PKS merupakan antara parti Islam terbesar Indonesia
dan mempunyai 3 pemimpin berjawatan menteri dalam kabinet Presiden Bambang
Susilo. Tuduhan keatas Luthfi telah mengoncang kredibiliti parti Islam tersebut
yang selama ini melaungkan cogankata bersih dari amalan rasuah.
Menurut Din Syamsuddin, Pengerusi Muhammadiah
(kumpulan Islam kedua terbesar Indonesia) kes rasuah membabitkan parti Islam
mencetuskan masalah besar kepada umat Islam di negara itu. Katanya, keadaan itu
menggambarkan parti Islam TIDAK BOLEH MELAKSANAKAN SEPENUHNYA NILAI ISLAM DALAM
KEGIATAN MEREKA. “Tidak hairanlah sekiranya ramai orang berkata, tidak ada
bezanya parti Islam dengan parti sekular.
Sebenarnya itu juga yang sedang berlaku di
Malaysia. Parti Islam hanya bercakap berdegar-degar untuk menegakkan Islam tapi banyak perkara
mungkar yang dilakukan pemimpin dan ahli parti yang tidak secocok dengan amalan
Islam sebenar. Kalau tidak ditangani, ini akan meruntuhkan kepercayaan orang
Islam terhadap parti Islam dalam jangka panjang.
Apa yang berlaku di Indonesia memberikan kita
peringatan bahawa sebelum berkuasa memang senang untuk menuduh parti pemerintah
mengamalkan rasuah. Tapi bagaimana bila parti Islam ini menjadi sebahagian dari
kerajaan? Contoh di Indonesia adalah sebagai bukti, dalam hal begini Indonesia dan Malaysia sama
sahaja……..
UnclearEngineer
Dibawah PAS, saya percaya malaysia akan kurang korupsi jika dibandingkan dengan BN. tapi masalah terdapat kecenderungan dalam pas untuk menerangkan sesuatu dalam term takdir dan sesetengahnya pula mulut lebih cepat dari otak. :)
ReplyDeletesaya akan sokong PAS, tapi bukan sekarang. tunggu kepala-kepala dalam pas di vanish terlebih dahulu. mungkin 2017. :)