Tuesday, October 9, 2012

YB MENTERI PERTAHANAN, FIKIR DULU SEBELUM BERCAKAP.

Keterangan gambar: Kapal Pengangkut USS George Washington (kiri) dan USS John C Stennis (kanan). USS John C Stannis di beritakan telah berlabuh di Pengkalan TLDM Willayah II di Sepanggar, Sabah pada minggu lepas. Kedua-duanya adalah dari kelas Nimitz yang setiap kapal dilengkapi 2 unit,105 MW reaktor setiap unit  sebagai jentera penggerak utama kapal.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi berkata, lawatan muhibbah tentera dari negara-negara sahabat terutamanya tentera laut jangan dianggap sebagai mendedahkan Malaysia sebagai tempat adu domba percaturan politik.

“Mereka tidak pernah membawa masuk dana asing untuk membiayai aktiviti NGO atau parti politik seperti yang dibuat oleh beberapa pihak. Menjadi dasar pertahanan negara untuk menerima kunjungan pegawai dan anggota tentera dari negara-negara sahabat untuk mempertingkatkan diplomasi ketenteraan atau military diplomasi bagi menjalin hubungan yang lebih baik antara angkatan tentera serantau dengan negara kita.

Ini kata Menteri Pertahanan kita ni. How naïve. YB DS Zahid, saya tak risau kalau USS George Washington bawa duit berguni-guni untuk disedekahkan dengan NGO pembangkang di Malaysia ini. Yang paling saya risaukan ialah pencemaran bahan radioaktif dari reaktor nuklear kapal pengangkut raksaksa ini. Untuk makluman, USS George Washington adalah kapal pengangkut kelas Nimitz Tentera Laut US yang berkuasa nuklear. Itu belum cerita lagi kemungkinan kapal ini juga membawa peluru berpandu nuklear di dalam perutnya. Sebagai perbandingan, bahan nuklear yang di bawa oleh USS George Washington ini jauh lebih tinggi keradioaktifannya dari himpunan bahan buangan dari kilang Lynas.

Dulu heboh isu mahu menjadikan Asia Tenggara (ASEAN) sebagai “South East Asia Nuclear Weapon Free Zone” (SEANWFZ). Apa dah jadi YB? Dah lupa ke, sehingga kini kita pula membenarkan kapal tentera laut asing berkuasa nuklear dan berkemungkinan membawa senjata nuklear untuk singgah dan berlabuh dalam perairan kita.

Kumpulan Hijau yang anti Lynas tak demo besar-besaran ke? Saya cuma bertanya. Jangan mare.


UnclearEngineer

1 comment:

  1. Sebenarnya Kumpulan Hijau dah ketinggalan apabila USS George Washington belayar betul-betul di bawah lubang hidung depa tanpa mereka sadari. Atau mungkin mereka sibuk demo kat Pengerang sehingga tak sedar perkara ini.

    UnclearEngineer

    ReplyDelete

Awas, bahasa anda. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.