Tuesday, September 13, 2011

CACING KEPANASAN, “PEJUANG ISLAM” TENGAH MENGGIGIL KETAKUTAN.


Masjid As Salam, Bukit Sentosa.
Semalam bertemu kawan-kawan bercerita tentang kisah si khatib yang celupar mulut yang konon mahu menjatuhkan kerajaan yang sah. Kalau dengar khutbah dia jumaat lepas wow…, mengaum macam harimau lapar tetapi bila ada siasatan dari pihak majikan kenapa jadi macam kucing demam. Ngiau, ngiau……..mana ada aku cakap begitu? Sumpah aku baca teks rasmi JAIS. Aku sebenarnya dianiaya. Dia orang yang mengadu tu jeles kat aku sebab ramai gadis minat kat ustaz macam aku ni. Dah lah aku muda, hensem, aku pula baru beli BMW 7 series. Opps…. dah terlebih pulak ni, sorrylah ayat last tu cuma gurauan aku sahaja.

Apa dia ingat semua 3,000 orang jemaah dalam Masjid As Salam masa tu tidur belaka masa dia bercakap berdegar-degar tu? Kita orang nampak sahaja tutup matalah ustaz, tetapi telingga kami tetap mendengar. Kami belum pekak lagi. Kebanyakan kami sudah pun menjadi pakar dalam mendengar khutbah, walaupun masih tegak duduk, mata lelap tapi minda dan telingga kami masih berfungsi. Apa yang khatib cakap kami masih boleh dengar dan fikir. Kalau yang khatib cakap merapu tu kami cuma cakap dalam hati sahaja. Kang kalau bising sikit aje takut pula tak dapat pahala jumaat kita. Nanti sia-sia sahaja pergi masjid solat jumaat.

Sebenarnya mengambil kesempatan berkhutbah politik semasa solat jumaat adalah satu penyalahgunaan ibadah Islam paling hina bagi aku. Kerana si khatib tahu bahawa jemaah solat pada masa itu ibarat “kambing yang telah terkepung dalam kandang” tidak mampu bersuara dan berbuat bising dan terpaksa mendengar apa sahaja yang di hidangkan termasuk “sampah” dalam khutbah mereka.

Bukan mudah nak kumpul 3,000 orang secara percuma. Kalau buat ceramah politik  kat luar sudah tentu ada kos khemah, kos letrik, sewa sistem PA dan perlu kawasan lapang yang sesuai. Itu belum termasuk nak bagi tahu kat balai polis berdekatan dan mendapatkan permit ceramah. Ini ada 3,000 orang yang tetap setiap minggu yang datang secara sukarela. Kita hentam sahaja lah apa yang nak di cakap, untung-untung kalau kita cakap benda yang sama selama 5 tahun setiap minggu mungkin ramai orang yang akan percaya….kerajaan tak Islamiklah, undang-undang negara undang-undang penjajahlah, Sure Heboh TV3 untuk melalaikan belialah, pendidikan negara tak mengikut kehendak Islamlah blah, blah blah. Nasib baik hari jumaat ramai jemaah kena pergi kerja, kalau cuti agaknya mungkin khutbah akan meleret sehingga pukul 3:00 petang. Mungkin ini antara sebab dia orang bising minta hari jumaat jadi cuti hujung minggu. Bertambah lagi masa depa dapat tarbiah ahli kariah secara percuma.

