Thursday, June 16, 2011

LYNAS OH LYNAS – MARI KITA BERFIKIR SECARA RASIONAL

Terdahulu saya ada berjanji akan menulis tentang isu Lynas yang di bincangkan antara Raja Datuk Abd Aziz (Ketua Pengarah, Lembaga Perlesenan Tenaga Atom), Prof Dr. Abd Aziz Tajuddin (Pengarah, Kampus Kejuruteraan, USM) dan saya.


Kami bertiga bersetuju bahawa isu Lynas ini telah menjadi isu politik di mana kumpulan yang menyokong dan menentang mengambil pihak berdasarkan kepada perkiraan politik semata-mata. Walau bagaimana pun, tindakan MCA sebuah parti komponen BN mempersoalkan projek tersebut nampak terkeluar dari norma politik tanah air.


Secara amnya, penentangan kepada projek tersebut mungkin akan dapat dikurangkan jika pihak yang terlibat dalam meluluskan projek ini serta Syarikat Lynas bertindak lebih “transparent” sejak dari awal lagi. Maklumat yang tepat dengan mengadakan perbincangan terbuka (public hearing) antara penduduk sekitaran tapak dan Lynas mungkin akan dapat mententeramkan sedikit kebimbangan. Mungkin ini akan melewatkan sedikit pembangunan projek tersebut tapi rakyat perlu diberikan sedikit peluang untuk berdialog dan merasa bahawa kepentingan mereka di ambilkira dalam keputusan akhir.


Saya juga ada bertanya dengan Raja Datuk Aziz mengapa kesemua pakar yang di pilih merupakan pakar dari negara luar negara sahaja. Penjelasan beliau ialah bagi memperlihatkan “independent and internationally recognised expert opinion” maka Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA) terpaksa menolak pakar dari Australia (Lynas adalah sebuah syarikat Australia), Malaysia dan juga China (ini kerana China merupakan pengeluar terbesar unsur nadir bumi dan mungkin akan tertekan untuk membuat keputusan yang akan menguntungkan negara China). Jika dilihat dari komposisi negara pakar-pakar yang dilantik, kebanyakan nya adalah dari negara yang tidak mempunyai kepentingan dengan kejayaan mahupun kegagalan projek Lynas ini. Ini merupakan sesuatu yang positif kerana ia memperlihatkan bahawa kerajaan Malaysia benar-benar mahu mendapatkan nasihat professional yang bebas.


Ramai juga dari anggota kumpulan penentang projek ini mempersoalkan tindakan LPTA memberikan kebenaran kepada pembinaan projek sebelum pihak syarikat dapat membuktikan akan keselamatan operasi kilang serta penyelesaian akhir bagaimana bahan buangan proses akan dilupuskan. Sebenarnya dalam projek melibatkan bahan radioaktif, kelulusan pembinaan akan diberi tetapi pemberiaan lesen operasi akan hanya diberikan selepas syarikat Lynas mematuhi kesemua langkah serta syarat keselamatan yang di nyatakan dalam borang permohonan dan juga dokumen Program Perlindungan Sinaran (PPS). PPS ini dihasilkan syarikat berdasarkan kepada peraturan yang tersurat dalam Akta 304 serta subsidiari peraturan-peraturanya. Dengan kata lain, pihak syarikat mengambil “calculated risk” apabila memulakan pembinaan kerana lesen operasi mungkin tidak akan dikeluarkan jika pihak syarikat gagal mematuhi semua syarat-syarat lesen dan peruntukan undang-undang negara.


Sebagai entiti perniagaan, Lynas sedar akan kemungkinan gagal mendapat lesen operasi ini selepas logi pemprosesan siap dan dengan itu akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan setiap peruntukan undang-undang yang mengawasi aktiviti seperti ini dipenuhi. Lyans akan kerugian RM700 juta (bukan satu jumlah yang kecil) jika syarikat gagal mematuhi peratauran ini. Untuk makluman, undang-undang yang melibatkan bahan radioaktif di Malaysia adalah antara yang terketat di dunia sehingga terdapat bahan radioaktif paras rendah yang tidak dikawal di negara lain tapi masih menjadi bahan yang di kawal di Malaysia. Saya amat mamahami isu serta kerenah birokrasi mendapatkan lesen operasi ini kerana saya berpengalaman dan pernah menjayakan sebuah projek melibatkan bahan radioaktif.


Akhir sekali kami bertiga bersetuju untuk LPTA meneruskan usaha secara trasparent untuk “engage” dengan setiap “stakeholeder” yang berkempentingan dalam projek ini. Walau apa pun, biarlah projek ini membawa menafaat bagi Malaysia bukan sebaliknya.


