YDP PAS sebuah kawasan di Johor meredah gerai babi untuk promosi diri sebagai bakal calon dalam PRU 13 nanti. Eeeek, daging babi terkena seluar tu tak ape ke? |
Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS, Dato’ Mahfoz Mohamad berkata bahawa tidak ada nas dalam Quran yang mengharamkan umat Islam melawat tempat jualan daging babi. Yang haram cuma makan daging babi sahaja. Kenyataan di atas dikeluarkan sebagai mempertahankan tindakan 2 pemimpin PAS yang mengunjungi gerai jualan babi bagi membahagikan sumbangan pada Hari Raya Cina tempoh hari.
“Saya tidak mendapati lawatan ini janggal sama sekali. Malahan ia menunjukan PAS lebih terbuka dan senang dihampiri di setiap lapisan masyarakat selari dengan apa yang tertulis di slogan “PAS UNTUK SEMUA,” tambah beliau lagi. Wow, sporting betul lah ulama PAS ni!
Maka berkatalah blogger Apanama (http://apanama2020.blogspot.com), kalau gerai jualan daging babi tak mendatangkan mudarat maka bolehkah gerai daging babi di setiap pasar basah di Malaysia di campurkan bersama dengan lain-lain gerai? Bukankah mengasingkan gerai ini di tempat tersorok dalam pasar seperti sekarang merupakan satu amalan diskriminasi kepada penjual daging babi ini mengikut tafsiran logik PAS masakini? Macam mana ulama PAS nak jawab soalan begini?
Kenapa Allah mengharamkan orang Islam dari meminum arak dan memakan daging babi? Mesti ada kemudaratan yang amat besar jika orang Islam memakan daging babi ni. Kalau tidak, Allah tidak akan mengharamkannya sama sekali. Kalau dagingnya sudah haram maka melakukan sesuatu yang subahat juga di larang oleh Islam. Kerana itu lah haram bagi orang Islam terlibat dalam segala bentuk aktiviti melibatkan industri ternakan babi ini. Melawat tempat yang sudah di ketahui menjual benda haram, tambah pula menghulurkan bantuan (walau sekecil mana sekali pun) kepada penjual barang haram sudah tentu amat tidak digalakkan dalam Islam. Kalau tidak digalakkan maka seharusnya kita menjauhi tempat-tempat ini seboleh mungkin. Ini tidak, atas alasan untuk menunjukkan betapa terbukanya Islam mereka, pemimpin-pemimpin PAS ini sanggup pula meredah tempat haram untuk menghulurkan bantuan angpow.
Bagi saya, yang sebaik-baiknya kita sebagai orang Islam mesti menjauhi mana-mana aktiviti yang menimbulkan keraguan dalam hati kita. Mahu mengambil hati orang Cina boleh dibuat dengan cara lain tanpa perlu kita meredah tempat menjual daging babi. Lagi pun berapa kerat lah undi penjual daging babi ini serta keluarga mereka dalam memastikan kemenangan calon-calon PAS dalam PRU nanti. Jika calon PAS menang dengan undi penjual babi ini pun, kemenagan tersebut bagi saya tidak ada makna bagi sebuah parti yang katanya adalah parti Islam.
Masyarakat Malaysia (Islam dan bukan Islam) sudah pun menerima amalan yang di guna pakai selama kini dalam penjualan daging babi di Malaysia ni. Kenapa kita perlu membuka satu lagi ruang untuk orang bukan Islam mempersoalkan amalan tersebut?
Nasihat saya yang kurang cerdik dalam hal agama ni supaya ulama PAS berhati-hati dalam mengeluarkan pendapat yang boleh di anggap kontroversi dalam amalan beragama. Jangan kita buat satu “precedent” melainkan kita fikir dahulu implikasinya dalam setiap sudut terhadap isu-isu lain yang mungkin berkaitan. Mengejar undi mesti ada batasnya. Jangan sampai yang di kejar tak dapat, yang di kendong pula jatuh bertaburan….
UnclearEngineer
No comments:
Post a Comment
Awas, bahasa anda. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.