Friday, November 25, 2011

HARIMAU MEMBAHAM GARUDA


Kemenagan pingat mas oleh skuad Harimau Muda Malaysia dalam pertandingan bolasepak sukan SEA di  Jakarta baru-baru ini amat bermakna sekali terutama bagi seluruh rakyat Malaysia. Apa tidaknya, kerana kemenagan itu telah berjaya mendiamkan ego penonton Indonesia yang sejak dari peringkat separuh akhir lagi telah melakukan provokasi demi provokasi terhadap apa sahaja yang dikaitkan dengan pasukan Malaysia. Nampak sangat kebencian sesetengah rakyat Indonesia terhadap kita. Maka, termenunglah rakyat Malaysia termasuk penulis memikirkan kenapa jadi sebegini rupa? Besar sangat ke dosa kita selama ini kepada rakyat dan negara Indonesia?


 
Melihat kepada tindakan balas rakyat Malaysia yang teramat “bertamadun” (dalam soal ini boleh di baca sebagai ambil tak kisah), maka saya telah menyiarkan satu lakaran gambar memperlihatkan harimau membaham garuda dalam fb saya pada keesokan hari selepas tamat perlawanan akhir tersebut. Lakaran gambar ini saya kutip dari sebuah blog politik terkenal.  Tindakan tersebut saya lakukan sebagai tanda ketidakpuasan hati saya terhadap provokasi melampau rakyat Indonesia bukan sahaja terhadap team Malaysia ke Sukan SEA bahkan juga terhadap provokasi-provokasi sebelumnya.


Saya amat tertarik kepada beberapa  komen dari seorang rakan fb terhadap isu lakaran gambar tersebut, maka saya ingin menulis  mengenai komen-komen tersebut dalam blog saya kali ini. Sila lihat “screen shot” di bawah.


Telah berlaku beberapa pertukaran komen antara saya dengan rakan fb saya tersebut dan di bawah ini saya turunkan juga komen-komen tersebut tanpa sebarang perubahan.

Yaziz Yunus. Itulah orang Malaysia terutama orang Melayu, "tak pa". Dalam 100,000 penonton di Gelora Bung Karno tu ada tak mereka-mereka yang berpelajaran tinggi yang mampu menegor telatah dan kelakuan yang termat kurang ajar tersebut. Bila lagu Negaraku berkumadang, hiruk pikuk dengan bising dan bunyi airhorne. Itu belum lagi yang tak mahu langsung berdiri. Bila lagu kebangsaan Indonesia berkumadang, semua senyap dan seluruh stadium menyanyi bersama-sama. Kan nak cari pasal namanya ni! Saya tabik pada Ong Kim Swee semasa memberikan kata-kata perangsang pada pemain Malaysia sebelum perlawanan - "if you allow this to happen, then you are cowards. You must teach them what being Malaysians is all about." Last night I am so proud to be Malaysian.


Azanisham Samat. Jika mereka tidak bertamadun... adakah perlu kita juga jadi seperti mereka?... Ini bukan pasal mereka, tetapi pasal kita... Saya tidak menyatakan saudara Yaziz Yunus salah atau tidak... saya cuma menyatakan gambar ini tidak wajar... Jika beruk membaling kita buah.. adakah perlu kita baling buah juga untuk mengajar mereka... kita adalah manusia, yg berfikiran, bertamadun dan beriman.. tahu menghormati... Kalau org tak menghormati kita, itu adalah hak mereka... tetapi kita sebagai seorang Islam perlulah berfikiran, berjiwa dan berakhlak sebagai seorang Islam... Ini bukan pasal tak pa or what so ever... tapi pasal, gambar ini tidak wajar kerana menggunakan Jata Negara Indonesia... Tidak perlu kita mencalarkan imej "gentleman" kita kerana nak membalas sikap tidak bertamadun penyokong Indonesia... Malam tadi kita sudah mengajar mereka dengan cara cukup terhormat... Jadi tak perlulah kita terlebih ajar pula dengan menghina lambang negara mereka.

