Wednesday, March 28, 2012

KENAPA LYNAS PERLU UNTUK MALAYSIA KHASNYA DAN DUNIA AMNYA?

Salam 1Malaysia,

A friend asked me to write down  my opinion on the Lynas issue. Well, let me try as best as I can.

First and foremost, I am not going to write my justifications  in English. I am very comfortable writing in my native mother tongue. For those Malaysian who can’t understand what I have written, that’s too bad. To those jealous locals and foreigners, if you can’t understand Malay, that’s good. My sincere wish is for you to just slowly fade away to hell!
++++++++++++++

Bagi menerangkan tentang isu Lynas ini semudah mungkin tanpa terlalu banyak istilah teknikal, maka saya tulis penerangan ini dalam “point form” .

KEBAIKAN LYNAS

1.       EKONOMI:

·       Pelaburan luar – Pelaburan permulaan oleh Lynas di Malaysia akan melibatkan jumlah pelaburan sebanyak RM 700 juta. Ini satu jumlah yang amat besar terutama dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu sejak beberapa tahun yang lalu. Saya juga di maklumkan bahawa bila siap kelak, Lynas mungkin telah berbelanja melebihi RM1.0 billion dalam ekonomi Pahang khasnya dan Malaysia amnya
·   Peluang Perniagaan – Duit pelaburan yang masuk ini akan dibelanjakan untuk mendapatkan khidmat kerja-kerja pembinaan dari kontraktor-kontraktor termasuk kerja-kerja juru perunding dari syarikat pembinaan dan juruperunding tempatan. Menyokong kontraktor-kontraktor Malaysia.
·       Peluang pekerjaan - Lynas akan membuka peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia terutama mereka-mereka yang mempunyai kepakaran yang berkaitan. Kepada graduan baru tempatan pula, ia akan membuka satu bidang baru untuk mereka menimba pengalaman.
·    Pelaburan di Pantai Timur – Pelaburan Lynas di Gebeng, Kuantan akan membawa satu lagi industri teknologi tinggi ke pantai timur, Semenanjung Malaysia. Ini akan dapat meningkatkan aktiviti ekonomi di kawasan ini bagi mengimbangi kegiatan ekonomi yang lebih maju di pantai barat.
·   Merancakkan ekonomi Kuantan – pekerja Lynas perlukan tempat tinggal dan mereka perlu membelanjakan wang untuk perbelanjaan harian. Kehadiran mereka akan meningkatkan lagi nilai hartanah penduduk tempatan serta lain-lain aktiviti perniagaan seperti sektor peruncitan, penyediaan makanan dan perhotelan.
·       Cukai Korporat – selepas tamat tempoh “pioneer status” , keuntungan lumayan Lynas akan dapat dicukai sebagai pendapatan negara. Walau bagaimanapun berdasarkan sistem insentif Malaysia yang baru Lynas masih perlu membayar cukai pendapatan ( 26% dari  30% dari keuntungan) walaupun diberikan perlepasan cukai selama 10 tahun oleh kerajaan.

2.       INDUSTRI STRATEGIK:

·        Teknologi tinggi – pemprosesan nadir bumi melibatkan teknologi tinggi. Dengan adanya Lynas di Malaysia akan membuka peluang kepada Malaysia unutuk terlibat terus dengan industri yang punya masa depan yang amat cerah.
·      Menarik Industri Pelaburan Baru – Lynas mungkin akan menjadi “catalyst”. Dengan adanya Lynas di Malaysia, maka banyak industri teknologi tinggi dari luar negara yang menggunakan bahan mentah dari Lynas mungkin akan membina kilang masing-maing di Malaysia. Ini akan menambah pelaburan luar baru ke Malaysia dan akibatnya akan meningkatkan lagi ekonomi negara pada masa depan.
·     Melahirkan industri baru negara – syarikat-syarikat teknolgi tinggi Malaysia juga mungkin akan dapat dibangunkan bagi mengambil peluang dari adanya bekalan nadir bumi yang dihasilkan oleh Lynas. Tanpa Lynas, mungkin peluang untuk membangunkan keupayaan pembuatan industri tinggi menngunakan bahan nadir bumi ini tidak akan berlaku.
·       Memecah monopoli Cina – kehadiran Lynas di Malaysia akan dapat memecahkan monopoli Cina dalam bekalan bahan nadir bumi dunia. Untuk makluman, Cina sebagai pengeluar terbesar bahan nadir bumi ini telah menghadkan eksport. Ini telah menyebabkan banyak industri teknologi tinggi di Us dan Eropah yang menggunakan bahan nadir bumi ini terpaksa menghadkan pengeluaran masing-masing.  Kehadiran Lynas akan membolehkan bekalan kepada syarikat-sayarikat bukan-China balik ke keadaan normal.

