Friday, November 4, 2011

BENARKAH PROJEK LYNAS TIDAK MEMBAWA SEBARANG MENAFAAT EKONOMI?


Although reports say the plant may earn RM8 billion for Lynas, critics have questioned the real economic benefit of the project, pointing to the 12-year tax break Lynas will enjoy due to its pioneer status – Malaysian Insider.
--------------

Benarkah tuduhan pembangkang dan juga pengkritik bahawa projek nadir bumi Lynas di Kuantan tidak membawa kebaikan ekonomi bagi Malaysia? Izinkan bagi saya untuk men jawab:-

PERTAMA – mana-mana projek yang di bawa masuk ke Malaysia dari luar negara sudah pasti akan membawa tukaran wang asing ke dalam negara. Projek Lynas dengan nilai pelaburan RM 700 juta sudah pasti akan membolehkan kontraktor tempatan dalam pembinaan, pembekal peralatan dan mesin, perkhidmatan professional mendapat habuan masing-masing dalam menjayakan pembinaan kilang tersebut.

KEDUA – kebanyakan pekerja Lynas merupakan rakyat Malaysia. Pembayaran upah dan gaji sudah tentu akan menyebabkan pengaliran wang ke dalam ekonomi tempatan ie di Kuantan sejak dari hari pertama projek.

KETIGA – walaupun Lynas di berikan perlepasan cukai tahap “pioneer status” selama 12 tahun, ini bukan bermakna bahawa Lynas tidak membayar langsung cukai dalam tempoh masa 12 tahun tersebut. Mengikut amalan percukaian di Malaysia, Lynas hanya mendapat perlepasan selama 12 tahun terhadap 70% dari pendapatan statutori sahaja. Lagi 30% dari pendapatan statutori ini perlu dibayar cukai mengikut kadar biasa. Jadi di tahun pertama keuntungan, Lynas tetap akan membayar cukai pada kerajaan.

Perlu juga di ingat bahawa jika projek ini jika tidak dibuat di Malaysia, Kuantan khasnya dan Malaysia amnya tidak akan dapat ratusan juta mengalir masuk ke dalam ekonomi negara. Jadi sudah jelas bahawa tuduhan yang mengatakan Lynas tidak membawa menafaat ekonomi merupakan satu tuduhan yang tidak benar sama sekali.

Pengkritik seperti YB Fauziah (PKR, Kuantan) merupakan seorang wakil rakyat yang degil dan manusia yang tidak mahu menerima kebenaran. Walaupun sahabat sepakatan, YB Dr. Che Rosli (PAS, Ulu Langat) yang juga merupakan bekas pensyarah UKM serta pemegang ijazah PhD dalam fizik nuklear sendiri menyatakan bahawa pemprosesan nadir bumi yang di lakukan oleh Lynas adalah operasi selamat, beliau masih juga tetap berdegil dengan pandangan beliau.

Inilah yang sangat aku takut dengan politikus kat Malaysia. Mereka terlalu taksub dengan pegangan politik masing-masing sehingga semuanya mestilah dalam bentuk hitam putih semata-mata (apa kerajaan buat, aku mesti tentang – its either you are with me or against me). Nak cari ahli parlimen macam YB Dr. Che Rosli memang cukup susah. Kalau beginilah perangai kebanyakan polituks di Malaysia, apakah akan jadi pada masa depan Malaysia nanti post PRU13? Gerun aku mahu membayangkan nya.

Kepada semua politikus di Malaysia yang berpegang pada prinsip politik untuk kebaikan rakyat dan negara,  renung-renungkan lah. Ada masa kita menyokong dan membangkang, ada masa kita harus akur dengan kebenaran dan fakta.

UnclearEngineer

No comments:

Post a Comment

Awas, bahasa anda. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.