Untuk memberikan keadilan, bukan semua tuduhan terhadap kerajaan yang mereka lemparkan itu tak benar. Ada kebenaran dalam sesetengah hal dan dalam bab lain masih ada ruang untuk kita berbincang mencari strategi paling sesuai untuk kebaikan agama dan ummah. Yang nak jatuhkan kerajaan itu apa hal? Dah ada ke parti Islam dan pemimpin Islam yang berwibawa untuk menggantikan pemerintahan yang akan kita jatuhkan nanti? Ada orang kata kita ada PAS. Ye ke? Kalau melihat pencapaian PAS setakat ini aku belum boleh katakan inilah wadah perjuangan Islam yang sebenar-benarnya kita patut sokong. Kalau kualiti pemimpin setaraf ustaz sekolah rendah sahaja, jahanam lah kita umat Islam ni. Strategi perlu di cari, jalan tengah yang terbaik perlu di fikir bukan kutip dari kitab dan terus kata ini cara yang paling betul dan tak ada tolak ansur lagi kerana ini dalam Al Quran ada sebut.

Khusuk mendengar ceramah agama semasa menghadiri
kursus perkaderan Islam di universiti pada tahun 1974.
Dulu masa aku di universiti salah seorang pensyarah pengajian Islam aku adalah Ustaz Fadhil Nor. Kerana tarbiah berterusan pelajar senior dari Persatuan Mahasiswa Islam maka aku pun cenderung kepada kumpulan dakwah di kampus. Apa yang paling menarik pada aku dalam gerakan Islam ini adalah kerana falsafah perjuangan yang aku rasa suci, indah dan benar. Aku masih ingat lagi kata-kata Ustaz Fadhil - yang membezakan perjuangan Islam dengan perjuangan ism-ism yang lain adalah dari segi pendekatannya. Pendekatan Islam bukan pendekatan Michiavillan, tujuan menghalalkan cara. Pendekatan Islam adalah pendekatan yang suci. Setiap tahap perjuangan mestilah berasaskan kebenaran dan kebenaran semata-mata. Umpamanya jika satu sahaja rentetan cara dalam perjuangan tidak bersih maka seluruh perjuangan itu telah gagal untuk membawa roh Islam itu sendiri. Inilah yang sebenarnya  yang membuat aku terpikat dengan perjuangan Islam semasa di kampus. Walaupun aku asalnya amat berminat dengan pemikiran serta fahaman sosialis. Semua buku yang aku baca mengecam hebat fahaman sosialisma dan komunisma yang dikatakan tidak selari dengan prisip Islam. Islam haram bersekongkol dengan sosialis dan komunis walaupun bagi tujuan strategik! Ini bukan aku kata tapi yang dapat aku simpulkan dari pembacaan aku ketika itu.

Ustaz Fadhil Nor kemudiannya masuk PAS dan akhirnya jadi Presiden PAS sebelum meninggal dunia. Banyak ahli-ahli PAS memuji sumbangan Ustaz Fahil kepada perjuangan PAS. Tetapi aku tetap merasa bahawa Ustaz Fadhil akan merasa sedih apabila melihat PAS sekarang ini. Mana sucinya perjuangan jika cara mendapatkan undi untuk memerintah adalah dengan memaki hamun, fitnah, caci mencaci, penipuan, politik wang dan semua yang diharamkan oleh Al Quran sendiri? Mana sucinya perjuangan Islam PAS jika rakan kongsi dalam perjuangan adalah parti berasakan ideologi sosialis (DAP adalah anggoata “Socialist International”) dan penganut Islam liberal yang memperakui semua agama adalah sama? Ibarat air yang telah terkena najis, perjuangan PAS sekarang seperti air tercemar yang sudah tidak dapat digunakan untuk bewuduk. Dengan itu perjuangan PAS kini telah tidak lagi di redhai Allah. Wallahualam.

Bergambar dengan isteri di depan Masjid Nabawi,
Madinah semasa menunaikan haji pada 2003.
Aku sebenarnya dah lama nak menulis mengenai isu ini. Kes khatib yang kurang asam kat Masjid As Salam tu membuatkan aku menulis dan berkarya sebegini. Depa ingat kita ni orang bodoh, tak pernah baca Quran atau kitab hadis atau buku-buku tentang falsafah perjuangan Islam. Dia orang ingat kita juga tak tahu siapa itu Syed Qutb, Maududi dan lain-lain pemikir Islam. Dia ingat aku tak tahu apa yang dia orang buat kat kampus menghasut dan membina rangkaian kader-kader mereka. Buat baiah sana sini supaya kader-kader mereka ini tak lari dari perjuangan songsang yang akan mereka lakukan nanti selepas keluar dari universiti. Aku tahu dan Allah lagi maha mengetahui.