3.       LAIN-LAIN

·        Menaikkan nama Malaysia - Lynas apabila siap nanti akan merupakan kilang pemprosesan nadir bumi terbesar dunia.
·       Malaysia masih tempat pelaburan terbaik Asia - pemilihan Malaysia sebagai tapak kilang Lynas membuktikan bahawa Malaysia masih merupakan tempat pelaburan terbaik bagi industri teknolgi tinggi. Untuk makluman, Lynas telah juga meninjau lain-lain negara bagi pelaburan ini tapi akhirnya telah memilih Malaysia. Sebenarnya saya mengsyaki ada negara lain yang cemburu (contoh Australia, mungkin buakn kerajaan tapi NGO di sana) atas kejayaan Malaysia dipilih sebagai tapak kilang dan sedang berusaha membantu aktivis alam sekitar tempatan bagi mengagalkan projek ini.  

KEBURUKAN LYNAS

Ikhlas saya katakan, saya tak nampak keburukan besarpun hasil dari pelaburan Lynas  di Malaysia.

1.   Selain dari isu-isu biasa melibatkan pelaburan sebesar Lynas ini, tiada isu besar yang akan membawa kesan negatif pada negara.
2.   Mereka-mereka yang cuba menakutkan-nakutkan penduduk dengan isu bahan buangan radioaktif dan merbahaya adalah merupakan penipu besar yang telah memutarbelitkan fakta.
3.  Tanah yang dibawa dari Mount Weld, Australia setelah di keluarkan komponen nadir bumi masih merupakan tanah yang sama. Kalau tanah ini boleh dibawa dengan kapal biasa ke Malaysia dari Australia, bagimaana pula in nya dikatakan menjadi bahan buangan radiaokatif selepas proses? Proses yang dilalui merupakan proses pengasingan fizikal/kimia bukan melalui tindkbalas nuklear yang mampu menjana sisa radioaktif.

KESIMPULAN

Pelaburan Lynas di Malaysia adalah amat baik bagi ekonomi Malaysia. Fakta dari pihak anti Lynas adalah fakta bohong yang di telah ulang berkali-kali bagi menakutkan pendengar. Kesungguhan pihak anti Lynas yang ditunggangi parti politik pembangkang adalah bukti jelas bahawa penentanagn projek Lynas ini merupakan strategi pembangkang bagi memburuk-burukan usaha kerajaan terutama bagi menghadapi  PRU 13 yang hampir menjelma tak lama lagi.

UnclearEngineer

Tuesday, March 27, 2012

NO BOSCH, NO MUTANT. BILA NAK HABIS PERANGAI BODOH KITA NI?

Kilang panel sel suria Bosch GmbH berharga RM2.2 billion di Penang “bebas radioaktif”, kata Pengerusi Ekesekutif Investment Penang Datuk Kee Kah Choon. Dia dikatakan menjawab tuduhan Ketua Biro Khidmat Awam, Pemuda Gerakan Pulau Pinang yang mengatakan bahawa proses pengeluaran sel suria oleh Bosch akan menghasilkan bahan buangan toksik dan boleh mencemarkan alam sekitar.

Satu kata radioaktif dan seorang kata toksik. Seronok juga tengok dua Cinabeng ni bertengkar. Mungkin Melayu ni boleh campur tangan sikit.

