Saturday, January 7, 2012

PERBANDINGAN KOS BAGI PROJEK BAKUN, NUKLEAR DAN MRT BARU


Pagi ini saya nak tulis sikit perbandingan antara tiga projek prasarana yang telah dan akan di buat oleh kerajaan. Tujuan saya supaya satu kajian semula dapat di buat melibatkan projek MRT Sg. Buloh ke Kajang yang saya rasa teramat mahal dan hanya mampu memberikan menafaat kepada sebilangan kecil rakyat yang mendiami kawasan-kawasan terlibat di sepanjang laluan MRT tersebut. Saya tidak bermaksud supaya projek tersebut dibatalkan terus tetapi perlu dibuat satu kajian semula kos bagi tujuan mengawalnya dari menjejak sehingga RM 40 billion seperti yang telah di war-warkan.

Jika di lihat dalam jadual di atas, kedua-dua logi hidro Bakun dan logi nuklear walaupun berharga jauh lebih murah tetapi akan menghasilkan pendapatan paling kurang RM1.0 billion setahun bagi setiap projek. Berapa pula hasil kutipan tiket MRT nanti? Katakanlah RM 200 juta setahun, jadi “pay back period” bagi projek MRT adalah selama 200 tahun? Tak logik sungguh bagi kiraan saya.

Saya rasa harga projek ini terlalu tinggi (overinflated). Sebagai perbandingan tambahan, Pentagon (Jabatan Pertahanan AS) telah memberikan syarikat aerospace terkenal, Boeing kontrak bernilai AS$3.48 billion (RM11 billion) bagi membina, menguji dan menyelenggara sistem peluru berpandu pertahanan AS selama 7 tahun. Kos sistem pertahanan peluru berpandu paling canggih bagi melindungi negara paling kuat di dunia pun masih jauh lebih murah dari kos sistem MRT Malaysia. Itu pun bukan bagi keseluruhan sistem tapi bagi satu laluan Sg. Buluh ke Kajang sahaja.

Tak ada ke projek alternatif yang lebih murah seperti jalanraya bertingkat (atas jalanraya yang ada sekarang) bagi melalui jalanan Sungai Buluh ke Kajang ni? Bagaimana jika keseluruhan projek MRT ini di buat di bawah tanah tanpa perlu dilakukan pengambilalihan tanah komersial dengan bayaran pampasan yang tinggi? Saya berpendapat amat “cost efective” jika kita ambil pakar perunding menjalankan kajian bagi tujuan pengurangan kos projek ini.

RM40.0 billion, jika kerajaan berhutang bagi pembinaan projek MRT ini akan menyebabkan impikasi hutang sebanyak RM1,428 bagi setiap 28 juta rakyat Malaysia. Bagi saya projek MRT ini akan menjadi projek prasarana paling mahal dalam sejarah Malaysia. Bagaimana dengan pendapat saudara, berbaloi ke?

UncleaEngineer

1 comment:

  1. kalau dah kerajaan umno-bn yang punya, dah tentu oevrinflated. kiri kanan atas bawah nak makan tu bro....tgk lah pkfz, scorpene subs, opv utk tudm, semua tu dah cecah billion rm and most probably overinflated as well to feed the greedy pockets of the umno cronies. thats why ramai org benci umno. saudara bila pula?

    riz

    ReplyDelete

Awas, bahasa anda. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.