Monday, June 27, 2011

KEBARANGKALIAN 80.0% DAN 99.99%.

Dr. Hany Farid
Bila tersiar berita bahawa pakar dari Amerika Syarikat telah menyatakan bahawa manusia dalam video yang paling popular di Malaysia adalah 99.99% si anu, maka gempitalah dunia di Malaysia ini dan ramailah yang tak percaya. Kenapa  99.99% tidak 100%? Untuk makluman, andaian ini di buat oleh  Dr. Hany Farid seorang pakar dari Dartmouth College, AS setelah memeriksa bahan yang di hantar menggunakan kaedah baru apa yang di panggil sebagai “digital forensics”. Nak tahu lebih lanjut pergi sahaja ke wikipedia dan taip “digital forensics”.

FLASH BACK: Bila seorang pakar Dr. Pornthip dari Thailand buat andaian bahawa TBH berkemungkinan 80% di bunuh sebelum di tolak jatuh, maka kumpulan manusia yang sama seperti di atas terus percaya. Maka di mintalah Suruhanjaya Diraja (RCI) ditubuhkan kerana mereka percaya bahawa 80% merupakan satu andaian yang amat besar. Saya sebenarnya setuju walaupun andaian ini di buat menggunakan satu kaedah saintifik lama yang dikenali juga sebagai “look-look at pictures forensics”. Kalau anda nak tahu lebih lanjut mengenai kaedah ini, maaf sahajalah sebab dalam wikipedia pun tak ada tertulis.

Dr. Pornthip
Apa yang mahu saya persoalkan bukan tentang kaedah yang di gunakan itu lama atau baru. Tapi sikap berpilih-pilih kita dalam mempercayai fakta mahupun andaian. Kebanyakkan kita memilih untuk percaya berdasarkan kepada kecondongan politik masing-masing. Kalau “fakta” tidak selari dengan kepercayaaan politik kita maka kita terus memekik mengatakan tidak percaya dan itu adalah satu konspirasi.

Bagi menegakkan keadilan, saya bersetuju jika terdapat pakar (mestilah pakar dalam bidang terlibat bukan pakar hadis menilai kes TBH misalnya) yang mengatakan kebarangkalian sesuatu kejadian melebihi 50%, maka satu penyiasatan lanjut perlu di adakan tak kiralah dengan mengadakan suruhanjaya biasa mahupun RCI. Ini kerana satu keraguan telah berjaya di timbulkan. Dalam kes 99.99% ini, tak ada ke mana-mana pihak nak maju ke depan memohon kepada kerajaan untuk menubuhkan suruhanjaya penyiasat atau satu siasatan polis? Kalau ada pun tidak mendapat sokongan yang kuat dari mana-mana pihak. Siasatan polis katanya ada tapi tindakan susulan masih lagi kita tunggu-tunggu. Sementara menunggu, bermacam-macam teori telah dibentangkan termasuk satu usaha membuat video untuk membuktikan bahawa video asal itu satu lakonan.

Sesuatu yang menakjubkan saya telah berlaku baru-baru ini. Apabila RCI TBH selesai dan laporan Suruhanjaya DiRaja dipersembahkan ke bawah DYMM Yang DiPertuan Agong. Saya tidak pun mendengar  suara-suara kuat dari mana-mana pihak yang mahu supaya laporan ini dibuka kepada orang ramai. Apa yang dah jadi agaknya? Mungkin ramai yang dah tahu apa sebenarnya konklusi penyiasatan oleh RCI ini. Kesian TBH, orang dah lupakan dia tu. Mungkin ada lagi isu lain yang lebih besar untuk diperjuangkan. Apa dia? Isu bersih membersih? Ini kena panggil Adlin Shauki (aku pun tak pasti. Betul ke ejaaan nama dia ni?), seorang pakar mencuci tandas dalam iklan di TV.

Balik kepada isu asal. Apa nak buat dengan kebarangkalian 99.99% ini? Masihkah lagi kita nak berdolak dalik tak mahu di adakan penyiasatan dan tindakan susulan dibuat? Kes ini melibatkan seorang yang dikatakan sebagai bakal PM Malaysia.

