Thursday, June 30, 2011

MENJAWAB SOALAN SAUDARA DP MENGENAI LYNAS

Saudara DP

Maaf kerana lambat jawab. Pertama kerana saya sibuk dengan kerja saya dan kedua saya ada perkara lain yang sedang bermain di kepala. Jadi isu lepas seperti Lynas ni dah rasa macam tak ada “kick” lagi untuk diulas. Mungkin lepas keluar laporan pakar IAEA  nanti, saya akan ada mood untuk menulis kembali. Walau bagaimana pun saya cuba menjawab soalan saudara setakat yang boleh.

Apakah pandangan En berkenaan Asian Rare Earth Plant(ARE) yang pernah beroperasi di Bukit Merah, Perak suatu masa dahulu? Adakah ianya suatu operasi yang dianggap selamat pada waktu itu? Apakah pandangan En terhadap tahap keselamatan ARE sekarang?
Asian Rare Earth (ARE), Ipoh – isu  ARE ni isu lama. Saya masih ingat lagi kerana masa itu saya masih berkhidmat di PUSPATI, Bangi. Dari segi teknikalnya saya rasa ARE tidaklah begitu membahayakan seperti yang di gembar gemborkan.

Unsur nadi bumi bukan bahan radiokatif. Bagaimanapun unsur ini selalunya terdapat bersama-sama dengan bahan uranium dan thorium yang mengeluarkan radiasi paras rendah. Unsur-unsur thorium dan uranium inilah yang menyeababkan proses pengeluran unsur nadir bumi ini perlu di kawal supaya radiasi dari bahan mentah tersebut tidak menjadi masaalah kepada pekerja dan penduduk sekitarnya.


Apa yang berlaku di Ipoh ialah ARE memproses bahan buangan dari industri perlombongan bijih timah. Bahan buangan seperti ini memang banyak bertimbun di kawasan Ipoh sendiri. Logiknya macam mana ia mampu membahayakan penduduk begitu rupa jika asalnya dari tanah yang  di duduki  oleh orang ramai. Untuk makluman sehingga kini banyak rumah di Ipoh yang didirikan di atas timbunan bahan buangan ini. Ipoh sendiri merupakan antara bandaraya yang mempunyai paras sinaran latarbelakang (background radiation) antara yang tertinggi di Malaysia. Walau bagaimana pun saya tidak membaca data dari kajian saintifik yang mengatakan kadar berlaku kanser di Ipoh antara yang tertinggi di Malaysia. Apakah boleh kita kata bahan buangan industri bijih timah ini yang kemudiannya di proses smula oleh ARE untuk mendapatkan nadir bumi (rare earth) merbahaya?

Saya amat tertarik dengan laporan oleh Karam Singh Walia dalam Buletin Berita 8:00 malam di TV3 mengenai dengan paras radiasi latarbelakng (background radiation) di berapa tempat di Malaysia. Kalau ada dalam youtube, mungkin saudara boleh lihat untuk memberikan perspektif yang lebih seimbang dalam isu ini.

Protes terhadap ARE telahpun dibawa ke mahkamah dan keputusan telah di buat untuk ARE memberhentikan operasinya. Itu keputusan mahkamah dan kita akur dengan keputusan itu. Samada keputusan itu tepat atau tidak, ARE telah mengambil keputusan untuk mematuhi segala arahan mahkamah. Saya di maklumkan bahawa kerja-kerja pembersihan di kilang ARE telah dijalankan seperti yang dikehendaki mahkamah. Sebagai organisasi korporat, pemegang saham ARE telah membelanjakan beratus juta ringgit bagi memastikan keadaan di sekitar kilang ARE tersebut di “pulihkan” ke keadaan normal.

Adakah apa-apa persamaan di antara kegiatan yang dijalankan oleh syarikat ARE dan apa yang bakal diusahakan oleh syarikat Lynas di Gebeng, Pahang?
Persamaan hanya dari segi produk yang dihasilkan iaitu unsur nadir  bumi. Bahan mentah dikatakan di import dari Australia yang dilombong terus dari bumi  dan di segi fizikalnya mungkin berlainan dari bahan mentah yang di gunakan oleh ARE Ipoh. Teknologi pemprosesan pula mungkin telah banyak berubah. Lynas mungkin menggunakan teknologi lebih terkini untuk cuba meminimumkan “pencemaran” di kawasan sekitaran. Itu sebabnya kos projek ini di katakan sehingga mencecah RM700 juta.