Meleret pula aku ni. OKlah mari kita kembali semula kepada isu khatib berkhutbah politik di Masjid As Salam, Bukit Sentosa. Saranan aku kepada mereka yang terlibat, silalah bercakap benar. Jika kita yakin atas kebenaran perjuangan kita, mengaku sahajalah bahawa memang benar itu apa yang dia cakap. Tak payah nak berdolak dalik dengan berkata dia tak ingat apa yang dia cakap. 3,000 orang bukan sedikit. Mereka semua mendengar dan yang paling penting Allah maha mendengar dan mengetahui. Tolonglah tujukkan kepada aku bahawa Ustaz ini percaya dengan kekuasaan Allah dan mempraktikan apa yang telah di khutbahkan kepada orang Islam lain selama ini. Ini termasuklah untuk bercakap benar walaupun bagaimana buruk akibatnya nanti! Berani buat, mesti berani tanggung.

Barulah ada kelas “pejuang” Islam seperti ustaz sekolah rendah tu.

UnclearEngineer

Nota: Penulis adalah bekas Timbalan Nazir pertama, Masjid Bukit Sentosa yang telah dijatuhkan secara hina dalam pemilihan AJK Masjid oleh gerombolan PASpispus selepas PRK 2008. Beliau antara AJK asal yang terlibat dalam usaha pembinaan Masjid As Salam itu sendiri. Tulisan di atas bukan kerana beliau jeles dengan AJK masjid yang baru, tidak sekali-kali.

8 comments:

  1. Saya anak kariah Masjid Ar Rahmah, Sg Buaya.
    memang patut ko disingkirkan dgn sedemikian hina. Sekali buat fitnah sampai ke tua akan jadi pemfitnah. Tak kiraler berapa kali ko buat umrah dan dah berapa papan jadi haji dam.

    ReplyDelete
  2. Alhamduliiah. Ada juga ahli PASpispus yang berani menjawab.

    Anon 8:32, tak kan setakat itu sahaja yang dapat kau tulis. Komenlah sikit pasal perjuanagn PAS yang aku tulis tu. Nak dengar juga aku akan kecerdasan otak ahli PAS kat BB/BS dan kawasan sekitarnya seperti di Sg. Buaya.

    Ahli kariah Sg. Buaya ya? tak salah aku ada orang Sg Buaya yang terlibat dalam gerakan menjatuhkan AJK lama Masjid As Salam dulu. Entah-entah kau tak? Maaflah kalau aku salah teka.

    Jangan takut nak menulis lagi dalam blog aku lepas ni. Tapi kalau boleh tolong tulislah yang bernas sikit. Salam.

    UnclearEngineer

    ReplyDelete
  3. Salam Tuan,
    Tahniah & terima kasih atas jasa2 tuan terdahulu dlm membantu sehingga terbinanya Masjid As Salam yg indah itu.Allah jualah yg bakal menganjari usaha murni tersebut.
    Bagi anon September 13,2011 8:32 AM,cara anda berhujah sama seperti puak2 hamPas yg syok sendiri seumpama pahala dosa tu hanya eksklusif buat korang sahaja...sampai kerja Tuhanpun korang nak ambil!!...baru Karpal Singh berdehem,terus tukar negara Islam jadi negara kebajikan...hukum hudud pun dah boleh simpan dlm 'muzium'!


    anakjati_sgway

    ReplyDelete
  4. Anon 8:32, September 13

    Sebab kau tak jawab cabaran aku di atas maka aku nak buat sikit penjelasan.

