Saya memang malas menulis tentang bab agama sebab takut tersalah tulis.
Tapi yang ini lain. Dah lama sangat saya perhatikan hal ini dan sekarang
tergerak hati saya mahu menulis. Semoga akan ada sekelumit kebaikan hasil dari
pemerhatian saya ini. InsyaAllah.
Semalan hari jumaat. Semasa
duduk mendengar khutbahsolat jumaat, datang duduk di sebelah saya seorang anak
muda. Saya anggarkan umurnya mungkin belum mencapai 20 tahun. Seperti biasa,
tiada apa yang ganjilnya tentang anak muda ini.
Sebelum tamat khutbah bahagian pertama maka khatib pun mula membacakan
doa. Semua jemaah termasuk yang mungkin sudah pun berada di pinggiran alam
tidur bergegas ter jaga dan terus menadah tangan. Anak muda ini pun menadah
tangan sambil mengaminkan doa khatib dengan suara sikit kuat. Apabila khatib mula
sahaja mendoakan kesejahteraan sultan, anak muda ini terus meletakkan kedua
belah tangannya kepeha dan terus berhenti mengaminkan doa. Dia duduk kaku.
Apabila khatib selesai sahaja mendoakan kesejahteraan Raja Muda, dia terus
menadahkan tangan nya kembali. Baru saya sedar bahawa anak muda di sisi saya
ini enggan mendoakan kesejahteraan sultan dan keluarga baginda!
Setiap kali solat jumaat kita akan berjumpa dengan jemaah yang
sebegini. Mereka-mereka yang enggan
untuk mendoakan kesejahteraan orang lain hatta pemimpin negara sendiri. Apa jenis Islamnya
mereka sebegini? Bagi saya mengaminkan doa bagi kesejahteraan sesaorang tak kan
merugikan kita. Tambahan pula jika
mereka-mereka itu dari kalangan pemimpin negara yang bertanggungjawab dalam
menjaga kebajikan negara. Pemimpin kita memang perlu didoakan supaya dapat
terus diberikan hidayah untuk melakukan yang terbaik. Memohon dari
Allah dalam perkara begini tak baik ke? Jadi kenapa terdapat manusia yang
begitu tamak dengan doa dia?
Sebenarnya perkara ini timbul apabila agama telah bercampur aduk dengan
politik kepartian. Apabila seorang Tok Guru yang aktif berpolitik mendoakan
Perdana Menteri Malaysia supaya pecah perut, maka apakah yang kita harapkan
melalui contoh begini?
Kadang-kadang terfikir juga di fikiran saya. Apabila doa sesaorang yang
kononnya bertaraf “Tok Guru” tidak dimakbulkan oleh Allah, maka bermakna Allah
tidak merestui apa yang di buat nya. Seharusnya dia sedar akan hal ini dan
terus menghentikan perangai buruk dia. Tetapi tidak, dia terus sombong membuat
onar dan terus mengutuk serta mendoakan
perkara-perkara negatif kepada musuh politik mereka. Dia tak pernah
belajar akan mesej dari Allah.
Bagi saya, sifat begini akan merugikan Islam dalam jangka panjang.
Mungkin akan ada nanti orang bukan Islam dan orang Islam yang melihat agama
Islam ini sebagai agama yang tidak bersifat kasih sayang. Islam yang
menghasilkan ulama (ketua agama) yang penuh
dengan sifat kebencian terhadap orang lain. Apakah nanti kita akan marah jika
orang Islam sendiri menjauhi Islam kerana sifat-sifat keji the so-called “ulama”
Islam sendiri?
Banyak sangat wei kepincangan yang berlaku dalam dunia Islam kita ni. Siapakah
yang mahu merevolusi mentalkan pemimpin dan ulama Islam ini kearah Islam yang lebih
berperikemanusiaan dalam “approach”nya? Wallahualam.
UnclearEngineer
saya pun mengelak dari mengaminkan doa untuk sultan. Setiap majlis yang melibatkan sultan, seringkali mereka lewat dan tidak punctual. Sultan saya sering datang solat jumaat lewat, dan solat terpaksa ditangguh selama satu jam menyebabkan selesai solatjam 3.30pm dan banyak program tertangguh. siapa tidak sakit hati kalau tiap-tiap minggu terkena macam ni. orang tak tahu sering memuji assultan sebagai berjiwa rakyat, tapi sikap tidak cermat tidak puntual ini tidak boleh dibanggakan.
ReplyDeleteAdi,
ReplyDeleteSebagaimana saya tulis di atas, mengaminkan kesejahteraan orang lain tak ada ruginya terutama mereka yang menyakitkan hati kita. Doakan mereka supaya Allah dapat menyederkan mereka akhirnya.
Tak kiralah dia lambat atau tidak berjiwa rakyat, apalah salahnya kita berikan dia doa supaya dengan doa rakyat yang ikhlas ini akan berlaku satu perubahan yang akan menukar segala-galanya kepada kebaikan.
UnclearEngineer