Radioaktif tak sama dengan toksik. Bahan radioaktif mungkin boleh dikategorikan sebagai toksik tapi bahan toksik tak semestinya radioaktif ma. OK, ada paham. Tapi kalau tanya saya, mana yang lebih bahaya? Secara amnya saya boleh katakan begini - bahan toksik adalah lebih bahaya dari bahan radioaktif sebab bahan racun yang dilabel toksik tidak ada separuhayat (half-life). Maknanya racun toksik akan tetap toksik sampai bila-bila (infiniti, sampai dunia kiamat). Sedangkan semua bahan radioaktif ada separuhayatnya. Katakan separuhayat bahan cobalt-60 adalah 5.2 tahun, maka setiap 5.2 tahun aktiviti bahan Co-60 akan menjadi separuh dari aktiviti asal. Jika di tunggu cukup lama maka bahan asal Co-60 mungkin akan mampu lupus tanpa dilakukan sebarang manipulasi fizikal.

Berbalik kepada pertengkaran dua cinabeng kat Pulau Pinang ini. Sebenarnya apa yang berlaku antara mereka berdua ini amat merbahaya. Pembangunan perindustrian negara mungkin boleh runtuh sebab kalau kita perhatikan secara lebih terperinci kebanyakan proses perindustrian akan menghasilkan bahan yang mungkin akan membahayakan kesihatan. Itu sebab, kilang perindustrian selalunya dikumpul dalam satu kawasan yang di namakan kawasan perindustrian bagi tujuan pengawalan.

Ekonomi negara bakal runtuh? Apa tidaknya jika kita mencari setiap kesalahan musuh politik berdasarkan perkiraan politik semata-mata. Kalau kerajaan BN Pahang buat kilang Lynas, maka puak parti pembangkang akan kata ianya bahaya dan perlu di tolak. Bila pula kerajaan DAP Pulau Pinang membenarkan pembinaan kilang panel sel suria maka parti komponen BN pula menentang atas sebab ia lebih merbahaya. Bagaimana pula dengan kilang pengeluaran panel sel suria serupa yang sudah pun beroperasi di Melaka (negeri BN), Kedah (negeri PR) dan Sarawak (negeri BN)? Tak ada pun orang buat bising?

Kalau macam ni elok tutup sahaja semua kilang kat Malaysia ni dan negara kita kembali bergantung kepada hasil pertanian seperti getah dan kelapa sawit. Hoho, tunggu dulu. Jangan terlalu cepat nak kata industri getah dan kelapa sawit ni selamat semuanya. Apa pula cerita tentang air sungai yang tercemat disebabkan hasil efluen dari kilang getah dan kelapa sawit? Kalau begitu kita tutup semua kilang perindustrian dan kita duduk dalam gua. Ada mahu?

Bagi saya, sebagai orang yang lebih berpelajaran (dulu sebelum merdeka banyak dari generasi bapa kita yang tak masuk universiti tapi sekarang kebanyakan kita adalah graduan universiti), kita harus melihat pembagunan industri dari segi keperluan negara dan juga fakta berdasarkan sains. Kalau ianya perlu untuk pembangunan negara dan kesan negatif dari kehadiran industri tersebut dapat dikawal, maka kita sebagai warganegara patutlah sokong. Tak kira kerajaan negeri mana punya projek. Usahlah kita terperangkap membuat tuduhan yang berat sebelah sebagai menggagalkan usaha pembangunan parti musuh kita.

Sistem dua parti hanya akan berhasil jika politikus Malaysia dapat berfikir secara rasional. Jangan membangkang setiap apa yang lawan kita lakukan. Mana ide yang  baik kita perlu sokong. Tak kira usaha itu dari BN mahupaun PR. Agaknya boleh tak kita bersetuju begitu? InsyaAllah, satu hari nanti mungkin.

UnclearEngineer

Thursday, March 22, 2012

WANITA UMNO DIPERSIMPANGAN

Teringat aku dengan debat antara YAB Lim Guan Eng dengan Dr. Chua Soi Lek baru-baru ini. Kedua-duanya menyatakan bahawa orang Cina dipersimpangan menjelang PRU 13 ini. Bukan orang Cina sahaja, rupa-rupanya Wanita UMNO juga dipersimpangan.