APA ITU UNSUR NADIR BUMI?


Unsur nadir bumi (rare earth elements) atau logam nadir bumi adalah sekumpulan tujuh belas unsur kimia di dalam Jadual Berkala (Periodic Table of Elements) seperti lanthanum, cerium, praseodymium, neodymium, promethium, samarium, europium, gadolinium, terbium, dysprosium, holmium, erbium, thulium, ytterbium and lutetium. Unsur-unsur ini adalah diperlukan dalam ratusan aplikasi industri seperti bateri bagi komputer riba/telefon mudahalih serta kereta hibrid, tiub “cathode-rays” bagi monitor TV dan komputer, wayar “fibre-optic”, aplikasi aeroangkasa sehingga ke magnet bagi penghasilan tenaga dari sumber angin. Unsur nadir bumi (UNB) ini amat berguna di sebabkan oleh sifat keracunannya (toxicity) nya yang rendah.


Pada masa ini 95% dari pengeluaran UNB dunia adalah dihasilkan oleh syarikat perlombongan China. Keputusan kerajaan China menghadkan export UNB ini telah menyebabkan banyak negara-negara lain di dunia terutama Amerika Syarikat menjadi mengelabah. Kekurangan bekalan UNB ini akan membantutkan kesinambungan industri teknologi tingginya yang teramat sangat memerlukan logam ini. Menurut laporan, Syarikat Lynas di Kuantan dijangka akan dapat menghasilkan hampir 30% dari bekalan dunia (diluar China) apabila mula beroperasi nanti.

18 comments:

  1. As salam Pak Ngah, dari isu Lynas ni, satu je persoalan yg Adi masih x dapat jawapan sehingga hari ni:

    "Kenapa Lynas tidak membina kilang tersebut di Australia? Dengan keluasan mukabuminya yang beratus2 kali ganda besarnya dari Malaysia, it's surely a well-fitting place to erect the factory there.."

    ReplyDelete
  2. Sebelum menjawab soalan Adi, Pak Ngah nak juga tanya satu soalan. Kenapa satu masa dulu banyak kilang-kilang elektronik dari Amerika melabur di Malaysia? Apa kurangnya negara mereka? Tanah luas,pekerja berkemahiran ramai. Apa jawapan Adi?

    The electronic companies have one thing in common. The opportunity to make more money in Malaysia rather than in US. Iklim pelaburan di Malaysia amat bagus dengan bermacam-macam insentif, kerajaan yang dilihat pro-pelabur dan keadaan politik negara yang stabil. Ini bukan Pak Ngah kata, depa yang kata sebab Pak Ngah pernah berkawan rapat dengan sebahagian depa-depa ni. Demi Allah, jika negara mereka lebih baik, mereka tak kan pergi ke Malaysia!

    Kenapa Lynas datang ke Malaysia? mungkin juga atas alasan yang sama. Kerajaan Australia mungkin tidak begitu menyokong industri pemprosesan bahan nadir bumi ini. Jika di Australia, syarikat mungkin tertekan dengan kerenah birokrasi dan peraturan yang teramat ketat dari sepatutnya. Malaysia pula sebagai sebuah negara perlukan pelaburan dan keperluan menyediakan pekerjaan kepada rakyatnya.

    Adi, Australia negara maju. Peraturan termasuk melibatkan alam sekitar amat ketat. Nak bawa mangga sebiji ke sana, bukan senang dan mudah. Apakah ini bermakna mangga satu buah yang amat merbahaya? Tidak sekali. Semua mereka ada perkiraan lain mengapa buah mangga dari luar tak boleh di bawa masuk.

    Lynas bagi Pak Ngah adalah kesempatan bagi Malaysia mendapat pelaburan luar. Bagi syarikat Lynas, ia adalah kesempatan meneruskan aktiviti syarikat. Bagi parti politik (kerajaan mahupun pembangkang), ia adalah peluang menunjukkan diri bahawa akulah pembela rakyat. Semua ada kepentingan masing-masing. Kita sebagai rakyat yang mampu berfikir mesti dengar dan lihat. Jangan terpengaruh dan mudah melatah.

    Pak Ngah harap Adi dapat tangkap apa maksud Pak Ngah di atas. Thanks for the opportunity to let me explain my thought.

