Wednesday, March 28, 2012

KENAPA LYNAS PERLU UNTUK MALAYSIA KHASNYA DAN DUNIA AMNYA?

Salam 1Malaysia,

A friend asked me to write down  my opinion on the Lynas issue. Well, let me try as best as I can.

First and foremost, I am not going to write my justifications  in English. I am very comfortable writing in my native mother tongue. For those Malaysian who can’t understand what I have written, that’s too bad. To those jealous locals and foreigners, if you can’t understand Malay, that’s good. My sincere wish is for you to just slowly fade away to hell!
++++++++++++++

Bagi menerangkan tentang isu Lynas ini semudah mungkin tanpa terlalu banyak istilah teknikal, maka saya tulis penerangan ini dalam “point form” .

KEBAIKAN LYNAS

1.       EKONOMI:

·       Pelaburan luar – Pelaburan permulaan oleh Lynas di Malaysia akan melibatkan jumlah pelaburan sebanyak RM 700 juta. Ini satu jumlah yang amat besar terutama dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu sejak beberapa tahun yang lalu. Saya juga di maklumkan bahawa bila siap kelak, Lynas mungkin telah berbelanja melebihi RM1.0 billion dalam ekonomi Pahang khasnya dan Malaysia amnya
·   Peluang Perniagaan – Duit pelaburan yang masuk ini akan dibelanjakan untuk mendapatkan khidmat kerja-kerja pembinaan dari kontraktor-kontraktor termasuk kerja-kerja juru perunding dari syarikat pembinaan dan juruperunding tempatan. Menyokong kontraktor-kontraktor Malaysia.
·       Peluang pekerjaan - Lynas akan membuka peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia terutama mereka-mereka yang mempunyai kepakaran yang berkaitan. Kepada graduan baru tempatan pula, ia akan membuka satu bidang baru untuk mereka menimba pengalaman.
·    Pelaburan di Pantai Timur – Pelaburan Lynas di Gebeng, Kuantan akan membawa satu lagi industri teknologi tinggi ke pantai timur, Semenanjung Malaysia. Ini akan dapat meningkatkan aktiviti ekonomi di kawasan ini bagi mengimbangi kegiatan ekonomi yang lebih maju di pantai barat.
·   Merancakkan ekonomi Kuantan – pekerja Lynas perlukan tempat tinggal dan mereka perlu membelanjakan wang untuk perbelanjaan harian. Kehadiran mereka akan meningkatkan lagi nilai hartanah penduduk tempatan serta lain-lain aktiviti perniagaan seperti sektor peruncitan, penyediaan makanan dan perhotelan.
·       Cukai Korporat – selepas tamat tempoh “pioneer status” , keuntungan lumayan Lynas akan dapat dicukai sebagai pendapatan negara. Walau bagaimanapun berdasarkan sistem insentif Malaysia yang baru Lynas masih perlu membayar cukai pendapatan ( 26% dari  30% dari keuntungan) walaupun diberikan perlepasan cukai selama 10 tahun oleh kerajaan.

2.       INDUSTRI STRATEGIK:

·        Teknologi tinggi – pemprosesan nadir bumi melibatkan teknologi tinggi. Dengan adanya Lynas di Malaysia akan membuka peluang kepada Malaysia unutuk terlibat terus dengan industri yang punya masa depan yang amat cerah.
·      Menarik Industri Pelaburan Baru – Lynas mungkin akan menjadi “catalyst”. Dengan adanya Lynas di Malaysia, maka banyak industri teknologi tinggi dari luar negara yang menggunakan bahan mentah dari Lynas mungkin akan membina kilang masing-maing di Malaysia. Ini akan menambah pelaburan luar baru ke Malaysia dan akibatnya akan meningkatkan lagi ekonomi negara pada masa depan.
·     Melahirkan industri baru negara – syarikat-syarikat teknolgi tinggi Malaysia juga mungkin akan dapat dibangunkan bagi mengambil peluang dari adanya bekalan nadir bumi yang dihasilkan oleh Lynas. Tanpa Lynas, mungkin peluang untuk membangunkan keupayaan pembuatan industri tinggi menngunakan bahan nadir bumi ini tidak akan berlaku.
·       Memecah monopoli Cina – kehadiran Lynas di Malaysia akan dapat memecahkan monopoli Cina dalam bekalan bahan nadir bumi dunia. Untuk makluman, Cina sebagai pengeluar terbesar bahan nadir bumi ini telah menghadkan eksport. Ini telah menyebabkan banyak industri teknologi tinggi di Us dan Eropah yang menggunakan bahan nadir bumi ini terpaksa menghadkan pengeluaran masing-masing.  Kehadiran Lynas akan membolehkan bekalan kepada syarikat-sayarikat bukan-China balik ke keadaan normal.

