Baru-baru ini di kawasan Jalan Tanjung,
Bukit Sentosa telah dipasang meter baru sebagai mengganti meter lama. Mulanya
saya setuju perkara tersebut di buat sebab saya sendiri mensyaki meter lama
saya tidak memberikan bacaan sebenar. Apa taknya, rumah yang di huni 3 orang (most
of the month, melainkan bila anak2 balik hujung minggu) boleh sahaja menjejak
RM 450-500 bil letrik sebulan. Masa saya duduk di Bandar Baru Bangi taklah
setinggi macam tu walaupun kesemua anak2 masih tinggal dengan saya. Paling tinggi
RM80 sahaja sebulan.
Aduan dan rungutan rakyat Puchong mengenai caj bil TNB yang naik
mendadak 3 kali ganda!
|
Bila sudah di pasang, saya pun
tunggu bil letrik pertama. Bila dah sampai, terkejut saya sebab bukan tambah
kurang tapi tambah tinggi! Saya pun google kat internet, jika ada komplen yang
lain dari pengguna. Rupa-rupanya bukan saya sorang sahaja tapi banyak lagi yang
komplen hal yang serupa. Jawapan TNB mudah sahaja, meter baru ni meter digital,
lebih tepat dan bacaan yang diberi memang bacaan sebenar. Kadang-kadang terfikir juga saya, apa ke
bodohnya TNB selama ni bila pasang meter yang memberikan bacaan yang tidak
tepat sampai 300% lari dari bacaan sebenar.
Saya ni bukanlah pandai sangat. Tapi
ketepatan bacaan meter baru ni dibanding dengan meter lama bagi rumah yang sama,
amat-amatlah meragukan. Kita sebagai
jurutera, jika terdapat ketepatan sesuatu meter atau “gauge” yang lari dalam +/-10%,
memang kita boleh terima. Itu pun bergantung kepada jenis alatnya. Kalau jam
misalnya, kalau lari lebih dari +/- 5%, itu dah dikira teruk sangat ketepatan
bacaannya dan perlu diganti. Jadi secara
kesimpulannya, dalam keadaan biasa +/- 10% adalah biasa dan boleh diterima. Tapi
perbezaannya ada yang sampai 300%? Dan bukan sorang pulak tu yang mengalaminya.
Ada sesuatu yang tak kena.
Mengikut sistem kualiti ISO 9000
yang banyak dipratiskan dalam syarikat pembuatan di Malaysia, setiap meter dan
gauge (seperti pressure gauge, thermometer, timer, atau apa-apa alat) yang digunakan dalam mengawal kualiti sebarang
produk yang dihasilkan mesti dikalibrasi dalam julat masa yang ditetapkan. Yang
paling penting, kalibrasi ini dibuat dengan membuat perbandingan dengan “standard
gauge” yang telah pula dihantar kalibrasinya pula ke
makmal akreditasi nasional. Kat Malaysia ni selalunya kita hantar kat SIRIM.
Bila isu bil letrik melambung
dengan pemasangan meter baru ini, maka sepatutnya TNB mengeluarkan sijil
kalibrasi meter yang dipasang bagi menunjukkan meter tersebut telah diuji dan
ketepatannya adalah baik. Selagi TNB belum dapat memberikan sebab yang
menasabah, saya amat setuju dengan keputusan menangguhkan buat sementara
pemasangan meter-meter baru ini. Yang dah dipasang dan sekarang bacaannya
membebankan pengguna pula bagaimana?
Lagi dekat pilihanraya makin
banyak perkara-perkara yang berlaku yang membuatkan rakyat marah dengan
kerajaan. Sebelum ini mengenai kamera perangkap laju dan kesalahan trafik. Memang
disengajakan ke ni? Harap-harap tidak, cuma secara kebetulan sahaja. Tapi sebaik-baiknya
lah, kalau ada perkara baru yang mahu dimulakan, tanggukanlah dulu sampai
selepas pilihanraya. Sekarang sampai ke tarikh pilihanraya, kita buat semua apa
yang rakyat suka sahaja.
UnclearEngineer
Aaa...Bab kalibrasi meter nih satu isu jugak.Meter tsb tentu dikalibrasi pihak TNB sendiri.Apa rujukan kalibrasi tu,hanya TNB shj yang tahu.Sepatutnya kalibrasi nih dibuat pihak ketiga macam pam petrol,penimbang berat di pasar dan lain-lain lagi ditentusahkan oleh KPPHDN.Saya juga kurang pasti juga dgn perkhidmatan utiliti lain seperti telefon dan air.Semua ini sepatutnya ditentusahkan ukurannya oleh pihak ketiga.Baru-baru ini saya menamatkan servis broadband Digi dan diberikan termination bil untuk RM38.Oleh kerana dah tak guna servis ini saya pun terperuk entah di mana,sekali bila dapat reminder,bil sudah naik jadi RM44,macamana nih?Servis dah tamat,mana pulak datangnya extra RM6.Saya guna Maybank2u setel RM38 je,padan muka...
ReplyDeleteWalaupun GLC, TNB xdak ISO 9000 certified. Yang ada ISO certification pun bersepah dia punya kualiti...hehehehehe
ReplyDelete