Saturday, March 3, 2012

ASYIK, ASYIK LYNAS, NAIK BOSAN AKU.


Ada seorang pembaca blog saya memberikan saya satu alamat blog yang anti-Lynas (http://blogserius.blogspot.com/2012/03/serius-fakta-stoplynas-kenapa-anda.html. Saya telah pergi lawat dan mambacnya. Very clever way of trying to turn around the Lynas issue supaya pembaca akan dapat dipengaruhi.

Bagi saya satu sahaja. Apakah residue, air mahupun udara yang dilepaskan dari kilang Lynas ini bahaya? Tak kiralah berapa padang bola jumlah residue, berapa kolam renang atau isipadu udara yang dilepaskan Lynas sehari, jika ia tidak memudaratkan penduduk sekitar  dan dipantau oleh penguatkuasa maka ia merupakan risiko kecil yang boleh kita semua terima.

Kalau nak kira jumlah bahan buangan, mari kita fikir begini pula. Berapa tan sampah sarap, air kumbahan dari setiap rumah serta asap beracun yang dikeluarkan olek kenderaan di Malaysia setiap hari? Ini tak termasuk asap dari kilang dan dari serombong janakuasa minyak dan arang batu. Kalau di kira jumlahnya  jauh lebih besar . Lepas tu nak buat macam mana? Tutup semua kilang dan suruh rakyat pakai kereta elektrik/hybrid? Untuk makluman, bateri kereta hybrid ni pun perlukan bahan nadir bumi yang di keluarkan oleh Lynas.

Teknologi memerlukan sedikit pengorbanan dari alam sekitar. Tidak ada teknologi yang tidak menjejaskan sedikit keadaan alam semula jadi. Ini memang tidak dapat di elakkan. Itu sebab kita sentiasa perlu berfikir dari segi “cost benefit analysis”, jika kebaikan melampaui keburukan maka tak ada sebab yang kita perlu halang teknologi dari diperkenalkan.

Jadilah realistik sikit. Jangan terlalu beremosi dengan permainan perseprsi ni. Jangan paksa orang lain ikut pandangan kita sahaja. Kenapa pula boleh beri kata dua kepada kerajaan? Hormatilah juga pandangan kami yang berlainan.

UnclearEngineer

1 comment:

  1. biasala tu angker,
    dia oram bukannya pandai mana sgt, cuma sekarang ni dia oram jaki & dengki sbb kerajaan nak majukan penghasilan teknologi berasaskan nadir bumi ni di negara kita. kalau selama ni negara china yg kuasai penghasilannya, mrk takkan bising2 sbb bangsa dia oram yg maju...

    ReplyDelete

Awas, bahasa anda. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.