Esok hari jumaat. Sudah tentu malam ini banyak yang tak akan lelap tidur. Ramai yang akan cuba menelah apakah yang akan berlaku dalam perjumpaan antara Ketua-ketua Wanita dengan YAB Perdana Menteri esok.  Sebagai orang lama, saya sudah boleh menduga apa yang ada di dalam kepala DS Najib. Sebenarnya ia terlalu berat untuk di pikul bersaorangan tapi dia PM dan juga jenderal yang bakal mengapalai jentera BN ke medan pertempuran yang maha hebat, PRU 13 -the mother of all elections, mengutip kata-kata Saddanm Hussin dulu. Sebagai ketua, DS Najib perlu memikirkan yang terbaik buat bala tenteranya. Keputusan perlu di ambil walaupun begitu hebat impilkasinya.

Pepatah orang tua kita dulu ada mengatakan, situasi Wanita masa kini ibarat “diluah mati emak ditelan mati bapa”. Mana satu yang perlu dipilih? Membiarkan ianya dalam tekak (tidak di telan dan luah keluar)  bukan lagi satu option.


Kenyataan Dato Kamilia Ibrahim dalam akhbar the Star pagi tadi nampaknya ibarat menjolok sarang tabuan. Apa  lagi, semua askar tabuan pun keluar menyerang balas. Satu kenyataan bersama oleh Ketua-ketua Wanita negeri juga telah dikeluarkan menyatakan sokongan pada Ketua yang sedang di asak kiri kanan. Semua ini boleh diterima kerana dalam berpolitik kita boleh sahaja menyatakan suara hati masing-masing. Akhirnya keputusan akan di buat untuk menyokong kumpulan yang paling majoriti dan suara sebenar dari akar umbi.

Sama ada DS Shahrizat akan berundur atau tidak, yang saya pasti Dato Kamilia Ibrahim juga mesti berundur dalam kedua-dua situasi tersebut. Selama ini pun kita lihat beliau amat kurang menonjol dalam menggerakkan Wanita sehingga 2 hari yang lepas ramai orang UMNO sendiri tidak sedar bahawa Wanita mempunyai seorang Timbalan Ketua. Jika Dato Kamilia berharap bahawa beliau akan dapat mengepalai wanita UMNO selepas pengunduran DS Shahrizat, maka beliau hanya bermimpi di siang hari. Kesetian ahli Wanita terhadap DS Shahrizat tidak akan berubah kepada Timbalan Ketuanya dalam apa keadaan sekali pun terutama setelah apa yang disifatkan sebagai aksi “menikanm dari belakang” beliau.

Yang paling megelikan hati saya apabila ada cadangan dari Muslimat PAS untuk mengundang DS Shahrizat masuk PAS jika beliau dipaksa mengundurkan diri sebagai Ketua Wanita  UMNO. Ini sudah pasti kes menangguk di air keruh atau pun menjala di genting sungai. Semudah itu ke senangnya DS Shahrizat menukar kesetiaan?

Akhir sekali, kepada penyokong DS Shahrizat saya berharap akan dapat bertenang dan serahkan semua kepada kebijaksanaan YAB DS Najib untuk membuat keputusan terbaik bagi parti. Bersolat istikarah dan kita  pohon kepada Allah menunjukkan jalan yang paling baik untuk UMNO keluar dari kemelut ini.

Walau apa pun terjadi, kita perlu akur dengan keputusan YAB DS Najib. Itu sesuatu yang pasti!

UnclearEngineer

WANITA NO 2 WANTS HEAD TO GO

DS Shahrizat, Dato Kamilia Ibrahim dan YAB DS Najib.
Wow hebat. Itulah jerit kepala berita dalam the Star pagi ini. Nasib baik tajuk tak ditulis begini “Wanita no 2 wants head to roll”.

