Saturday, September 24, 2011

AKU SAYANG MALAYSIA, BETUL KE NI?

Selepas beberapa hari tidak dapat mengemaskinikan blog ini kerana tugasan lain yang lebih mendesak,  pagi ini aku ingin menulis tentang tajuk yang amat menyentuh hatiku.  Selepas sambutan Hari Malaysia dan Merdeka, aku tertarik untuk menulis tentang tajuk ini.


Pagi ini juga aku terjumpa satu video yang amat menyegarkan semangat ku. Sebuah video bertajuk "Here in My Home - Malaysian Artises For Unity/ Pete Teo"  yang memaparkan sebilangan rakyat Malaysia, berbilang kaum dan agama menyatakan hasrat hati mereka tentang negara Malaysia yang tercinta. Amat menyegarkan kerana video ini muncul di tengah kekalutan serta kekusutan politik yang kita hadapi pasa masa ini. Jika gagal upload video tersebut sila ke http://www.rockybru.com.my/.
Apakah kita benar-benar sayangkan Malaysia? Atau adakah apa yang kita luahkan hanya satu pernyataan palsu yang tidak mengambarkan isi hati nurani kita yang sebenar?  Apa sebenarnya maksud dengan ungkapan “aku sayang Malaysia”?

Sayang bagi aku bermaksud dapat menerima kesemua ciri baik dan buruk negara Malaysia yang kita sayangi. Tidak berputus asa dan cuba memperbaiki keadaan secara paling berhemah. Sanggup berkorban jiwa dan raga bagi mempertahankannya. Serta tidak mengambil peluang untuk memburuk-burukan imej negara terutama dengan orang luar. Apakah kita mampu melakukan semua ini untuk negara tercinta kita Malaysia?

Teringat aku tentang pengalaman belajar di luar negara dulu. Sebagai orang muda, jiwa ku jiwa seorang pemberontak yang anti “establishment”. Terlalu banyak tentang politik Malaysia yang tidak sejajar dengan pandangan politik aku pada masa itu. Aku tercari-cari, apakah cara terbaik untuk mengubah keadaan tersebut? Kalau membaca majalah luar negara aku akan mencari-cari artikel mengenai Malaysia untuk di baca. Sudah tentu dalam majalah antarabangsa ini selalunya menulis tentang isu-isu negatif mengenai negara. Aku membaca, aku berfikir dan kadang-kadang aku bersetuju dengan pandangan penulis. Sesama pelajar Malaysia memang aku di ketahui sebagai kaki pembangkang.

Di universiti tempat aku belajar, terdapat segulungan pelajar Malaysia yang bukan dari keturunan Melayu. Maaf, jika aku kata bukan Melayu maka bukan bermaksud aku cuba membawa isu perkauman di sini. Aku cuma mahu menyatakan fakta. Kumpulan ini juga saya rasa amat anti “establishman” dan mereka enggan bergaul dengan pelajar Malaysia yang lain. Di sebabakan kerana tidak mahu bergaul maka kadang-kadang mereka tidak perasan terdapat pelajar Malaysia lain dalam dewan kuliah yang mengambil subjek yang sama. Satu hari professor  yang mengajar bertanyakan sesuatu tentang negara pelajar-pelajar beliau. Maka diangkat tanganlah seorang pelajar yang bercerita tentang Malaysia. Waduh, semua ceritanya amat negatif sekali. Umpama kita menceritakan tentang perangai buruk ibu bapa kita di khalayak ramai. Aku yang mendengarnya mula rasa mengelegak hati. Inipati pandangan pelajar Malaysia ini, negara ini tak ada yang baik cuma keburukan semata-mata.

Apakah tindakan sebilangan rakyat Malaysia yang memburuk-burukan negara sendiri di luar negara adil? Apakah dengan melondehkan segala keburukan negara kepada rakyat luar sebagai sesuatu yang terbaik bagi seorang warganegara. Apa kah keuntungan yang kita, mahupun negara  dapat denga cara begini? Sedegil-degil kepala aku, aku tidak akan sanggup berbuat begitu. Bagi aku kelemahan negara ku adalah untuk aku berusaha memperbaikinya bukan dengan cuba menaikkan kebencian rakyat negara luar kepada negara tempat tumpah darah ku. Apa motif mereka-mereka ini berbuat demikian? Bagi saya ia tak lebih dari perasaan ingin memulangkan paku buah keras kepada kerajaan yang di katakan mendiskriminasi mereka. Amat memalukan.

