Friday, February 10, 2012

STOP FANNING RACIAL FLAMES, SAYS MAN ATTACKED IN KFC OUTLET.


Aku setuju sangatlah tu. Jadi tak payahlah gunakan platform politik nak menerangkan hal pergaduhan tesebut. Ini pergaduhan disebabkan oleh kelemahan manusia, boleh terjadi kepada sesiapa sahaja dan tak perlu pun kita lihat dari sudut perkauman semata-mata.

Cadangan saya bagi YB Segambut. Sebab YB sudah pun terlibat secara langsung dalam kekusutan ini saya cadangkan kalau mahu menolong, buatkan satu majlis di mana kedua-dua pihak yang terlibat bersemuka dan memohon maaf atas kesalahan masing-masing sehingga mencetuskan insiden ini. Jemput semua wakil media samada media perdana mahupun alternatif. Kemudian kita ambil gambar kedua-dua sedang bersalaman dan masukkan dalam semua akhbar sebagai tanda “yang sudah tu sudahlah, mulai hari ini kita bina semangat 1Malaysia.” Lagi cantik jika KFC pula boleh sponsor jamuan ayam goreng.

Pada KFC, saya ucapakan tahniah atas tindakan menggantung 3 pekerja syarikat yang terlibat dengan segera. Saya berpendapat walau bagaimana hebat pun provokasi oleh pelanggan, sebagai pekerja kita tak boleh mengambil tindakan sebegitu. Nama syarikat tempat kerja kena jaga, tambahan pula tindakan kita telah mengheret syarikat ke kancah isu perkauman.

Bagaimana dengan cadangan saya YB Segambut? Boleh buatkah? Jangan berlenggah-lenggah lagi.

UnclearEngineer

2 comments:

  1. 3 pekerja kfc digantung?kalau bangsa kita dihina kena sabar ke?kena redha ke?x pe lah harap2 kita kaum bumiputera yang memang dah sangat sangat baik ni tetap redha

    ReplyDelete
  2. Anon 08:44

    Kalau tanya saya, saya akan jawab begini. Sebagai seoarang pekerja Melayu, jika bangsa saya dihina saya akan mengambil tindakan yang serupa. Ini maruah saya. Saya sudah pasti tak akan biarkan bangsa lain menghina keturunan saya. namun begitu saya juga mesti sanggup menangung risiko di buang kerja atas tindakan saya itu. Itu baru di namakan anak jantan!

    KFC pula sebagai sebuah pengendali restoran makanan yang di lawati oleh masyarakat berbilang kaum di Malaysia tidak boleh di lihat sebagai mendiamkan diri apabila ada pelanggannya dibelasah pekerjanya sendiri. Satu tindakan perlu diambil dan penggantungan 3 pekerjanya adalah satu tindakan yang betul.

    UnclearEngineer

    ReplyDelete

Awas, bahasa anda. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.