    Yaziz Yunus

    ReplyDelete
  3. Mengapa tak di buat di australis? Kos operasi dan infrastruktur menjadikan projek Lynas tidak ekonomik dan sesuai. Di Barat australia tidak mempunyai banyak air serta mudah dan murah didapati di Malaysia ( seperti Asid dan Gas )Dikatakan kos operasi tahunan projek lynas ini mencecah RM300 million merupakan aliran tunai masuk ke malaysia

    ReplyDelete
  4. saya ada satu cadangan untuk membuktikan Lynas selamat. Kerajaan perlu bina kediaman MB Pahang dan exco2nya, pemimpin2 Umno serta menteri2 pusat di kawasan berhampiran Lynas dan wajibkan mereka menetap di sana. mesyuarat menteri kabinet dan kerajaan negeri serta mesuarat agung Umno boleh dijalankan di Lynas juga. pemimpin negeri dan pusat berani tinggal di sini membuktikan bahawa kawasan ini selamat. Mereka sudah tentu tidak nak ambil risiko radiasi sekiranya benar ia ada kesan radiasi.

    ReplyDelete
  5. Saya dulu pernah bercakap dengan seorang pelabur dari Australia yang telah memindahkan kilang membuat barang perubatan dari Australia ke Pelabuhan Kelang, Malaysia.

    Saya juga hairan kenapa kilang Australia yang mengeksport barang yang telah siap balik ke Australia memindahkan kilang ke Malaysia pula.

    Jawab beliau, kos pengeluaran barang jauh lebih murah di Malaysia. Di Australia harga buruh dah melompat berkali ganda dengan akta buruh pula terlaku keras mengikat. Kerja yang mampu di buat oleh hanya seorang pekerja, di Australia perlu mengaji 2-3 orang sebab juruteknik kilang tak boleh tukar lampu yang terbakar walau dalam bilik kerja sendiri sebab itu kerja seoarang electrician misalnya. Kalau kita pindah ke tingkat lain dalam bangunan yang sama kita tidak dibenarkan mengangkat kotak yang berisi barang kita sendiri. Kita kena tunggu perkerja yang ditugaskan untuk membawa barang tersebut. BIla di campur kos menjadi terlalu tinggi.

    Perkara ini bukan sahaja berlaku di Australia tapi juga di lain-lain negara maju seperti di US, Eropah dsbnya. Itu belum lagi masuk kos elektrik, air,.....

    Yaziz Yunus

    ReplyDelete
  6. BKK

    Cadangan saudara nampak sikit kebudak-budakaan. Mari kita berbincang dengan membentangkan fakta secara lawan fakta. Kalau faktanya mengatakan kilang Lynas ini tak selamat, maka kita pakat-pakatlah supaya kilang ini tak jadi di mulakan operasinya. Kita tutup.

    Tapi kalau dari segi faktanya ia satu proses yang selamat bagimana? Nak tolak jua ke? Nak suruh Dato Najib ke MB ke buat rumah kat situ bagi membuktikan ia selamat merupkan satu pandangan yang tak rasional. Ini bukan satu pandangan berpaksikan fakta.

    Ini bukan kilang nuklear (walaupun dalam akhbar mahu di gambarkan begitu) tapi kilang yang memproses bahan bagi mengeluarkan bahan nadir bumi. Bahan radioaktif yang masuk kilang dan akhirnya keluar di penghujung proses masih sama(tak ada tambahan bahan radioaktif baru pun). Nak di samakan dengan janakuasa nuklear di Fukushima, Jepun pula ibarat langit dengan bumi. Baca dulu fakta dan kemudian kita bincang baik-baik.

    Saya cuba rasional sebab saya tahu ilmu ini. Saya belajar pasal teknologi nuklear. Disebalik kebimbangan tentang proses radiasi, jangan lupa lebih setengah barangan perubatan dalam dunia ini disteril menggunakan radiasi. Barang-barang perubatan ini telah menyelamtkan beribu juta pesakait yang menjalani penmbedahan untuk pulih semula selepas pembedahan. Ini juga fakta.

    Jika saudara masih lagi rasa tak puas hati sila berikan saya fakta yang dapat saya terima. Saya sanggup mendengar dan memberikan pandangan saya pula.

    Benar tetap benar, walaupun macam mana manusia cuba spin sebaliknya. Bukankah kita semua mencari kebenaran?

    Yaziz Yunus

    ReplyDelete
  7. En Yaziz Yunus,

    Minta maaf terlebih dahulu jikalau pertanyaan saya ini dianggap agak remeh, tetapi pengetahuan saya cetek dalam soal unsur nadi bumi.

    Boleh saya tanyakan pendapat En Yaziz sedikit...?

    Apakah pandangan En berkenaan Asian Rare Earth Plant(ARE) yang pernah beroperasi di Bukit Merah, Perak suatu masa dahulu? Adakah ianya suatu operasi yang dianggap selamat pada waktu itu? Apakah pandangan En terhadap tahap keselamatan ARE sekarang?