Di dalam negara pula lain cerita. Banyak kali apabila pulang dari lawatan kerja di luar negara, aku akan lebih suka  mengambil teksi untuk pulang ke rumah. Kebanyakan pemandu teksi di KLIA adalah Melayu atau sekurang-kurangnya kebanyakan teksi yang aku naiki di pandu oleh pemandu Melayu. Apabila aku mula sahaja buka mulut, maka si pemandu akan membuka cerita pasal politik negara. Banyak yang cuba di cerita adalah cerita keburukan negara semata-mata. Kes rasuah si anu and si ani. Kes kenaikan harga barang yang umpama di sengajakan oleh pemerintah. Tiada kebebasan berpolitiklah. Blah, blah, blah…….Kadang-kadang aku termenung seketika bila mendengar kata-kata pemandu teksi ni. Agaknya apalah jenis cerita yang akan di ceritakan oleh mereka ini kepada pelancung pelancung luar yang menaiki teksi mereka? Mungkin kita sudah boleh dapat meneka.

Baru-baru ini pula keluar cerita tentang wawancara YAB Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang dengan sebuah stesyen radio Australia. Bagi mempromosi Pulau Pinag dengan pelabur di Australia, YAB LGE telah mempromosi Pulau Pinang sebagai destinasi terbaik bagi pelabur di Malaysia. Tindakan aktif LGE menarik pelaburan dari luar memang harus di berikan pujian. Tetapi kenapa mesti di buruk-burukan Johor sebagai satu lagi destinasi pelaburan terbaik di Malaysia? Kenyataan seoarang lagi politikus Malaysia yang memburuk-burukan batik Malaysia di Indonesia adalah satu lagi contoh. Mungkin banyak lagi perkara sebegini berlaku tetapi telah tidak dilapurkan dalam akhbar. Mana pergi jatidiri kita? Apabila di luar negara kita adalah rakyat Malaysia bukan rakyat negeri Melaka, Selangor mahupun Pulau Pinang. Sepatutnya kita mempertahankan semua negeri di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Mungkin kata jahat hati saya, terdapat pemimpin politik yang mahu menjadikan negeri dia sebagai duri dalam daging di Malaysia. Manalah tahu satu masa nanti mereka akan di lepas dari ikatan dalam Malaysia seperti juga Singapura yang pernah menjadi duri dalam daging semasa zaman pemerintahan YAB Tunku Abdul Rahman dulu. Ini kes serius ni!

Akhir sekali, mari kita tanya diri kita sendiri apakah kita benar-benar sayangkan negara tempat tumpah darah kita ini? Kalau kita sayang, tolong jangan sekali-kali memburukkan imej negara Malaysia di luar negara di hadapan orang asing. Yang kurang kita perbaiki, yang sudah baik kita tambah untuk lebih baik lagi.

Jika masih tidak terlambat, saya ingin mengucapkan salam Hari Malaysia dan salam Merdeka.

UnclearEngineer

4 comments:

  1. Iskandar is seen as a very strong competitor ... but if you look in terms of safety and using the Crime Index, Penang was Number 1 in terms of cutting crimes, so you don't have to worry about your safety when you come to Penang. In Johor, if you are a Singaporean, you are likely to get kidnapped ... you ask any Singaporean they would know but you don't have that problem when you come to Penang. I am sure investors want to deal with an honest government and not to deal with crooks. Lynas the rare earth factory in Pahang ... they don't see this huge premium facility benefiting the people as they pose a serious threat to their health and of course safety."
    Who said that in Singapore? Katanya Cinabeng yang jadi bos besar kat utara. Mengeleng kepala aku.

    ReplyDelete
  2. http://www.radioaustralia.net.au/connectasia/stories/201109/s3321815.htm...xde pn lge kutuk johor?

    ReplyDelete
  3. Anon 8:42

    Mungkin aku salah tentang Australia ni sebab aku quote dari Bernama. Tapi yang dia cakap kat Singapura tu ada rakaman. Nak pertahankan LGE lagi ke? Memang LGE ni seorang rakyat Malaysia yang mulut celupar.

    ReplyDelete
  4. memang perangai raayat malaysia..suke pandang rendah atau berdengki pada kebolehan orang lain.,tidak tahu menghargai atau beterima kasih atas pencapaian pihak lain. satu lagi perangai burok bangse terutame lge dan setarafnye..ialah busok hati dan kuat menyebok ngan urusan orang lain...

    ReplyDelete

Awas, bahasa anda. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.