Apa pandangan ku dengan mahasiswa/i masakini? Aku lihat mereka masih lagi di takok lama jika di bandingkan semasa aku di universiti pada 1974 dahulu. Mahasiswa/i kita aku rasa masih perasaan bahawa mereka segolongan manusia istimewa yang perlu di ambilkira pandangan dalam isu melibatkan pemerintahan negara. Konon mereka mampu memberi pandangan bernas dalan SETIAP isu negara. Syok sendirilah tu….
Isu yang di bawa adalah hampir serupa dari dahulu, isu AUKU, isu kebebasan akhbar, isu ketidakadilan proses pilihanraya dan lain-lainl yang telah ujud sejak 36 tahun dahulu lagi. Mereka masih mencari kesalahan kerajaan atas setiap apa kelemahan yang timbul. Kerajaan di tuduh gagal mendapatkan pandangan mereka dalam membuat polisi. Mereka menuntut di berikan hak bersuara untuk menilai projek-projek melibatkan ETP, NKRA, Model Ekonomi Baru dan entah apa lagi.
Betulkah kerajaan tidak mendapatkan pandangan orang ramai dalam membentuk program-programnya? Mungkin mereka tak membaca akhbar atau mendengar berita TV1 atau pun TV3 kerana menganggap media ini sebagai media propaganda. Hei, bukankah PEMANDU yang bertanggunggjawab dalam mengubal ETP telah mengadakan makmal demi makmal, pamiran demi pamiran bagi mendapatkan pandangan orang ramai. Datuk Seri Najib sendiri ada facebook untuk berinteraksi dengan rakyat. Ada kah mereka ini (persatuan mahasiswa) menghantar memorandum menyuarakan pandangan mereka yang bernas itu? Memorandum ke ape bendanya kalau mereka sendiri tak tahu hujung pangkal nak bagi komen. Setakat baru belajar di tahun 2 atau 3 universiti, anda sebenarnya masih jauh lagi dari kemahiran teknikal yang diperlukan untuk memberikan pandangan. Setakat nak memekak pasal isu-isu lama pandailah kau. Mendengar pemimpin mahasiswa bercakap saya teringat bagaimana pemimpin UMNO di kampong berucap tentang ketuanan Melayu. Diulang-ulang macam burung kakak tua.
Aku amat tertarik dengan pendekatan Datuk Ahmad Maslan semasa dialog dan sesi soal jawab. Wakil mahasiswa yang membangkitkan isu AUKU dan menyalahkan kerajaan kerana menghalang mahsiswa dari bergerak aktif dalam politik semasa di kampus. Apalabila Datuk Maslan menyarankan mereka langgar sahaja AUKU jika benar mereka seorang yang berpegang kepada prinsip sebenar. Apa yang mahu ditakutkan? Berani buat berani tanggung dan kenapa bercerita tentang perjuangan tapi takut menghadapi pengorbanan. Pemimpin yang besar adalah mereka yang sanggup menghadapi segala cabaran. Bagi pemimpin sebegini, AUKU atau tiada AUKU bukan masalah besar. Sayang mahasiswa Malaysia masih menyalahkan AUKU dan kerajaan BN akan setiap kegagalan mereka.
Isu media yang berat sebelah aku rasa adalah cerita lama. Tahun 1974 mungkin ia adalah isu yang amat penting tapi tahun 2011 dengan kemajuan IT sesiapa sahaja boleh membaca pandangan alternatif di alam maya. Yang aku hairan kenapa media kerajaan di persalahkan tidak media cetak alternatif seperti Harakah, Roket dan lain-lain yang sekandang? Apakah media pembangkang ini memberikan liputan yang adil untuk semua orang? Kita tahu jawapan nya iaitu sudah tentu tidak. Kenapa akhbar UMNO nak berikan liputan bagi PAS misalnya dan akhbar PAS pula kenapa perlu berikan liputan bagi UMNO? Biasalah tu.
Seorang hadiran telah menyatakan betapa demokratiknya pilihanraya Singapura. “Part” ni aku memang rasa nak tergelak. Mamat berjanggut ni memang malas membaca artikel yang bersepah tentang keadaan politik Singapura. Hoi kalau Singapura begitu demokratik sekali, kenapa seekor dua sahaja pembangkang dalam parlimen Singapura? Kenapa pemimpin pembangkang selalu di saman sehingaa diistiharkan bengkrap? Adakah politik macam tu di Malaysia? Malu sungguh aku bila dia memperkenalkan diri sebagai mahasiswa dari UNISEL.
Secara keseluruhannya aku melihat mahasiswa/i yang hadir tidak berjaya mengenegahkan isu mereka dalam dialog ini. Ditambah dengan “approach” Datuk Maslan yang tidak menyanggah tapi mencabar mahasiswa untuk berani melakukan sesuatu jika mereka berdiri di landasan prinsip yang benar. Aku dapat rasakan ramai mahasiswa/i yang hadir balik dengan keciwa. Celaka betul politus UMNO ni kerana buat aku hilang “steam” nak melanyak kerajaan cukup-cukup. mungkin inilah kata hati mahasiswa/i ini sebelum melangkah pulang ke kampus.
Nasihat aku sebagai mewakili mahasistua generasi 1970an, berdirilah di alam nyata anak-anak ku. Jangan kau menjadi kuda tunggangan politik kotor pemimpin pembangkang!
UnclearEngineer
Assalam, saya selaku PENGERUSI NEGERI SELANGOR, PERTUBUHAN PENAWAR SATU M'SIA (Selangor) ingin membuat sedikit pembetulan, Majlis Dialog Mahasiswa bersama YB Datuk Ahmad Maslan adalah anjuran Pertubuhan PENAWAR Satu M'sia (Selangor) secara solo tanpa ada sebarang penglibatan dari pihak BTN. Pegawai BTN yg hadir adalah sekadar jemputan khas. Harap Maklum. T.kasih.
ReplyDeleteramai orang kata, budak la ni bijak tapi tak sebijak orang lama. orang lama bijak atas daya usaha. budak la ni bijak atas daya usaha mak bapak. bagi makan dan hantar tuisyen dan sebagainya. jadi tang berfikir tak dalam. kebanyakannya singkat fikir. tak tau erti susah. banyaknya mudah belaka.
ReplyDeleteTerima kasih Anon 8:23 atas pembetulan fakta.
ReplyDeleteUnclearEngineer
Anon 7:53
ReplyDeleteAnak sekarang bukan bijak tapi pandai. Sebab itu boleh mampu dapat 10A, 11A dan SEMUA A. Kebijaksanaan hanya datang dari pengalaman. Apa pengalaman hidup yanag mereka tempohi? Semuanya pengalaman tak membangkitkan minda. Asyik2 main komputer game, tidur bilik ber"econ", kereta untuk pergi kuliah bapa beli. Sikap ambil mudah, semua ibu bapa dah sediakan.
Dapat A berlambak tapi keputusan peperiksaan di universiti hanya cukup makan. Kalau bercakap, kalah pemimpin negara. sebenarnya saya tidak bimbang sangat pun kerana mereka2 ini apabila dah kerga nanti akan berubah. Bila sudah ada kerja, keluarga nanti maka mulalah menjadi bijak. Sementara tu lantaklah apa yang mereka nak buat. Asal jangan binasa diri sendiri sudah. Wallahualam.
UnclearEngineer
UnclearEngineer