    maksud aku dengan "dijatuhkan dengan hina" dalam nota kakitulisan blok aku bermaksud cara gerombolan kau menjatuhkan AJK lama dulu yang hina. Manakan tidak, berlagak orang hilang akal macam pengganas yang sedang menawan ruang solat masjid. Menolak seorang jemaah sehingga jatuh yang cuba mendapatkan mike untuk bercakap. Mengajak ahli bukan kariah masuk campur dalam pengundian dan lain-lain kerja yang tidak sepatutnya di lakukan oleh orang yang faham agama. Inilah yang aku katakan hina tu!

    Dengar cerita gerombolan engkau nak buat sembahyang hajat. Untuk doakan siapa agaknya ya? Ada juga yang aku dengar khatib yang terasa dia termakan cili api itu pula nak saman sesaorang. nasihat aku kalau ada bukti, samanlah kerana itu hak kamu sebagai rakyat Malaysia. Tetapi aku rasalah, setakat gaji ustaz sekolah rendah tu, janganlah buang duit tak tentu arah. Baik simpan duit tu bagi kenduri kahwin (kalu belum kahwin) dan buat beli susu anak (jika dah kahwin dan ada anak kecil pula).

    Cerita pasal fitnah tu, boleh aku tanya part mana yang aku fitnah sesaorang? Ada aku sebut nama? Yang ustaz sekolah rendah dan jua penyokong usatz dari Sg. Buaya tu melatah pasal apa? Mungkin ada kebenaran apabila ada orang bijak pandai berkata. Jika kita suka tuduh oranag maka kita akan cepat melatah jika diri kita di tuduh pula.

    OKlah Anon, aku akan tunggu komen seterusnya daripada anda. Tak sabar nak menjawabnya.

    UnclearEngineer

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Wrt. Wbt

    Saya sekadar memberi beberapa pandangan. Ini adalah pandangan saya, tidak kena mengena dengan yang hidup dan yang mati :)

    Kalaulah kita lihat dan kita perati khutbah Nabi Muhammad SAW adalah ringkas, padat dan Solat Jumaat Nabi panjang pada bacaannya. Terbalik pula pada zaman sekarang ini. Khutbah panjang berjela, hentam umat Islam walaupun individu itu berlainan fikrah politik.

    Bagi saya, masjid adalah tempat perpaduan ummah. Sewajarnya kita sebagai seorang pengkhutbah memberi nasihat dengan cara baik, secara umum dan mengira pelbagaian fikrah politik.

    Oleh yang demikian, maka perlulah kita merujuk kepada cara Rasulullah SAW dalam menganani isu khutbah tersebut.

    Yang baik itu daripada Allah, yang lemah dan kurang itu dari saya sendiri. Wallahu`alam.

    ReplyDelete
  6. http://www.sinarharian.com.my/sh/selangor/content/story9537895.asp

    ReplyDelete
  7. Pak....ustaz ni buat balik daahhh kat Surau di Melatisari, Sg Buaya. Khutbah jumaat baru-baru ni(16/3/12) tanpa menggunakan teks rasmi JAIS rasanya, saya dah periksa dilaman web JAIS. Memula khutbah elok je...pas tuu, mulalah merapu meraban. Semua kerajaan buat tak betul...sampaikan kes imam yang baling selipar pada hakim tu pun disentuhnya. Last-last serak suara sebab berteriak kuat sangat. Marah sangat kut.

    Pihak berwajib perlu pantau, esok terpengaruh anak-anak kariah nanti.

    Ahli kariah Bandar Sg.Buaya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 08:11

      Terima kasih atas maklumbalas mengenai ustaz ni. Minta saudara hubungi saya di yazizy@gmail.com supaya satu tindakan akan dapat di ambil sebelum nasi menjadi bubur.

      UnclearEngineer

      Delete

Awas, bahasa anda. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.