    Adakah apa-apa persamaan di antara kegiatan yang dijalankan oleh syarikat ARE dan apa yang bakal diusahakan oleh syarikat Lynas di Gebeng, Pahang?

    Bolehkah En berikan status terkini berkenaan usaha pembersihan sisa-sisa radioaktif daripada kilang ARE di Bukit Merah?

    Di manakah tempat buangan sisa sisa radioaktif tersebut?

    Apakah rancangan Syarikat Lynas untuk melupuskan sisa sisa radioaktif yang bakal dihasilkan semasa kilang itu beroperasi?

    Kebenaran sahaja yang saya carikan. Diharapkan En boleh menolong.

    DP

    ReplyDelete
  8. Protes kilang lynas macam perokok protes kilang rokok. Jika taknak ada kilang mcm lynas, jgn guna tv, komputer, tel bimbit etc. Errrr mustahil....

    ReplyDelete
  9. Pak Ngah

    Saya sangat tertarik dengan penjelasan secara bersahaja tetapi penuh berilmu dan dapat difahami oleh orang biasa seperti saya. Saya setuju isu Lynas perlu dilihat secara rasional dan berasaskan fakta. Jika tidak, timbullah cadangan seperti meminta PM mendirikan rumah bersebelahan dengan kilang Lynas..sebagai contoh.

    Saya membaca di akhbar hari ini bahawa radiasi semulajadi di persekitaran Ramsar, Iran mencapai sehingga 260 mSv/tahun. Tetapi masih terdapat penduduk di sana. Di Kerala dan Madras, seramai 140,000 penduduk terdedah kepada "background radiation" 30 mSv/tahun. Tidak pula kita dengar ketiga-tiga kawasan tersebut mencatatkan jumlah pesakit kanser tertinggi di dunia? Ini adalah fakta.

    Berapa pula radiasi semulajadi yang mungkin dikeluarkan oleh residue Lynas? Tidak sampai 2 mSv/tahun? Jadi apa sebenarnya fakta yang membuatkan sekumpulan pihak marah sangat dengan kilang Lynas ni? Saya rasa tidak adil jika pelabur yang datang ke negara ini mengikut standard piawaian antarabangsa dipaksa gulung tikar disebabkan sikap sesetengah pihak yang sangat beremosi.

    ReplyDelete
  10. Apa terjadi dengan soalan2 say En Yaziz?

    DP

    ReplyDelete
  11. En Yaziz Yunus,

    Masih lagi tidak nampak jawapan kepada pertanyaan saya tempoh hari.

    Adakah En Yaziz terlalu sibuk untuk menjawab pertanyaan saya?


    DP

    ReplyDelete
  12. lega mendengar penjelasan dr pakngah... dah lama sy mencari penjelasan yg boleh diterima akal... dr awal sy kurang percaya dgn ckp2 pembangkang, yg menyatakan pembukaan kilang lynas ni berbahaya..mereka seboleh mungkin akan mencari kesalahan2 pihak kerajaan..
    *malu dgn perangai pihak pembangkang

    ReplyDelete
  13. En Yaziz,

    Rasanya En Yaziz tidak rela menjawab soalan2 saya, jadi, biarlah kita tinggalkan isu ini di sini sahaja.

    DP

    ReplyDelete
  14. DP

    Maaf, saya baru sahaja tengok blog saya sebab banyak kerja di pejabat yang perlu saya selesaikan. InsyaAllah akan saya cuba jawab setakat yang saya tahu nanti. Sabar ye....

    UnclearEngineer

    ReplyDelete
  15. Encik,

    Apa jadi denga soalan2 yg tidak dijawab tu En.
    Berkenaan dgn Bukit Merah tu.

    Wassalaam

    ReplyDelete
  16. Sdra DP

    Cuba lihat entri saya bertarikh 29 June, 2011 bertajuk "MENJAWAB SOALAN SAUDARA DP MENGENAI LYNAS"

    Unclearengineer

    ReplyDelete
  17. Saya cuma nk mengucaokan terimakash kpd penulis. Penerangan yg brshja ttpi penuh berilmu.
    Saya brsetuju dgn semua pndangan.
    Mohon share laman ini..
    Mohsin yusoff
    K. Pemuda UMNO
    Negeri Perlis.i

    ReplyDelete
  18. Salam Pak Ngah, saya dr kosmo, nak minta komen pasal Lynas. harap boleh hubungi saya.
    0129778626

    ReplyDelete

Awas, bahasa anda. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.