3.       LAIN-LAIN

·        Menaikkan nama Malaysia - Lynas apabila siap nanti akan merupakan kilang pemprosesan nadir bumi terbesar dunia.
·       Malaysia masih tempat pelaburan terbaik Asia - pemilihan Malaysia sebagai tapak kilang Lynas membuktikan bahawa Malaysia masih merupakan tempat pelaburan terbaik bagi industri teknolgi tinggi. Untuk makluman, Lynas telah juga meninjau lain-lain negara bagi pelaburan ini tapi akhirnya telah memilih Malaysia. Sebenarnya saya mengsyaki ada negara lain yang cemburu (contoh Australia, mungkin buakn kerajaan tapi NGO di sana) atas kejayaan Malaysia dipilih sebagai tapak kilang dan sedang berusaha membantu aktivis alam sekitar tempatan bagi mengagalkan projek ini.  

KEBURUKAN LYNAS

Ikhlas saya katakan, saya tak nampak keburukan besarpun hasil dari pelaburan Lynas  di Malaysia.

1.   Selain dari isu-isu biasa melibatkan pelaburan sebesar Lynas ini, tiada isu besar yang akan membawa kesan negatif pada negara.
2.   Mereka-mereka yang cuba menakutkan-nakutkan penduduk dengan isu bahan buangan radioaktif dan merbahaya adalah merupakan penipu besar yang telah memutarbelitkan fakta.
3.  Tanah yang dibawa dari Mount Weld, Australia setelah di keluarkan komponen nadir bumi masih merupakan tanah yang sama. Kalau tanah ini boleh dibawa dengan kapal biasa ke Malaysia dari Australia, bagimaana pula in nya dikatakan menjadi bahan buangan radiaokatif selepas proses? Proses yang dilalui merupakan proses pengasingan fizikal/kimia bukan melalui tindkbalas nuklear yang mampu menjana sisa radioaktif.

KESIMPULAN

Pelaburan Lynas di Malaysia adalah amat baik bagi ekonomi Malaysia. Fakta dari pihak anti Lynas adalah fakta bohong yang di telah ulang berkali-kali bagi menakutkan pendengar. Kesungguhan pihak anti Lynas yang ditunggangi parti politik pembangkang adalah bukti jelas bahawa penentanagn projek Lynas ini merupakan strategi pembangkang bagi memburuk-burukan usaha kerajaan terutama bagi menghadapi  PRU 13 yang hampir menjelma tak lama lagi.

UnclearEngineer

3 comments:

  1. Cuba kaji siapa pelabur terbesar lynas dulu? Encik perlu mengkaji lebih mendalam lagi..ini bukan masalah berlainan part politik tetapi tentang kebenaran..

    ReplyDelete
  2. Kenape x mnentang projek titan di pasir gudang? Knpe perlu lynas yg dibesar2kn...
    Saya bpihak kpda blogger....projek pembesaran kilang operasi dpasir gudang lebih mngundang bhaya dr projek lynas.....knape xde suara yg melarang pnbesaran tapak titan dipasir gudang yg jauh lebih besar dr projek di gebeng. Berapa byk gas metana yg dilepaskn setiap hari? Tidak ada provokasi pun.....bagi pihak yg menntang...pikir 10 tahun akn datang... Klau krajaan mlaysia nk buat loji nuklear mmg sy nentang habis2san, kalau stakat kajian menyeluruh dah dibuat utk projek nadir bumi ni, saya akn menyokong sepenuhnye kerajaan....keberkesanan saya sudah lihat di china.....proses nadir bumi tidak sebahaya nuklear..

    ReplyDelete
  3. Antara sebab rakyat anti dengan projek ini ialah bahan mentah diimport dari Australia dan diproses di Malaysia. Hasilnya yang bernilai dibawa pulang ke Australia dan sisanya yang ade radioaktif ditinggalkan kpd Malaysia. Ini yang nampak tidak adil....

    ReplyDelete

Awas, bahasa anda. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.