Sunday, January 15, 2012

USE OF ZAKAT FOR MAIWP LEGAL COSTS IN LINE WITH ISLAMIC LAW, SAYS MUFTI

USE OF ZAKAT FOR MAIWP LEGAL COSTS IN LINE WITH ISLAMIC LAW, SAYS MUFTI.
(Penggunaan wang zakat bagi belanja perundangan MAIWP selari dengan undang Islam, kata mufti)
-    dipetik dari the Malaysian Insider pada 11/01/2012.
----------------------------------

Ini satu lagi “blunder” yang tak sepatutnya timbul pada masa ini. Saya sebenarnya setuju dengan pendapat mufti tersebut tapi saya tak berpuas hati cara isu ini ditangani oleh mereka-mereka yang terlibat.

Pertama kali isu ini timbul, menteri yang terlibat telah menafikan bahawa wang zakat telah digunakan. Saya difahamkan bahawa wang yang di gunakan bukan dari tabung zakat tapi dari peruntukan luar dari geran kerajaan. Seorang pegawai kanan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan telah mengeluarkan kenyataan bahawa pembiayaan kos guaman Menteri terbabit dan dua lagi pegawai kanan MAIWP dalam menghadapi kes permohonan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim diambil daripada geran kerajaan. Jadi BUKAN dari duit zakat yang di bayar oleh pembayar zakat saban tahun. Bagi saya isu tersebut dah selesai.

Tup, tup datang cerita pasal mufti mengeluarkan kenyataan di atas. Jadi maksudnya wang yang di bayar tu memang dari tabung duit zakatlah? Cerita pasal duit dari geran kerajaan itu nampaknya sengaja di ada-adakan. Maknanya ada orang yang telah cuba berbohong dalam isu ini!

For goodness sake, janganlah dijatuhkan kewibawaan MAIWP dan juga menteri yang mengendalikan hal ehwal Islam di mata rakyat Malaysia. Kalau orang agama dah pandai berdolak dalik dan ditangkap kerana tidak berkata benar, apalah lagi yang boleh kita harapkan kepada mereka-mereka yang mengendalikan institusi Islam di Malaysia? Isu menteri kerajaan BN guna wang zakat ini memang mudah di putarbelitkan sebagai isu pilihanraya bagi menimbulkan kebencian penduduk Melayu/Islam di luar bandar terhadap kerajaan.

Banyak lagi yang boleh saya tulis pasal isu ini tapi cukuplah apa yang telah saya tuliskan di atas.

Adoi, kesian YAB DS Najib. Isu NFC belum lagi dapat diselesaikan sebaik-baiknya datang pula isu ini. Nampaknya ini merupakan satu lagi sebab untuk melenggah-lenggahkan tarikh pilihanraya umum dari tarikh asal pada suku pertama 2012.

UnclearEngineer

1 comment:

  1. Agree with you Pak. Masalah Gomen saya tengok sebagai rakyat marhaen ialah depa lambat untuk response satu2 isu...and kalau ada un response, its not well coordinated. So jadilah all these conflicting views which will further confused the people. Effect dia pada Gomen jugak nanti.

    Jo Sg Buaya

    ReplyDelete

Awas, bahasa anda. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.