Pertanyaan saya selama ini tentang ke mana perginya suara Timbalan Ketua Wanita UMNO telah terjawab. Datuk Kamilia Ibrahim akhirnya telah membuka mulut dua hari sebelum satu perjumpaan antara ahli Wanita UMNO dan YAB DS Najib di adakan pada  jumaat esok.

Saya petik kata-kata Datuk Kamilia. “Sebagai timbalan, saya terpaksa melakukan apa yang terbaik bagi parti dan negara. Saya mungkin akan menjadi tidak popular tetapi saya sanggup menerimanya kerana ia adalah sebahagian tugas dan tanggungjawab saya terhadap parti dan Pergerakan Wanita. Dia (DS Shahrizat) perlu pergi.”

Huh, kesian DS Najib. Terpaksa sekali lagi memadam “api” yang sedang membara. Segala ini perlu di lakukan sebelum beliau sendiri membawa BN ke medan perang di PRU 13 ini nanti. “Kita akan biarkan dia (DS Shahrizat) menggunakan kebijaksanaanya. Sebagai seorang ketua, dia mesti tahu bagaimana nak menilai kedudukan beliau. Tak kan kita nak beritahu” sambung Datuk Kamilia lagi. Mesejnya begitu terang sekali, tiada lagi selindung selidung.

Jumaat ini kita akan dapat mengagak percikan kecil api yang akan menyala dan tangisan meraih simpati kepada YAB Perdana Menteri. Menjeritlah, menangislah dan buatlah apa sahaja jika itu akan dapat mengubat hati ahli-ahli Wanita UMNO yang  sedang lara. Lepas ini kita perlu bangkit semula demi perjuangan untuk halatuju yang lebih besar demi bangsa, agama dan tanah air.

Inilah pengorbanan Wanita yang paling besar. Melepaskan seorang Ketua yang amat dikasihi dan disanjungi yang telah menjadi liabiliti dalam perjuangan parti. Inilah masanya kita tunjukkan bahawa ahli-ahli Wanita amat berjiwa besar…

Untuk membaca ulasan yang lebih terperinci oleh Joceline Tan dari the Star, klik di
http://thestar.com.my/columnists/story.asp?col=joceline&file=/2012/3/22/columnists/joceline/10956355&sec=Joceline

UnclearEngineer

Saturday, March 17, 2012

PSC UNTUK LYNAS PULA DAH.

The nine-man parliamentary select committee on the Lynas issue will be headed by Higher Education Minister Datuk Seri Khaled Nordin, Datuk Seri Nazri Aziz said today.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Kerajaan dah tubuhkan pula Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) mengenai isu Lynas. Tujuan PSC ini adalah untuk mendapatkan maklum balas dari semua stakeholders (mereka-mereka yang ada kepentingan) dan perlu menyediakan laporan dalam masa 3 bulan. Hmmmmm, 3 bulan (dateline dipenghujung bulan Jun 2012).

Kalau tanya aku, PSC ni membuang masa sahaja tetapi jika difikir betul-betul aku rasa ada sesuatu perancangan yang licik oleh kerajaan dalam menangani isu Lynas ini.

Pelabur Lynas diharap berdoa siang malam supaya BN menang dengan majoriti lebih baik pada PRU 13 nanti yang dijadualkan paling lewat akan di adakan pada Jun 2012 ini. Kalau PR yang menang, bolehlah ucapkan selamat tinggal kat Malaysia.

Kalau PSC ini di adakan, adakah aku akan turut serta memberi pendapat? Kalau kumpulan anti Lynas menggunakan hujah bengong aku rasa buang masa dan waktu aku sahaja untuk menyatakan sokongan. Terpulanglah dengan kerajaan untuk mempertahankan keputusan membenarkan Lynas melabur di Malaysia. Ini sudah tentu bukan kerja aku!

UnclearEngineer

Friday, March 9, 2012

SISTEM SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM (SBPA) – CERITA DISEBALIK PEMBATALAN

Sebelum puak pembangkang spin macam-macam pasal pembatalan SBPA ni lebih baik saya tulis dahulu.

