Gaji semua menteri Singapore akan kena potong. Gaji presiden pun kena potong. Gaji Speaker Parlimen dan Timbalan pun kena sunat. Purata 30 peratus.
Gaji PM Lee Hsien Loong "tinggal hanya" S$2.2 juta setahun (RM5.28juta). Dulu setahun S$3juta. Presiden kena potong 50 peratus, kesian gaji "tinggal" S$1.5juta (RM3.6juta) saja. Dulu S$3.2juta. Gaji menteri kini akan "hanya" S$935,000 setahun (RM2.24juta) = atau RM172,000 sebulan (termasuk 1bulan bonus). Makan tak habis oi, gaji RM172,000 sebulan!!!. Dulu purata gaji mereka S$1.5juta!).
GAJI OBAMA sebagai biggest economy in the world? Yang kawal tentera paling gah? Ish, US$400,000 setahun = S$520,000 = RM1.25juta.
- Dipetik dari blog OpEd (www.remgold.blogspot.com)
KOMEN: Kalau dah Presiden, Perdana Menteri, Menteri dah dapat gaji sampai lebih RM1 juta setahun, berapa pulak agaknya gaji S/U Politik, S/U Sulit, S/U Akhbar, Pegawai Khas dan lain-lain?
Saya pasti Menteri dan Wakil Parlimen di Singapork tak macam kita kat Malaysia. Orang kahwin, orang meninggal, kenduri tahlil & doa selamat, masuk hospital, hatta orang bersalin semua kena lawat dan ziarah dengan membawa sedikit “angpow”. Itu tak termasuk pengundi yang datang mengadu pasal anak masuk U, cermin mata patah, reban ayam roboh di pukul ribut, road tax dah mati, bayaran bil letrik tertunggak dan seribu macam lagi masalah rakyat. Semua ni wakil rakyat kena hulur juga. Kalau tidak nanti kena tuduh tak mesra rakyat. Dengan semua kos ini, agaknya berapalah gaji menteri dan ahli parlimen kat Malaysia ni? Menteri mungkin antara RM150,000 setahun dan ahli parlimen dan ADUN mungkin sekitar RM70,000 sahaja setahun. Tempoh hari dalam ucapan belanjawan, PM ada kata nak naikkan gaji wakil parlimen. Tapi kena pula “tembak” dek wakil perlimen pembangkang (sebenarnya hati kata mahu, tapi takut rakyat nanti marah). Akhirnya tak jadi. Kesian ahli parlimen Malaysia, terkulat-kulat sahajalah untuk beberapa tahun lagi.
Sebagai perbandingan, kita lihat gaji kakitangan kerajaan diperingkat JUSA C, yang paling junior. Saya di maklumkan bahawa mereka ini di bayar gaji RM200,000 setahun (tak masuk lagi elaun dan lain-lain). Kalau peringkat JUSA A ke atas, ada yang jejak lebih RM500,000 ke atas setahun. Jadi mungkin dah jadi terbalik kot, pegawai lebih tinggi gaji dari bos (menteri dan timbalan menteri).
Saya rasa anomali gaji antara pegawai kerajaan dengan ahli politik yang di pilih rakyat amat ketara sungguh di Malaysia. Ini sebenar tidak baik untuk negara kerana lambat laun kita akan dapati banyak pemimpin yang punya bakat untuk mentadbir tidak mahu jadi pemimpin politik. Maka kerjaya sebagai ahli politik akan hanya dapat menarik bakat bakat yang tidak berkualiti dari segi latarbelakang akademik mahupun keupayaan pentadbirannya. Dalam jangka panjang ini akan melemahkan keupayaan negara untuk bersaing di peringkat global.
Satu lagi keanihan kat Malaysia (bukan kat Malaysia sahaja, lihat sahaja di negara-negara sekeliling kita) ialah walaupun gaji tidak setimpal dengan perbelanjaan yang melebihi upah, kita masih melihat Pak Menteri dan wakil rakyat kita nampak hidup begitu mewah. Dah tu macam mana kita nak terangkan pada rakyat bila ada rumah menteri dan wakil rakyat Malaysia macam mini istana? Agaknya gaji memang kecil tapi ada duit lain lagi yang jatuh dari langit! Itulah agaknya yang menyebabkan ramai orang masih kuat minat mereka nak jadi ahli politik ni, wallahualam.
UnclearEngineer
No comments:
Post a Comment
Awas, bahasa anda. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.