Friday, October 21, 2011

MUAMMAR GADDAFI- MATINYA SEORANG REVOLUSIONARI ATAU DIKTATOR?

Malam tadi aku membaca berita tentang kematian Kol. Muammar Gaddafi di tangan tentera pemberontak dari Majlis Peralihan Nasional (NTC). Dengan terbunuhnya bekas orang kuat Libya ini maka telah berakhirlah satu era bagi negara Libya. Era pemerintahan oleh seorang bekas kepten tentera yang berani merampas kuasa sehingga menjadi Ketua Negara yang akhirnya menjadi “gila-gila”.


Kepada mereka yang berminat dalam perjuangan Islam sejak awal tahun 70’an seperti penulis, Kol Muammar Gaddafi merupakan salah seorang dari pemimpin Islam yang paling lantang memperkatakan tentang sistem pemerintahan Islam. Masa itu banyak anak-anak muda yang terpengaruh dengan cara politik beliau. Gaddafi sentiasa dilihat mempertahankan Islam dengan caranya yang tersendiri. Kekayaaan minyak Libya membuatkan dia lantang bersuara kerana dia sedar Barat akan terpaksa melayan apa sahaja kerenah beliau. Di zaman sebelum Dr. Mahathir bangun sebagai jurucakap bagi negara Islam dan negara-negara membangun yang tertindas, Kol Muammar Gaddafi telah terlebih dahulu membuatkan negara–negara barat pening kepala dengan kelancapan mulutnya. Beliau dianggap bermulut celupar dan bagi banyak penduduk Islam seluruh dunia, mereka amat menghargai kemunculan pejuang Islam ini.

Boleh dikatakan bahawa apa sahaja yang berlaku dalam dunia Islam dan di Timur Tengah, maka disitulah muncul Gaddafi. Apabila negara-negara Arab meninggalkan Yassir Arafat bersaorangan dalam perjuangan bagi menegakkan negara Palestin, Kol Muammar Gaddafi datang dengan bantuan material dan moralnya. Itulah dia manusia bernama Kol Muammar Gaddafi. Berani menyanggah apa yang difikirkan sebagai kezaliman dan ketidakadilan Barat terutama terhadap umat Islam dan Palestin.

Sepuloh tahun kebelakangan ini, Kol Muammar Gaddafi telah mula di lihat berubah secara ketara. Beliau tidak lagi selantang dahulu mempertahankan hak-hak Islam dan rakyat Palestin yang tertindas. Kelakuannya menjadi semakin anih. Satu masa dulu, apabila membuat lawatan negara ke Itali, beliau telah enggan tidur di rumah penginapan Ketua Negara tetapi lebih selesa membawa khemahnya sendiri. Pengawal peribadinya pula di katakan terdiri dari wanita-wanita muda. Entah apa yang mahu di tonjolkan dengan kelakuannya yang ganjil ini, tak ada siapa yang ambil peduli lagi. Kol Muammar Gaddafi dilihat sebagai pemimpin yang telah banyak berubah dan rakyat Libya sendiri telah mula naik muak dengan cara pemerintahannya yang tidak menentu. Mungkin kekuasaannya di Libya yang terlalu lama telah membuatkan dia jadi begitu. Akhirnya rakyat Libya sendiri telah bangun mengangkat senjata menentang regimnya yang dilihat telah “out of touch” dengan realiti politik dewasa ini.

Kol Muammar Gaddafi telah pergi mengadap Penciptanya dalam keadaan yang sungguh tragik sekali. Matinya sebagai seorang revolusionari atau seorang diktator? Tanya sahaja kepada rakyat Libya yang lebih mengetahui.

Semoga Allah mengampuni segala dosa-dosanya. Alfatihah.

UnclearEngineer

3 comments:

  1. Sedih melihat saat akhir Maummar Gaddafi. Diseret jenazahnya oleh rakyat Libya yang telah naik gila. Ya, dia punya kelemahannya tapi apakah tidak ada sekelumit jasanya untuk rakyat Libya selama ini? Semasa hidup beliau di sanjung, bila jatuh beliau di malukan. Memang orang Islam dah banyak yang tak tahu adap menghormati jenazah seorang Muslim.

    ReplyDelete
  2. Memang benar kata bijak pandai "kuasa mutlak menggamit korupsi mutlak". Namun apa pun Gaddafi pernah disanjung dan jasanya memang terterap di Libya.

    ReplyDelete
  3. Dia dibunuh oleh pemimpin US dan NATO krn sifatnya yg lantang utk pertukaran harga minyak menggunakan emas.Ini amat ditakuti oleh US dan sekutu2nya krn mereka tidak ada emas dan matawang US akan jatuh.Satu lagi konspirasi Yahudi dan US.Rakyat Libya telah silap menaksir akan pemimpin mereka dan telah melupakan segala jasa2nya dimana dia sanggup berkongsi hasil minyak dgn rakyatnya yg tidak sanggup dibuat oleh pemimpin2 Islam yg lain.

    ReplyDelete

Awas, bahasa anda. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.