Sebenarnya pembatalan SBPA telah menggagalkan usaha kerajaan untuk menambahbaik mutu perkhidmatan awam Malaysia. Tidak dapat dinafikan bahawa perkhidmatan awam di Malaysia adalah antara yang terbaik di dunia terutama jika di bandingan dengan perlhidmatan awam negara-negara sedang membangun. Walau pun begitu, bukan bermakna bahawa perkhidmatan ini tak boleh di pertingkatkan lagi mutunya terutama sebagai perlaksana dasar kerajaan bagi negara menuju status negara maju menjelang tahun 2020.

Antara yang perlu diubah ialah kaedah “hire and fire” yang berlandaskan kepada prestasi tahunan. Mana-mana kakitanga kerajaan yang gagal mencapai tahap prestasi minima akan dengan mudah di ambil tindakan sehingga boleh di berhentikan kerja jika masih gagal meningkatkan prestatsi selepas di berikan nasihat dan peluang ke-2. Jika ini dapat dilaksanakanakan maka akan kuranglah “dead woods” yang terapong-apaong dalam perlkhidmatan awam selama ini. SBPA ini diharap dapat  membuatkan kakitangan lain lebih bermotivasi untuk memperbaiaki prestatsi diri setiap tahun.

Selain itu sistem penilaian prestasi SBPA juga telah di buat sebegitu rupa sehingga membolehkan kakitangan bawahan untuk menilai prestatsi pegawai atasan mereka. Sebelum ini kebanyakan laporan prestasi hanyalah bersifat “top down”. Dari pengalaman saya bercampur dengan rakan-rakan yang berkhidmat dalam JUSA C ke atas sejak awal tahun ini, saya dapati mereka-mereka ini sekarang lebih “friendly” dengan kakitangan bawahan. Mana taknya kerana markah dari kakitangan bawahan ini juga akan di ambilkira dalam penilaian prestasi tahunan pegawai-pegawai tersebut. Itulah yang dapat saya lihat perubahan positif yang ketara jika SBPA ini berjaya dilaksanakan.

Tapi sayang seribu kali sayang, cara Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melaksanakan sistem SBPA ini didapati kurang professional. Dalam melakukan proses pembaharuan, pihak JPA sepatutnya memberikan penerangan yang secukupnya kepada semua kakitangan yang terlibat. Persetujuan majoriti perlu diambilkira. Paling malang saya lihat, CEUPACS sebagai badan induk kesatuan sekerja bagi kakitangan awam telah di ketepikan dalam proses perancangan atau sekurang-kurang tidak dimaklumkan dengan sepenuhnya. Maka berlakulah kelam kabut apabila PM mengumumkan tentang perlaksanaan SBPA ini tempoh hari.

Apabila diteliti secara mendalam skim gaji baru dalam SBPA, maka di dapati pula bahawa kakitangan JUSA C keatas telah diberikan keistimewaan kenaikan gaji yang amat lumayan. Bayangkan Ketua Setiausaha Negara (KSN) akan dibayar gaji bersih lebihkurang RM50,000.00 sebulan. Ini tidak termasuk lain-lain elaun. Sedangkan kakitangan kerajaan berpangkat paling bawah hanya di katakan mendapat kenaikan setakat RM80.00 sahaja sebulan. Apabila berita ini tersebar, maka marahlah majoriti kakitangan kerajaan dan CEUPACS sendiri telah dihujani dengan berbagai maklumbalas negatif dari ahli-ahlinya. Oleh itu tak hairanlah YAB DS Najib terpaksa membatalkan perlaksanaan SBPA ini.