Azanisham Samat. Sejarah membuktikan.... Konfrontasi Malaysia-Indonesia berlaku secara rasminya apabila berita palsu Tunku Abdul Rahman memijak Garuda Pancasila disiarkan dalam akhbar Indonesia... Slogan Ganyang Malaysia mula-mula diperkenalkan oleh Partai Komunis Indonesia yang bersekongkol dengan Parti Komunis Malaya dan Parti Komunis Kalimantan Utara yang bercita-cita menubuhkan Indonesia raya - sebuah negara komunis ketiga terbesar di dunia selepas China dan Soviet... Bagi saya tidak berguna menasihati "beruk" kerana mereka memang beruk.... tetapi adalah lebih baik, kita saling menasihati sesama manusia yang punya akal dan iman... :)

Azanisham Samat. Bagi saya ini bukan perbalahan... tapi ini satu dakwah... tegur menegur itu satu kewajipan bagi setiap insan.

Yaziz Yunus. Sdr Azanisham Samat. Saya faham point saudara. Malam tadi juga saya berbicara dengan rakan2 mengenai kita orang Melayu yang kadang-kadang dalam beberapa isu ini nampak macam lurus bendol. Kita mahu semua orang berfikiran satu hala sahaja. Sebenarnya dalam politik kita perlukan banyak kumpulan yang bertindak dengan berbagai cara untuk memastikan sesuatu objektif tercapai.

Saya perhatikan dalam isu Indonesia ni kita umpama mahu di lihat sebagai bertamadun sedangkan hati kita di robek dek penghinaan yang di lakukan oleh seorang "abang". Saya mengambil keputusan untuk menjadi "kaki busuk" dalam menangani isu ini kerana saya lihat terlalu banyak orang Malaysia mahu di lihat sebagai "kaki baik". Selama ini sebab terlalu baik sangat kita, maka apakah penghinaan demi penghinaan dari seberang ini tambah berkurang atau tambah melampau? Saya respond sebagai rakyat yang punya perasaan dan juga punya harga diri.

Saya tidak kata pendapat saudara salah tapi saya juga ingin menginagatkan semua orang yang segulongan dengan saudara, jangan menganggap bahawa jalan yang saya ambil tidak ada menafaatnya. Bagi saya jika mereka sanggup menghina lambang negara saya maka saya juga boleh melakukan sesuatu yang serupa. Untuk makluman saudara jika belum sedar lagi, saya cuma menyiarkan gambar bukan menconteng kata-kata lucah mahupun membakar lambang tersebut. Jadi respond saya tu masih jauh dalam lingkungan respond orang yang bertamadun.

Saya mengambil keputusan untuk berdiri mempertahankan maruah negara saya dengan menyerang balas (itu pun setakat siar gambar je). Apa yang nak di kata oleh orang lain, itu adalah hak mereka.

Sebagai rakyat, saya sering pergi ke Indonesia atas urusan peribadi mahupun perniagaan termasuk menghantar sumbangan membantu rakyat di sana. Tapi itu tidak bermakna saya akan membiarkan segulungan dari rakayt Indonesia untuk terus berlaku terlalu kurang ajar terhadap negara ini.

-          The end.

Akhir sekali, terpulanglah kepada pembaca untuk mengambil jalan mana yang terbaik untuk Malaysia dalam menangani isu hubungan antara rakyat-rakyat dengan Indonesia ini yang nampaknya semakain renggang. Katanya pada masa ini terdapat sekumpulan ali-ahli Parlimen Malaysia yang sedang melawat Jakarta. Mungkin ini salah satu cara oleh kerajaan Malaysia untuk cuba meredakan kemarahan serta bagi menjernihkan keadaan. Saya melihat selama ini hubungan pemimpin politik kedua-dua negara nampak baik harap-harap bukanlah umpama manis di muka tapi ada kesumat di hati. Yang perlu dieratkan lagi ialah hubungan rakyat dengan rakyat.


Delegasi dari BNBBC yang baru samapi di Jakarta. Gambar ikhsan Mohd Faisal Mohd Salleh

Buatlah apa yang patut tapi jangan kita perlihatakan sikap terlalu berlembut sehingga kita di lihat umpama hidung tak mancung tetapi  pipi tersorong-sorong. Walaupun kita menghormati Indonesia sebagai “abang tua” tapi dari segi hubungan, kita mahu di perlakukan sebagai “adik beradik” setara, yang semasa duduk, kita sama rendah dan jika berdiri, kita sama tinggi.

UnclearEngineer

No comments:

Post a Comment

Awas, bahasa anda. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.