Tuesday, February 21, 2012

ANWAR SAYS ISRAEL REMARKS IN LINE WITH MALAYSIA, UN POLICY

DS Anwar Ibrahim kata kenyataan nya mengenai “two-state solution” bagi Palestin adalah selari dengan dasar luar Malaysia. Aku setuju dengan fakta tersebut. Malah aku percaya DAP juga bersetuju dengan konsep “two-state solution”  ini.

Tetapi dasar “two-state solution” ini telah ditentang sekeras-kerasnya oleh PAS, rakan kongsi PKR dalam Pakatan Rakyat. Mengikut Haji Hadi Awang mengiktiraf kewujudan negara haram Israel adalah haram, seharam haramnya. Jadi macam mana DS Anwar nak terangkan kepada kepimpinan PAS mengenai isu ini. Seorang penyokong kuat tapi  bersyarat dan seorang lagi membantah tanpa ada kompromi.

Kalau tak salah saya, isu yang timbul dulu bukan pasal “two-state solution”  ini tapi mengenai kenyataan DSAI kepada akhbar WSJ yang dipetik berkata bahawa dia akan menyokong segala usaha untuk mempertahankan keselamatan negara Israel (“supported all efforts to protect the security of the state of israel”). Dia kemudiannya memperbetulkan kenyataan itu dengan menambah bahawa ianya tertakluk kepada israel menghormati hak dan aspirasi rakyat Palestin.

Bagi saya sudah cukup untuk DSAI menyokong dasar luar Malaysia mengenai Palestin tanpa menambah kenyataan tentang ingin mempertahankan keselamatan Israel. Kita sepatutnya bercerita tentang keselamatan Israel apabila semua penyelesaian terhadap konflik Palestin ini di buat secara adil dan saksama berpandukan kepada resolusi-resolusi PBB. Bercerita tentang mempertahankan Israel pada saat ini adalah tindakan tidak bijak langsung. Jadi DSAI sebenarnya sudah tersilap cakap sama ada disengajakan atau tidak.

DSAI sedang menerangkan sesuatu kepada Datuk Nik Aziz Nik Mat
Pagi tadi DSAI telah menemui Datuk Nik Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS bagi menerangkan isu ini. “Saya menjelaskan kenyataan saya di WSJ dan saya juga turut menyebut tentang reaksi Ketua Hamas, Khaled Mashal. Nik Aziz dengar dan faham pendirian saya. Saya sendiri pun faham pendirian PAS yang tegas tentang Israel,” katanya selepas selesai pertemuan.

Jadi seperti biasa, setakat petang ini tak ada apa-apa yang berlaku. Yang dah pasti DSAI tak akan saman WSJ. Bukan sahaja tak akan saman, permintaan untuk DSAI untuk menarik balik kenyataannya pun dah tak kedengaran lagi. Bagi mengelakkan kontroversi dari berpanjangan, Datuk Nik Aziz telah tidak mengadakan sidang akhbar selepas perjumpaan dengan DSAI tersebut.

Seperti yang dijangka, depa ni sengaja nak buat gempaq sahaja. Bak kata Tun Dr. Mahathir, “dah lama dahhhhh……”

UnclearEngineer

No comments:

Post a Comment

Awas, bahasa anda. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.