What a big blunder, JPA. Tenaga, wang ringgit dan masa terbuang begitu sahaja tanpa hasil yang diharap-harapkan. DS Najib sebagai ketua kerajaan dan Pengerusi BN pula terpaksa mengambil langkah berani untuk mengelakkan keadaan dari menjadi bertambah buruk. Apa yang berlaku sekarang ialah Sistem Saraan Malaysia (SSM) masih digunapakai tetapi dengan kenaikan gaji mengikut peratusan yang telah dipersetujui (lagi rendah gred gaji, lagi tinggin peratusan kenaikan akan diberikan).Lain-lain terma masih tidak berubah. Dengan lain  perkataan, duit berbillion ringgit keluar tapi sistem masih sistem lama. Kalau macam ni kenapa heboh-heboh nak di buat SBPA dulu? Saya percaya, apa yang berlaku mungkin akan dapat di elakkan jika kita mempunyai JPA yang lebih professional dalam melaksanakan amanah ini.

Kegagalan implementasi SBPA buka angkara kerajaan federal tetapi saya letakkan kesalahan semuanya ke atas bahu kakitangan JPA yang telah dibayar gaji untuk menguruskan tugas ini sebaik-baiknya. JPA, anda telah gagal!

Atas dasar mahu memperbaiki mutu prestasi perkhidmatan awam, maka tindakan disiplin perlu di ambil jika terdapat mana-mana pegawai yang didapati kurang cekap dalam mengendalikan perlaksanaan SBPA sehingga ianya terpaksa pula dibatalkan akhirnya.

UnclearEngineer
(ex-scivil servant)

Thursday, March 8, 2012

SBPA BATAL, APA CERITA NI JPA.?

Putrajaya, March 8 – Datuk Seri Najib Razak announced today the scrapping of his administration’s controversial pay scheme that has been critised for only benefiting top government servants while leaving the majority of the civil service with paltry salary hikes.

However, the latest move raises questions about the internal process within those in charge of the pay review and the cabinet’s competency to digest beyond the headline figures presented to it when the entire wage scheme was being structured - dipetik dari the Malaysian Insider
++++++++++++++++

Kesian sahabat-sahabat saya dalam JUSA C keatas. Berputih matalah mereka kerana tak jadi dapat kenaikan gaji paling lumayan dalam sejarah perkhidmatan awam kerajaan Malaysia. Saya berharap pembatalan SBPA  ini tidak akan menimbulkan masaalah kepada kerajaan BN semasa PRU 13 nanti.

Pertanyaan saya, siapa punya cadangan tentang SBPA ini? Ini yang dinamakan kerja hentam keromo tanpa perancangan yang rapi. Kalau dibuat secara yang betul, saya percaya SBPA ini tidak akan sampai dibatalkan.  Minta maaflah kalau saya katakan ada pegawai tertinggi JPA yang tidak mampu membuat kerja secara professional sehingga menimbulkan masalah pembatalan ini sehingga PM terpaksa campur tangan.

Kalau saya jadi PM, saya akan kenalpasti siapa yang punya kerja ni dan minta dia letak jawatan. Amat memalukan, setelah buang duit, masa, mengkaji, taklimat demi taklimat akhirnya membuatkan separuh kakitangan kerajaan marah dan SBPA terpaksa dibatalkan.

Ini yang selalu saya katakan, ada pegawai kerajaan yang terlebih pandai bak perumpamaan orang tua-tua, seperti lebih sudu dari kuah. Buat kerja tidak memikirkan masalah yang akan timbul. Mungkin betullah komplain dari sesetengah pihak bahawa terdapat pegawai kerajaan yang menyokong pembangkang. Sahaja buat susah kerajaan BN dengan membuat cadangan “separuh masak”.

Jangan ada nanti pegawai tinggi JPA yang akan bersara dalam masa terdekat lalu masuk parti pembangkang lepas ni. Saya teramat berharap isu kenaikan gaji kakitangan awam ini akan selesai. Kita tunggu dan lihat apa yang akan di”spin” oleh pembangkang……

UnclearEngineer

Tuesday, March 6, 2012

LYNAS O LYNAS 3 – MENCARI TAPAK PERLUPUSAN KEKAL

Kata Pak Menteri MITI, Datuk Mustapha Mohamed bahawa Lynas telah bersetuju untuk menghantar “sisa buangan” dari kilangnya di Gebeng keluar dari Malaysia jika satu tempat simpanan kekal dalam negara tidak di temui.

