(Bersambung dari Bahagian 1)
Malam selepas temubual oleh jawatankuasa pemilih akan diadakan pula
“Gala Dinner”. Semua peserta akan mengenakan baju sut dengan tali leher bagi lelaki. Pada malam ini juga akan
di umumkan bandaraya tuan rumah bagi IMRP seterusnya. Saya telah mengenakan
baju sut terbaik saya dengan tali leher warna merah. Sebelum masuk ke dewan
jamuan hotel, ada “cocktail reception” di lobi dewan. Semua yang boleh “minum”
akan memegang gelas wine masing-masing sambil berbual ringan sesama perwakilan.
Saya seperti biasa dengan segelas coke ditangan akan berlegar sambil bertegur
sapa dengan rakan-rakan yang saya kenali. Kebanyakan perwakilan memberikan
pandangan bahawa Jepun akan terpilih memandangkan bahawa Jepun sebenarnya
dijemput untuk menyertai bidaan oleh penganjur tidak seperti Malaysia dan China
yang menawarkan diri secara sukarela. Jadi pada pendapat mereka adalah
memalukan pihak penganjur dan Jepun jika bidaan Jepun gagal. Kawan-kawan saya
dari Kanada walau bagaimana pun amat yakin bahawa Malaysia akan berjaya. George
West begitu yakin bahawa mereka telah berjaya menukar persepsi negatif Malaysia
pada pandangan kebanyakan perserta persidangan kepada persepsi positif. Sebagai
sebuah negara Islam, Malaysia juga di lihat mempunyai kekangan bila tiba soal
makanan dan minuman halal/haram. Tetapi itu semua sudah saya jelaskan dengan
mendalam semasa interview pagi tadi.
|
Bergambar dengan rakan semeja dari Peranchis. |
Saya memilih untuk tidak mengisi meja di depan pentas. Saya memerhati
sekeling dan saya nampak sekumpulan peserta persidangan dari Perancis dan meja
mereka nampaknya punya beberapa tempat duduk yang masih kosong. Salah searang
dari mereka memang amat saya kenali sebab syarikat dia membekalkan beberapa
barangan dan mesin peralatan kepada syarikat tempat saya berkerja. Bila melihat
saya datang, kawan saya itu terus mengajak saya duduk bersama mereka. Saya
tanpa banyak berfikir terus duduk bersama. Sebelum duduk, saya bersalaman
sambil memperkenalkan diri dengan setiap yang duduk di meja tersebut. Mereka
mengangguk-angguk sambil berkata “Malaysia? Malaysia very good”. Rupanya ada
juga antara mereka yang telah menjejakkan kaki ke Malaysia. Saya terus berbual
dalam bahasa Inggeris dengan kawan yang duduk di sebelah saya sedangkan yang
lain rancak berbual sesama sendiri dalam bahasa Peranchis sambil meneguk wine
kegemaran masing-masing. Malam tu “wine on the house” jadi riuh jugalah meja
saya jadinya. Tak lama kemudian diumumkan bahawa makan malam akan bermula. Maka
dengan itu bermulah juga dilema saya.
Semasa persidangan di siang hari, makanan halal dan kosher ada di
sediakan di atas meja khas. Jadi saya tak perlu nak pergi jauh-jauh. Saya terus
dapatkan meja makanan halal dan kosher ini untuk memilih makanan yang sesuai
buat selera saya. Memang tak berapa lalu
tekak saya dengan makanan di sini. Selalunya saya ada bawa makanan sendiri
terutama serunding dari Malaysia dan akan makan dalam bilik seorang diri kalau
saya rasa lapar. Saya juga banyak membeli buah-buahan dan saya simpan dalam
peti ais bilik hotel. Jadi semasa gala dinner ini saya terus memesan makanan
halal dari “waiter”.
Sambil menunggu makanan, saya meneguk air coke dalam gelas saya serta meneruskan bualan dengan kawan di
kerusi sebelah. Bila makanan saya sampai, saya cuma lihat sayur dan filet ikan
dengan sos dalam pinggan. Pengalaman saya belajar selama 6 tahun di luar negara
membuatkan saya boleh memakan apa sahaja makanan selain daging babi. Dengan
lafas “bismillah” saya suap makanan ke dalam mulut. Akhirnya satu pinggan habis
saya makan. Setelah selesai makan, maka bermulalah bahagian bagi pengumuman tuan
rumah bagi IMRP yang akan datang.
