Aku pun tak tahu makna istilah apa celop ni.
Dengar macam ummp sahaja. Jadi aku pakailah. Kalau maknanya menyakitkan hati
sesiapa, aku minta maaf banyak-banyak lebih dahulu.
Aku terbaca dalam blog RBF online di bawah tajuk “PAS
kalah di Tenang kerana UMNO lepaskan air dari Ampangan – Hj. Hadi”. Gatal pula
tangan aku nak menulis pasal tuduhan Hj. Hadi ni.
PAS kalah di PRK Tenang, Johor sebab UMNO sabotaj.
Apa yang UMNO dah buat? Hj. Hadi kata UMNO lepaskan air dari empangan menyebabkan
banjir di hari pembuangan undi sehingga menghalang pengundi PAS keluar mengundi.
Sebab itu PAS kalah!
PRK Tenang ni di adakan pada tahun bila ye? Kalau
tak salah, PRK Tenang berlaku pada 30 januari 2011. Kenapa masa ni baru keluar
tuduhan? Koman benarlah jentera pilihanraya PAS kerana gagal mengesan
kerja-kerja sabotaj UMNO ini dengan pantas. Jadi baru la ni Presiden depa dapat
buka mulut. Buka je mulut dah jadi kontroversi pulak.
Sebab aku manusia yang baik, jadi aku tak nak tuduh
semborono terhadap sesiapa pun. Tambahan pula nak memaki hamun sesama Islam.
Jadi aku siasat dulu dan bagi pendapat aku. Selepas baca apa yang aku tulis, kau
orang nak percaya kat siapa, terpulang….
Dari analisa keputusan PRK Tenang, calon BN (6,699
undi) menang dengan majoriti 3,707. Jumlah majoriti ini merupaka lebih banyak dari undi yang
diperolehi oleh calon PAS sebanyak 2,992. Peratusan keluar undi di dapati
rendah dari biasa iaitu sebanyak 67%
sahaja.
Berdasarkan data di atas mari kita buat kira-kira sikit.
Berdasarkan data di atas mari kita buat kira-kira sikit.
BN – 6,699
PAS – 2,992
Majoriti – 3,707
Keluar Mengundi – 9,833
%
Keluar Mengundi – 67%
Kalau diandaikan 85% (purata terbaik kadar keluar mengundi di
Malaysia) keluar mengundi jika UMNO tak buka ampangan air, jumlah yang akan keluar
mengundi = (85/67) x 9833 = 12,975 0rang
Kita buat andaian bahawa kesemua 100% (dalam
keadaan biasa tak mungkin kesemuanya adalah pengundi
PAS) yang tak keluar ni adalah pengundi PAS belaka,
PAS) yang tak keluar ni adalah pengundi PAS belaka,
Jumlah undi PAS = 2992 + (12,975-9833) = 6134
Setelah diambilkira tuduhan Hj. Hadi, undi maksima
yang akan diperolehi oleh calon PAS hanyalah 6,134 sahaja dan ini masih lagi kurang dengan undi yang diperolehi
oleh calon BN sebanyak 6,699. Jadi
macam mana Hj. Hadi boleh kata calon PAS pasti menang jika UMNO tak buat sabotaj
dengan membuka air ampangan?
Patutlah Harakah tarik balik artikel yang
disiarkan. Sebab depa dah tahu, Hj. Hadi bercakap tanpa buat kira-kira dan dengan
sengaja membuat tuduhan melulu (dengan lain perkataan buat ”fitnah”). Pemberita Harakah pun satu, siarkan artikel bersumberkan
dari Presiden Parti tanpa buat siasatan latarbelakang mengenai isu. Kan dah
tertembak kaki sendiri.
Contoh terbaik yang keluar dari mulut Presiden PAS (selalunya apa yang dicakap adalah apa yang ada dalam minda). Mendokong cita-cita menegakkan Islam konon. Yele tu, Islam versi kamu. Takbeeer.
UnclearEngineer.
Saya berpendapat sekiranya peratusan yang keluar memgundi itu lebih besar maka BN akan menang dengan mejori yang lebih besar lagi (dp 3707 itu), kerana yang malas keluar mengundi adalah penyokong2 BN bukannya penyokong PAS.
ReplyDeletePenyokong PAS akan datang, dan yg tak dapat datang sendiri akan diusung ke pusat mengundi dalam keadaan apa sekali pun.
Walau apa pun Haji Hadi perlu menerima hakikat yang ALLAH SAW telah mengtakdirkan PAS kalah di Tenang dalm pilihanraya tersebut.
Anon 05:34 PM
ReplyDeleteSaya amat bersetuju dengan komen saudara. Tapi ada segulungan manusia yang selalu ingat dia sahaja yang di sayangi Allah tak boleh terima kekalahan ini. Manakan boleh mereka yang memperjuangkan agama Allah tidak dapat pembelaan dari Allah?
Soalan saya betul ke mereka ini di jalan yang di restui Allah?
UnclearEngineer
Saya suka post ni. Engineer dah jadi Mathematician pulak. Macam . . .it's all about number. Nasib baik tak ada nas Al-Quran atau hadis. Kalau ada, Hj dah outclassed Tuan Guru Hadi. CAYA LAH
ReplyDeleteSaudara Zulhairy
ReplyDeleteIni semua simple mathematics. Siapa yang lulus SPM pun boleh buat kiraan ini. Yang tak mampu buat hanya mereka yang suka buat tuduhan melulu. Tak malu langsung bila berbohong.
UnclearEngineer