Tuesday, March 6, 2012

LYNAS O LYNAS 3 – MENCARI TAPAK PERLUPUSAN KEKAL

Kata Pak Menteri MITI, Datuk Mustapha Mohamed bahawa Lynas telah bersetuju untuk menghantar “sisa buangan” dari kilangnya di Gebeng keluar dari Malaysia jika satu tempat simpanan kekal dalam negara tidak di temui.

Mungkin inilah yang diharap-harapkan oleh kerajaan selama isu Lynas ini mula meletop. Walaupun banyak pakar yang berkata bahawa residue Lynas adalah sisa bersifat radioaktif paras rendah tetapi tekanan demi tekanan telah dibuat kumpulan NGO pembangkang untuk terus menolak Lynas. Akhirnya, Lynas terpaksa tunduk dan kerajaan merasa lega.

Bagi pendapat saya, apa yang berlaku terhadap isu Lynas ini merupakan satu trend yang amat merbahaya bagi pembangunan negara. Kumpulan pendesak mampu menundukkan keputusan kerajaan jika pembohongan demi pembohongan dapat dizahirkan sebagai kebenaran.

Sekarang soalan cepumas saya – negara mana yang sanggup mengambil “sisa” ini? Negara manakah yang sebegitu bodoh sehingga sanggup menerima sisa yang dihasilkan oleh negara lain? Untung kau kaut, sampah kau hantar kat rumah aku. Di segi moral, apakah Malaysia boleh berbuat demikian terhadap produk yang negara ini sendiri tak dibenarkan di simpan dalam negara tetapi membenarkan pula  ia di hantar ke negara lain?

Soalan terakhir – apakah kumpulan pendesak akan berdiam diri dan dapat menerima option terbaharu Lynas ini? Saya rasa kumpulan pendesak telah dapat mencium kerapuhan cara membuat keputusan kerajaan Malaysia dan akan terus mengasak. Objektif terakhir mereka mahu menutup Lynas dan menggunakan sentimen anti-Lynas untuk  menarik sokongan total masyarakat Cina bagi menumbangkan kerajaan BN dalam PRU akan datang.

Ahli BN dan parti komponen-komponen dah bersedia ke untuk menghadapi serangan terperinci puak pembangkang ini?

UnclearEngineer

3 comments:

  1. mohon ulasan encik mengenai reaktor nuklear menggunakan thorium..

    https://www.facebook.com/EnergyFromThorium

    ReplyDelete
  2. saya jumpa temubual ni isu Lynas dengan pengerusi AELB. ungkin pak yaziz kenal juga.


    http://www.majalahsains.com/2012/03/isu-lynas-wawancara-bersama-pengerusi-aelb/

    ReplyDelete
  3. Anon 04:21 am

    Saya berikan bersama-sama ini link kepada Thorium Fuel Cycle sebagai rujukan http://en.wikipedia.org/wiki/Thorium_fuel_cycle

    UnclearEngineer

    ReplyDelete

Awas, bahasa anda. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.