Saya buat-buat muka selamba sahaja sebab kalau Malaysia gagal maka saya
tak akan terasa malu sangat. Pengerusi IMRP Chicago pun dijemput ke atas pentas
untuk membuat ucapan serta mengumumkan kotaraya pembida yang berjaya. Dalam
hati saya kuat mengatakan Jepun sudah pasti akan diserahkan kerja-kerja bagi
tuan rumah IMRP 2006. Siapa yang mampu lawan bidaan Jepun? Bagi saya cukuplah
saya mengetahui bahawa saya telah menjalankan usaha terbaik saya untuk
mempromosi Kuala Lumpur dan Malaysia di Chicago ini.
|
Bergambar dengan Robert Moss, Pengerusi JK Pelaksana IMRP 2003 Chicago, Gord Ashfield dan isteri. |
Pengerusi akhirnya mengumumkan - “After
much deliberations by the selection Committee, I hereby declare Kuala Lumpur,
Malaysia as the host of out next IMRP conference”. Betul ke apa yang aku dengar
ni? Gery Defalco, George West dan Gord Ashfiled, tiga orang sahabat saya yang
kuat membantu dalam kerja-kerja membida terus datang ke meja saya untuk
mengucapkan tahniah. Betapa bangganya saya rasa apabila dipanggil naik ke
pentas untuk memberikan ucapan ringkas apabila nama Malaysia dan Kuala Lumpur
diumumkan sebagai pembida yang berjaya. Dari bahagian tengah dewan saya
berjalan perlahan ke pentas. Berlatar belakangkan video dari Tourism Malaysia
yang dipancarkan ke screen besar pentas, dengan di sinari lampu saya dapat
lihat kebanyakan peserta lain berdiri sambil bertepuk tangan dan bersorak tanda
setuju dengan pemilihan pengerusi. Wow, “standing ovation”, man.
Saya rasa kebanyakan peserta lain tak sangka akan pemilihan Malaysia
tapi bila nama Malaysia di umumkan, mereka rasa amat teruja umpama menyokong
bidaan pihak “underdog”. Dalam ucapan ringkas, saya mengucapkan ribuan terima
kasih kepada JK pemilih kerana memilih Malaysia. Saya ulangi sekali lagi janji
saya untuk memastikan Kuala Lumpur sebagai tuan rumah terbaik dalam sejarah
IMRP. Turun sahaja dari pentas saya terus mendapatkan delegasi China dan Jepun untuk
bersalam sebagai tanda rendah diri saya. Saya tahu mereka memang amat kecewa
pada malam itu. Ketua delegasi Jepunlah yang paling terkejut apabila Malaysia
di pilih dan saya sempat bergambar dengan beliau yang bermasam muka kerana “kekecewaan
yang amat bersangatan”.
|
Bergambar dengan ketua delegasi Jepun sejurus selepas KL, Malaysia diistiharkan
sebagai pemenang. Mak oii, masamnya muka dia. |
Saya pergi dari satu meja ke satu meja bagi menerima ucapan tahniah
sambil menaikkan gelas berisi coke aksi “yamseng”. Huh, memang bangga sugguh
saya. Ini betul-betul satu sejarah yang paling gemilang. Habis pengumuman,
majlis tari menari pun bermula. George West dengan isterinya Mrs Browyn antara yang
paling mula masuk untuk menari. Saya memerhatikan sahaja. Tak lama lepas itu
saya meminta diri untuk balik ke bilik hotel untuk menalipon “boss” saya di KL
mengenai kejayaan Malaysia ni. Mungkin dia juga tidak sangka akan kejayaan ini.
Esok paginya hampir semua peserta persidangan sudah mengenali saya. Hei,
Malaysia – congratulations.
|
Gambar sahabat baik dan "sifu" saya George West, CEO Steritech, Australia
dan isteri Mrs Browyn (kanan sekali) sudah bersiap untuk menari. |
Itulah cerita saya dalam membida IMRP 2006. Akhirnya Malaysia berjaya
dalam mengatur persidangan IMRP 2006 tersebut dengan Timbalan Perdana Menteri,
Dato Seri Najib Razak sebagai perasmi persidangan. Memang betul pun IMRP 2006
telah diiktiraf sebagai IMRP terbaik yang pernah diadakan. Bukan itu sahaja,
penganjur SterilGamma berjaya membuat keuntungan lebih RM200,000 dari
pengajuran IMRP tersebut. Untuk makluman, semua kerja-kerja penganjuran
terdahulu tidak pernah menghasilkan keuntungan, malah kerap sahaja kerugian.
InsyaAllah saya akan sambung di Bahagian 3 nanti mengenai IMRP 2006 di
KL dan bagaimana pihak penganjur membuatkan para peserta begitu kagum dengan negara
kita, Malaysia.
UnclearEngineer