Friday, September 30, 2011

SOLI MA, BUT I LON’T SAY THAT LAH.

"The Sultan of Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, had said he was offended by the statement made by me against Johor. Out of respect to the Johor Sultan, I wish to fully apologise to the Johor Sultan and his subjects, the people of Johor. I have no intention whatsoever to discredit Johor or any other state,” he said.
Lim, however, did not admit making the statement and said he was still trying to locate the recording of what he said in Singapore.
Tergelak aku bila baca kata-kata LGE di atas. Minta maaf tapi tak mengaku dia buat ucapan yang menyinggung perasaan Sultan dan rakyat Johor. Boleh kata pula tu yang dia tengah cari rakaman apa yang dia kata di Singapura. Nak cari apa lagi, Ah Beng? Kan satu Malaysia dah dengar kat Buletin Utama di TV3. Minta saja satu salinan dari pihak  TV3. Senang cerita.

Cinabeng dari Melaka yang dilantik sebagai khalifah di Pualu Pinang ni betullah kaki kelentong. Aku ingat dia ni pandai sangatlah tapi akhirnya terseliuh juga lidah dia. Betul cakap, aku yang duduk dan besar di Selangor ni pun naik menggelegak darah bila dengar dia memburukan Johor di luar negara. Sampai ada kata “crook” lah dan macam-macam lagi.

Dalam blog aku yang terdahulu mengenai isu LGE ni adalah seorang mamat tu yang cuba mempertahankan LGE. Umpama dia tak percaya bahawa jelmaan seorang yang kononnya khalifah  Islam ni boleh cakap gitu. Bila rakaman di Singapura ni keluar, aku berharap sangat supaya mamat tu dapat menukar tanggapannya.

Sedih juga aku jika mengenangkan tahap politik Malaysia yang semakin hari semakin menurun. Aku tidak pernah terfikir nak memburukkan walau apa pun mengenai Malaysia di depan audien luar apatah lagi di bumi asing. Bagi aku, apa yang  tak baik mengenai Malaysia akan aku cuba perbetulkan dalam negara sendiri. Buat apa nak cuba memutar-mutarkan keadaan umpama memberi gambaran bahawa Malaysia ni dah teruk sangat, dah tenat sangat. Kalau dah “fed-up”, silalah sahaja untuk berhijrah (itu pun jika ada negara yang sudi terima).

Nampaknya sistem dua parti di Malaysia ni akan menyebabkan negara menjadi tambah kucar kacir. Rindu pula aku kat sistem kerajaan perpaduan. Wakil dari berbagai parti (pembangkang dan parti pemerintah) duduk bersama berbincang serta mencari jalan terbaik untuk memajukan negara tanpa memperdulikan kepentingan peribadi. Semua berfikir tentang kepentingan negara. Tapi ni pun umpama  satu anggan –anggan kosong sahaja.

Siapa dia yang mengsyorkan kerajaan perpaduan tempoh hari? Oh silap. Dia dah tarik balik cadangan tu dan sekarang ni tukar jadi cadangan negara kebajikan. Agaknya sebab jenoh cari dalam kitab  dan tak jumpa perkataan “kerajaan perpaduan” ini, gamaknya. Tapi kalau tak salah aku yang bukan dari bidang agama ni, perkataan negara kebajikan ni pun mungkin tak ada juga. Ops sori, ada ustaz yang dah naik juling nak marah baca ayat aku ni……… Sori ma, saya pun ikhlas dan tak berniat langsung  nak menghina agama aku.

Aku pikiaq, pikiaq. Kalau macam nilah perangai politikus Malaysia, jahanamlah negara!

UnclearEngineer

No comments:

Post a Comment

Awas, bahasa anda. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.