Seperti biasa kita akan bersuara mengikut kecondongan politik kita masing-masing. Saya tertanya-tanya, di manakah perginya kredibiliti politikus Malaysia? Terbang bersama angin malam agaknya……….

BACKGROUND -  DR. HANY FARID

Hany Farid received his undergraduate degree in computer science and applied mathematics from the University of Rochester in 1989. He received his Ph.D in computer science from the University of Pennsylvania in 1997. Following a two-year postdoctoral position in Brain and Connitive Sciences at MIT, he joined Dartmouth faculty in 1999 and is currently a MacLaughlin Distinguished Professor of Computer Science. He is also affiliated with the Institute of Security Technology at Dartmouth. Mr. Farid is the recipient of an NSF (National Science Foundation) CAREER award and a Sloan Fellowship.

From working with federal law enforcement agencies on digital forensics, to the digital reconstruction of Ancient Egyptian tombs, Hany Farid works and plays with digital media at the crossroads of computer science, engineering, mathematics, optics, and psychology.


6 comments:

  1. Beberapa Pertubuhan Pakar telah mengsahkan bahawa Pelakon Utama dalam Video itu Adalah DSAI.
    Pihak Berkuasa Tunggu apa Lagi. Tak kan percaya pada Kenyataan YB Hadi Awang yang menyatakan tak bolih pakai Sebab Video itu Besi dan Tak Ada Mata. Dan Telinga.
    Apa dah jadi ni, Kalau melibatkan DSAI , Semua Orang BN ke, PAS ke dll Semua Jadi Bodoh dan Bisu. hebat betul Ilmu DSAI ni.

    ReplyDelete
  2. Haji Hadi kata video itu tak boleh dipercayai sebab dia "besi"? Apakah ini tahap pengetahuan mengenai teknologi dari seorang Presiden parti yang kononnya mahu menggantikan pemimpin BN terutama PM?

    Untuk pengetahuan Hj. Hadi, imej video dihasilkan bukan dari besi. Kemera yang merakam pun hanya sebahagian kecil sahaja dari logam dan selebihnya daripada polimer iaitu bahan plastik. Lensa pula dari kaca.

    Kalau saya orang PAS, saya amat malu dengan ceteknya ilmu Hj. Hadi ini. Ini fakta bukan fitnah dari saya ya sebab dia memang kata begitu.

    UnclearEngineer

    ReplyDelete
  3. Mata ada otak ada dh pndai sume nah tengok la sendiri, mentang2 mat salleh trus korg caya, mat salleh phd ckp israel btol xprcaya lk,
    http://www.youtube.com/watch?v=7TLJAFng9W0
    jangan percaya mulut orang jer, kalau btol fitnah buta2 korg percaya smpai mati dosa besar korg xampun slagi xjumpe tuan empunya, dosa ngn tuhan leh mintk ampun allah maha pengampun, dosa ngn manusia pandai2 la korg

    ReplyDelete
  4. Muzzy

    Boleh tolong tulis betul-betul tak? Saya sendiri tak faham apa yang awak tuliskan ini. Kalau tulis elok-elok, insyaAllah saya akan jawab.

    Tak payah lah kita cerita pasal dosa besar. Yang penting kita nak tahu kebenaran, betul tak?

    UnclearEngineer

    ReplyDelete
  5. Saya pernah bertanya tentang 99.9% ni. Jawapan yang diberikan ialah ianya merujuk kepada saintis yang beriman tentang wujudnya Tuhan. Walaupun mereka begitu pasti namun mereka hormat kepada kekuasaan dan ilmu Allah. Apa saja boleh berlaku dan terjadi di atas kehendakNya.Dengan itu yang boleh dan layak menyatakan gerenti 100% ialah Allah sahaja kerana ilmu yang ada pada manusia hanyalah merupakan setitik daripada satu lautan. Wallahua'lam.

    ReplyDelete
  6. Ahmadru

    Saya bersetuju. Hanya Allah yang boleh mengatakan pasti 100%.

    ReplyDelete

Awas, bahasa anda. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.