Saturday, November 12, 2011

NUTP BANTAH TAMBAHAN MASA KERJA GURU

NUTP (National Union of Teaching Profession) telah menyuarakan bantahan terhadap cadangan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk memanjangkan waktu kerja guru-guru dari 8.0 jam sekarang  ke 9.0 jam sehari, sama seperti  kakitangan awam yang lain.

Kesekian kalinya saya nak cakap sekali lagi. TOLONGLAH…… saya tujukan ini kepada pembuat polisi (dibaca sebagai agensi awam) supaya berhenti dari membuat sebarang kenyataan yang akan membuatkan gulongan guru dan juga rakyat marah kepada kerajaan.

DS Najib dah buat macam-macam untuk melembutkan hati rakyat sebagai persediaan kepada PRU 13. Kenapa kita mesti mencurahkan minyak pada bara api yang semakin padam? Baru-baru ini saya ada buat komen tenatang kenyataan Jabatan Veterinar mengenai keperluan mendapatkan permit bagi penyembelihan daging korban. Kenyataan tersebut pula di keluarkan hanya sehari sebelum raya. Kenyataan yang sia-sia ini hanya akan menyebabkan masyarakat Islam boleh jadi marah. Kemudian nya apa jadi? Habuk pun tarak! Saja je nak buat “havoc”.

Saya pernah bertanya kepada seorang sahabat yang juga seorang guru. Kenapa banyak guru yang saya lihat di tempat saya lebih condong ke kiri dari menyokong UMNO/BN?  “Susah lah Haji, dia orang ini banyak yang tak puas hati sebab banyak janji yang tak di tepati”, jawab beliau. Sebagai bekas Yang diPertua (YDP) PIBG selama 8 tahun mungkin saya boleh faham dengan perasaan guru-guru ini.

Sebenarnya guru adalah profession paling “stress” dalam prkhidmatan awam. Apabila lain-lain perkhidmatan awam di ukur prestatsi masing-masing melalui sejauh mana kecekapan mereka menghabiskan peruntukan, pihak guru di nilai oleh masyarakat  dengan prestasi kelulusan peperiksaan yang perlu meningkat saban tahun oleh ibu bapa. Prestasi yang menurun akan menyebabkan mereka di lempar dengan berbagai tuduhan seperti malaslah, tak ada motivasilah, makan gaji butalah dan macam-macam lagi.

Gulongan guru juga terbeban dengan berbagai-bagai aktiviti luar darjah yang tak kunjung habis. Sekarang ini banyak sekolah akan mengadakan tuisyen pada hari Sabtu selain aktiviti lain. Kadang-kadang nak mengadakan mesyuarat PIBG pun susah sebab ramai guru terutama wanita keberatan  untuk datang menghadiri mesyuarat pada malam hari. Jadi terpaksa jugalah diadakan pada hari sabtu di celah berlari kesana kesini dalam kawasan sekolah melihat aktiviti lain murid-murid. Kalau ada pula rancangan nak buat program mencari sumber  dana tambahan PIBG seperti makan malam mahupun hari kantin, maka guru merupakan  tenaga penggerak penting. Berkelintaulah mereka-mereka ini macam lipas kudung. Sampai yang terbaharu, guru juga jadi mangsa untuk memantau program mengelak obsiti di kalangan murid-murid. Apa lagi yang tak di bebankan kepada guru?

Kononnya banyak imbuhan tambahan di berikan kerajaan bagi guru-guru di sekolah yang berjaya. Tetapi cuba kita fikirkan, berapa kerat sahaja dari puluh ribuan guru kita ini dapat menikmati faedah seperti ini.  Kalau bercerita tentang Sarawak dan Sabah pula, pengorbanan guru untuk mendidik anak bangsa di daerah pendalaman amat memeritkan. Naik perahu tanpa mengira keselamatan diri, berjalan merendah jalan hutan yang jika hujan akan menjadi satu perjalanan yang amat menyiksakan. Ini semua mereka lakukan bagi menggalas tanggungjawab serta sumpah sebagai seorang guru. Ah, betapa beruntungnya aku kerana tidak pernah terpikat nak jadi seorang guru sejak dulu!

Berbalik kepada cadangan JPA untuk menambah 1 jam lagi waktu kerja guru. Cuba kita fikirkan, apalah agaknya yang akan dapat dilakukan dalam tambahan sejam tu? Saya rasa terlalu sedikit tapi ini sudah tentu akan menyebabkan guru semakin bertambah tertekan. Yang saya persoalkan ialah dari mana datang cadangan ini? Tiada angin dan tiada ribut, tup, tup dengan sekoyong-koyong terpancul cadangan yang “teramat bernas” ini.

Kadang-kadang hati saya menjadi buruk sangka apabila saya membaca cadangan mengarut sebegini. Apakah ada diantara penjawat awam kita ini “die hard” pro pembangkang secara bersembunyi? Umpama musang yang berbulu ayam? Mereka ini sedang berusaha menenggelamkan apa apa kesan “feel good” yang dibuat oleh PM.

Nasihat saya kepada yang suka buka mulut tak tentu pasal tu senang sahaja. Sudah-sudahlah tu. Buatlah kerja dengan baik dan janganlah nak buat pandai yang tak kena tempat. Jika tak ada kerja sangat silalah carilah kerja yang lebih berfaedah. Kalau tidak, dari jatuhnya sebuah kerajaan yang prihatin, baik berhenti sahajalah……..jual keset ceramah politik kat pasar malam. Itu kan lebih bagus.

UnclearEngineer

2 comments:

  1. artikel yg bg sy sangat mengesankan.

    ReplyDelete
  2. Anon 8:53

    Syukur TPM telah mengumumkan tentang pembatalan ide yang sungguh tak bernas ni. Penjawat awam yang terlibat tu insaflah, jangan pasal mulut kau tu seorang menteri kanan pula perlu bersuara.

    UnclearEngineer

    ReplyDelete

Awas, bahasa anda. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.