Thursday, March 22, 2012

WANITA NO 2 WANTS HEAD TO GO

DS Shahrizat, Dato Kamilia Ibrahim dan YAB DS Najib.
Wow hebat. Itulah jerit kepala berita dalam the Star pagi ini. Nasib baik tajuk tak ditulis begini “Wanita no 2 wants head to roll”.

Pertanyaan saya selama ini tentang ke mana perginya suara Timbalan Ketua Wanita UMNO telah terjawab. Datuk Kamilia Ibrahim akhirnya telah membuka mulut dua hari sebelum satu perjumpaan antara ahli Wanita UMNO dan YAB DS Najib di adakan pada  jumaat esok.

Saya petik kata-kata Datuk Kamilia. “Sebagai timbalan, saya terpaksa melakukan apa yang terbaik bagi parti dan negara. Saya mungkin akan menjadi tidak popular tetapi saya sanggup menerimanya kerana ia adalah sebahagian tugas dan tanggungjawab saya terhadap parti dan Pergerakan Wanita. Dia (DS Shahrizat) perlu pergi.”

Huh, kesian DS Najib. Terpaksa sekali lagi memadam “api” yang sedang membara. Segala ini perlu di lakukan sebelum beliau sendiri membawa BN ke medan perang di PRU 13 ini nanti. “Kita akan biarkan dia (DS Shahrizat) menggunakan kebijaksanaanya. Sebagai seorang ketua, dia mesti tahu bagaimana nak menilai kedudukan beliau. Tak kan kita nak beritahu” sambung Datuk Kamilia lagi. Mesejnya begitu terang sekali, tiada lagi selindung selidung.

Jumaat ini kita akan dapat mengagak percikan kecil api yang akan menyala dan tangisan meraih simpati kepada YAB Perdana Menteri. Menjeritlah, menangislah dan buatlah apa sahaja jika itu akan dapat mengubat hati ahli-ahli Wanita UMNO yang  sedang lara. Lepas ini kita perlu bangkit semula demi perjuangan untuk halatuju yang lebih besar demi bangsa, agama dan tanah air.

Inilah pengorbanan Wanita yang paling besar. Melepaskan seorang Ketua yang amat dikasihi dan disanjungi yang telah menjadi liabiliti dalam perjuangan parti. Inilah masanya kita tunjukkan bahawa ahli-ahli Wanita amat berjiwa besar…

Untuk membaca ulasan yang lebih terperinci oleh Joceline Tan dari the Star, klik di
http://thestar.com.my/columnists/story.asp?col=joceline&file=/2012/3/22/columnists/joceline/10956355&sec=Joceline

UnclearEngineer

No comments:

Post a Comment

Awas, bahasa anda. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.