakap yang menyakitkan hati orang Melayu?

    ReplyDelete

Awas, bahasa anda. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.