Friday, March 9, 2012

SISTEM SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM (SBPA) – CERITA DISEBALIK PEMBATALAN

Sebelum puak pembangkang spin macam-macam pasal pembatalan SBPA ni lebih baik saya tulis dahulu.

Sebenarnya pembatalan SBPA telah menggagalkan usaha kerajaan untuk menambahbaik mutu perkhidmatan awam Malaysia. Tidak dapat dinafikan bahawa perkhidmatan awam di Malaysia adalah antara yang terbaik di dunia terutama jika di bandingan dengan perlhidmatan awam negara-negara sedang membangun. Walau pun begitu, bukan bermakna bahawa perkhidmatan ini tak boleh di pertingkatkan lagi mutunya terutama sebagai perlaksana dasar kerajaan bagi negara menuju status negara maju menjelang tahun 2020.

Antara yang perlu diubah ialah kaedah “hire and fire” yang berlandaskan kepada prestasi tahunan. Mana-mana kakitanga kerajaan yang gagal mencapai tahap prestasi minima akan dengan mudah di ambil tindakan sehingga boleh di berhentikan kerja jika masih gagal meningkatkan prestatsi selepas di berikan nasihat dan peluang ke-2. Jika ini dapat dilaksanakanakan maka akan kuranglah “dead woods” yang terapong-apaong dalam perlkhidmatan awam selama ini. SBPA ini diharap dapat  membuatkan kakitangan lain lebih bermotivasi untuk memperbaiaki prestatsi diri setiap tahun.

Selain itu sistem penilaian prestasi SBPA juga telah di buat sebegitu rupa sehingga membolehkan kakitangan bawahan untuk menilai prestatsi pegawai atasan mereka. Sebelum ini kebanyakan laporan prestasi hanyalah bersifat “top down”. Dari pengalaman saya bercampur dengan rakan-rakan yang berkhidmat dalam JUSA C ke atas sejak awal tahun ini, saya dapati mereka-mereka ini sekarang lebih “friendly” dengan kakitangan bawahan. Mana taknya kerana markah dari kakitangan bawahan ini juga akan di ambilkira dalam penilaian prestasi tahunan pegawai-pegawai tersebut. Itulah yang dapat saya lihat perubahan positif yang ketara jika SBPA ini berjaya dilaksanakan.

Tapi sayang seribu kali sayang, cara Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melaksanakan sistem SBPA ini didapati kurang professional. Dalam melakukan proses pembaharuan, pihak JPA sepatutnya memberikan penerangan yang secukupnya kepada semua kakitangan yang terlibat. Persetujuan majoriti perlu diambilkira. Paling malang saya lihat, CEUPACS sebagai badan induk kesatuan sekerja bagi kakitangan awam telah di ketepikan dalam proses perancangan atau sekurang-kurang tidak dimaklumkan dengan sepenuhnya. Maka berlakulah kelam kabut apabila PM mengumumkan tentang perlaksanaan SBPA ini tempoh hari.

Apabila diteliti secara mendalam skim gaji baru dalam SBPA, maka di dapati pula bahawa kakitangan JUSA C keatas telah diberikan keistimewaan kenaikan gaji yang amat lumayan. Bayangkan Ketua Setiausaha Negara (KSN) akan dibayar gaji bersih lebihkurang RM50,000.00 sebulan. Ini tidak termasuk lain-lain elaun. Sedangkan kakitangan kerajaan berpangkat paling bawah hanya di katakan mendapat kenaikan setakat RM80.00 sahaja sebulan. Apabila berita ini tersebar, maka marahlah majoriti kakitangan kerajaan dan CEUPACS sendiri telah dihujani dengan berbagai maklumbalas negatif dari ahli-ahlinya. Oleh itu tak hairanlah YAB DS Najib terpaksa membatalkan perlaksanaan SBPA ini.

What a big blunder, JPA. Tenaga, wang ringgit dan masa terbuang begitu sahaja tanpa hasil yang diharap-harapkan. DS Najib sebagai ketua kerajaan dan Pengerusi BN pula terpaksa mengambil langkah berani untuk mengelakkan keadaan dari menjadi bertambah buruk. Apa yang berlaku sekarang ialah Sistem Saraan Malaysia (SSM) masih digunapakai tetapi dengan kenaikan gaji mengikut peratusan yang telah dipersetujui (lagi rendah gred gaji, lagi tinggin peratusan kenaikan akan diberikan).Lain-lain terma masih tidak berubah. Dengan lain  perkataan, duit berbillion ringgit keluar tapi sistem masih sistem lama. Kalau macam ni kenapa heboh-heboh nak di buat SBPA dulu? Saya percaya, apa yang berlaku mungkin akan dapat di elakkan jika kita mempunyai JPA yang lebih professional dalam melaksanakan amanah ini.

Kegagalan implementasi SBPA buka angkara kerajaan federal tetapi saya letakkan kesalahan semuanya ke atas bahu kakitangan JPA yang telah dibayar gaji untuk menguruskan tugas ini sebaik-baiknya. JPA, anda telah gagal!

Atas dasar mahu memperbaiki mutu prestasi perkhidmatan awam, maka tindakan disiplin perlu di ambil jika terdapat mana-mana pegawai yang didapati kurang cekap dalam mengendalikan perlaksanaan SBPA sehingga ianya terpaksa pula dibatalkan akhirnya.

UnclearEngineer
(ex-scivil servant)

2 comments:

  1. Benchmark yang dibuat JPA untuk kakitangan JUSA dan Premier ialah gaji President, VP, CEO, Managers syarikat MNC dan GLC. Mungkin itu silap pertama. Hire and Fire sukar dilaksana selagi beberapa undang-undang tidak dipinda. lagipun mungkin penggubal SBPA sengaja nak pekena BN dalam masa genting ini.

    ReplyDelete
  2. Salam Tuan,

    Musang Berbulu Ayam sudah menampakkan kelibatnya. Bukan kita tidak tahu bahawa byk pegawai atasan JPA ini lebih cenderong kpd Anwar. Kebanyakan mereka ini direkrut oleh Anwar pada mulanya. Saya sendiri mendapat maklumat bahawa wujudnya unsur2 sabotaj terhadap Dato Najib oleh pegawai2 JPA ini dengan cadangan SBPA ini. Banyak kelemahan yang wujud dalam SBPA sengaja dilakukan agar akan wujud rasa tidak puas hati terhadap kerajaan. Jadual gaji yang sengaja disorok oleh pegawai atasan JPA contohnya adalah salah satu bukti yang mana Dato Najib sendiri tidak tahu bahawa pekerja dinafikan akses kpd jadual gaji yang baru yang bakal mereka terima dalam SBPA.
    Pegawai Kerajaan-

    ReplyDelete

Awas, bahasa anda. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.