Mungkin inilah yang diharap-harapkan oleh kerajaan selama isu Lynas ini mula meletop. Walaupun banyak pakar yang berkata bahawa residue Lynas adalah sisa bersifat radioaktif paras rendah tetapi tekanan demi tekanan telah dibuat kumpulan NGO pembangkang untuk terus menolak Lynas. Akhirnya, Lynas terpaksa tunduk dan kerajaan merasa lega.

Bagi pendapat saya, apa yang berlaku terhadap isu Lynas ini merupakan satu trend yang amat merbahaya bagi pembangunan negara. Kumpulan pendesak mampu menundukkan keputusan kerajaan jika pembohongan demi pembohongan dapat dizahirkan sebagai kebenaran.

Sekarang soalan cepumas saya – negara mana yang sanggup mengambil “sisa” ini? Negara manakah yang sebegitu bodoh sehingga sanggup menerima sisa yang dihasilkan oleh negara lain? Untung kau kaut, sampah kau hantar kat rumah aku. Di segi moral, apakah Malaysia boleh berbuat demikian terhadap produk yang negara ini sendiri tak dibenarkan di simpan dalam negara tetapi membenarkan pula  ia di hantar ke negara lain?

Soalan terakhir – apakah kumpulan pendesak akan berdiam diri dan dapat menerima option terbaharu Lynas ini? Saya rasa kumpulan pendesak telah dapat mencium kerapuhan cara membuat keputusan kerajaan Malaysia dan akan terus mengasak. Objektif terakhir mereka mahu menutup Lynas dan menggunakan sentimen anti-Lynas untuk  menarik sokongan total masyarakat Cina bagi menumbangkan kerajaan BN dalam PRU akan datang.

Ahli BN dan parti komponen-komponen dah bersedia ke untuk menghadapi serangan terperinci puak pembangkang ini?

UnclearEngineer

Saturday, March 3, 2012

ASYIK, ASYIK LYNAS, NAIK BOSAN AKU.


Ada seorang pembaca blog saya memberikan saya satu alamat blog yang anti-Lynas (http://blogserius.blogspot.com/2012/03/serius-fakta-stoplynas-kenapa-anda.html. Saya telah pergi lawat dan mambacnya. Very clever way of trying to turn around the Lynas issue supaya pembaca akan dapat dipengaruhi.

Bagi saya satu sahaja. Apakah residue, air mahupun udara yang dilepaskan dari kilang Lynas ini bahaya? Tak kiralah berapa padang bola jumlah residue, berapa kolam renang atau isipadu udara yang dilepaskan Lynas sehari, jika ia tidak memudaratkan penduduk sekitar  dan dipantau oleh penguatkuasa maka ia merupakan risiko kecil yang boleh kita semua terima.

Kalau nak kira jumlah bahan buangan, mari kita fikir begini pula. Berapa tan sampah sarap, air kumbahan dari setiap rumah serta asap beracun yang dikeluarkan olek kenderaan di Malaysia setiap hari? Ini tak termasuk asap dari kilang dan dari serombong janakuasa minyak dan arang batu. Kalau di kira jumlahnya  jauh lebih besar . Lepas tu nak buat macam mana? Tutup semua kilang dan suruh rakyat pakai kereta elektrik/hybrid? Untuk makluman, bateri kereta hybrid ni pun perlukan bahan nadir bumi yang di keluarkan oleh Lynas.

Teknologi memerlukan sedikit pengorbanan dari alam sekitar. Tidak ada teknologi yang tidak menjejaskan sedikit keadaan alam semula jadi. Ini memang tidak dapat di elakkan. Itu sebab kita sentiasa perlu berfikir dari segi “cost benefit analysis”, jika kebaikan melampaui keburukan maka tak ada sebab yang kita perlu halang teknologi dari diperkenalkan.

Jadilah realistik sikit. Jangan terlalu beremosi dengan permainan perseprsi ni. Jangan paksa orang lain ikut pandangan kita sahaja. Kenapa pula boleh beri kata dua kepada kerajaan? Hormatilah juga pandangan kami yang berlainan.

UnclearEngineer