Bolehkah En berikan status terkini berkenaan usaha pembersihan sisa-sisa radioaktif daripada kilang ARE di Bukit Merah? Di manakah tempat buangan sisa sisa radioaktif tersebut?
Saya tak dapat menjawab soalan ini kerana kerja kerja pembersihan di bawah penyeliaan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA) dan Agensi Nuklear Malaysia. Saya sudah hampir 17 tahun meninggalkan PUSPATI dan berkhidmat di sektor swasta.

Apakah rancangan Syarikat Lynas untuk melupuskan sisa sisa radioaktif yang bakal dihasilkan semasa kilang itu beroperasi?
Saya tak dapat menjawab soalan ini sebab saya tidak termasuk dalam kumpulan yang membaca permohonan Lynas kepada LPTA bagi permohonan lesen. Yang saya pasti Lynas perlu memuaskan semua keperluan perundangan Malaysia dan peraturan-peraturan yang sedang berkuatkuasa sebelum di berikan lesen operasi oleh LPTA. Apa yang ada pada Lynas sekarang ini ialah kebenaran memulakan pembinaan kilang. Jika LPTa tidak berpuas hati di segi tahap keselamatan dan juga cara penstoran bahan buangan, maka lesen operasi sudah pasti tidak akan di keluarkan dan kilang tidak boleh beroperasi walaupun sudah lengkap dipasang. Inilah risiko yang sedang di hadapi oleh Lynas sekarang. Mari kita lihat apa yang terjadi selepas laporan IAEA dikeluarkan.

Saya harap saya telah dapat menjawab soalan DP sebaik mungkin. Salam.

UnclearEngineer

5 comments:

  1. alright bro.
    bak kata mamat keramat: terbaikkkk.
    kata orang geylang: bessssst!

    ReplyDelete
  2. Terima Kasih tuan.Penjelasan yang diberikan skar didapati ditempat lain.Kritikan terhadap Lynas secara emosi dan bermotifkan politik boleh diperolehi dimana-mana.Tapi Fakta terhadap isu ini sangat sukar dicari.Pada mulanya saya sendiri ingat Linas adalah loji nuklear dan banyak laporan di Malaysia Kini mengaitkan loji ini dengan Fukushima daichi.Rupaya tidak bagai langit dengan Bumi!

    Pelajar Pengajian Hal Ehwal Antarabangsa UUM.

    ReplyDelete
  3. Yep. Penerangan yang mantap dari saudara sebab saya pun pernah terlibat secara langsung didalam pemantauan radiasi di ARE di awal 90an dulu. Kesan radiasinya memang ada tetapi pada tahap terkawal dan masih rendah. Pemantauan pihak berkuasa (AELB dan MINT) pula adalah sangat ketat dan menyeluruh. Bagi saya isu ARE dan sekarang Lynas, semuanya diputarbelitkan untuk kepentingan politik sempit.

    Jo Sg Buaya

    ReplyDelete
  4. Salam Tuan... Mintak Mohon untuk share maklumat nih... terima kasih...

    ReplyDelete
  5. Saya ingin tambah sedikit, proses lynas tidak melibatkan extraction of thorium (bahan radioactive). Ini berbeza dgn proses Asian Rare Earth Plant(ARE)di bukit Merah yg melibat kan extraction of thorium dari end produk hinggs menyebabkan sisa menjadi tepu dgn thorium dan menjadikan kadar radioactive bertambah secara drastic. Walaupun begitu sisa di bukit merah bukan la macam sisa dari nuclear reactor.

    Kenapa berbeza? kerana bahan galian yg di guna kan berbeza dan process kilang yg berbeza.

    Dari laporan IAEA (international Atomic Energy Agency) risiko radioactive kepada penduduk ada lah "negligible" walaupun begitu disebabkan sisa mempunyai radioactive walaupun berkadar rendah IAEA bertanggungjawab dan terpanggil utk menhuraikan dan memberi recommendation terhadap cara pengendalian proses pengilangan ini.

    Sila baca laporan itu disini.
    http://www.iaea.org/newscenter/news/pdf/lynas-report2011.pdf

    ReplyDelete

Awas, bahasa anda. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.