Thursday, March 22, 2012

WANITA UMNO DIPERSIMPANGAN

Teringat aku dengan debat antara YAB Lim Guan Eng dengan Dr. Chua Soi Lek baru-baru ini. Kedua-duanya menyatakan bahawa orang Cina dipersimpangan menjelang PRU 13 ini. Bukan orang Cina sahaja, rupa-rupanya Wanita UMNO juga dipersimpangan.

Esok hari jumaat. Sudah tentu malam ini banyak yang tak akan lelap tidur. Ramai yang akan cuba menelah apakah yang akan berlaku dalam perjumpaan antara Ketua-ketua Wanita dengan YAB Perdana Menteri esok.  Sebagai orang lama, saya sudah boleh menduga apa yang ada di dalam kepala DS Najib. Sebenarnya ia terlalu berat untuk di pikul bersaorangan tapi dia PM dan juga jenderal yang bakal mengapalai jentera BN ke medan pertempuran yang maha hebat, PRU 13 -the mother of all elections, mengutip kata-kata Saddanm Hussin dulu. Sebagai ketua, DS Najib perlu memikirkan yang terbaik buat bala tenteranya. Keputusan perlu di ambil walaupun begitu hebat impilkasinya.

Pepatah orang tua kita dulu ada mengatakan, situasi Wanita masa kini ibarat “diluah mati emak ditelan mati bapa”. Mana satu yang perlu dipilih? Membiarkan ianya dalam tekak (tidak di telan dan luah keluar)  bukan lagi satu option.


Kenyataan Dato Kamilia Ibrahim dalam akhbar the Star pagi tadi nampaknya ibarat menjolok sarang tabuan. Apa  lagi, semua askar tabuan pun keluar menyerang balas. Satu kenyataan bersama oleh Ketua-ketua Wanita negeri juga telah dikeluarkan menyatakan sokongan pada Ketua yang sedang di asak kiri kanan. Semua ini boleh diterima kerana dalam berpolitik kita boleh sahaja menyatakan suara hati masing-masing. Akhirnya keputusan akan di buat untuk menyokong kumpulan yang paling majoriti dan suara sebenar dari akar umbi.

Sama ada DS Shahrizat akan berundur atau tidak, yang saya pasti Dato Kamilia Ibrahim juga mesti berundur dalam kedua-dua situasi tersebut. Selama ini pun kita lihat beliau amat kurang menonjol dalam menggerakkan Wanita sehingga 2 hari yang lepas ramai orang UMNO sendiri tidak sedar bahawa Wanita mempunyai seorang Timbalan Ketua. Jika Dato Kamilia berharap bahawa beliau akan dapat mengepalai wanita UMNO selepas pengunduran DS Shahrizat, maka beliau hanya bermimpi di siang hari. Kesetian ahli Wanita terhadap DS Shahrizat tidak akan berubah kepada Timbalan Ketuanya dalam apa keadaan sekali pun terutama setelah apa yang disifatkan sebagai aksi “menikanm dari belakang” beliau.

Yang paling megelikan hati saya apabila ada cadangan dari Muslimat PAS untuk mengundang DS Shahrizat masuk PAS jika beliau dipaksa mengundurkan diri sebagai Ketua Wanita  UMNO. Ini sudah pasti kes menangguk di air keruh atau pun menjala di genting sungai. Semudah itu ke senangnya DS Shahrizat menukar kesetiaan?

Akhir sekali, kepada penyokong DS Shahrizat saya berharap akan dapat bertenang dan serahkan semua kepada kebijaksanaan YAB DS Najib untuk membuat keputusan terbaik bagi parti. Bersolat istikarah dan kita  pohon kepada Allah menunjukkan jalan yang paling baik untuk UMNO keluar dari kemelut ini.

Walau apa pun terjadi, kita perlu akur dengan keputusan YAB DS Najib. Itu sesuatu yang pasti!

UnclearEngineer

No comments:

Post a Comment

Awas, bahasa anda. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.