Monday, April 16, 2012

BERSIH 3.0 DAN AGENDA KOTOR “PEMBANGKANG”.

Satu tajuk berita yang saya baca “BERSIH akan tetap berkumpul di Dataran Merdeka walaupun tanpa kebenaran DBKL.”

“Kalau mereka tak memberikan kebenaran pun, kami akan tetap berkumpul di sana atau berkumpul sedekat mungkin kawasan tersebut “– kata AJK BERSIH 3.0, Wong Ching Huat kepada the Malaysian Insider.

Nota: Perkataan  “pembangkang” di sini saya takrifkan sebagai kumpulan NGO yang kononnya bukan bertujuan politik tapi sebenarnya merupakan sayap kepada parti dalam pakatan pembangkang.
+++++++++++

Eloklah tu. Ikutlah kepala batu kamu tu dan tunjukkan kepada anak-anak muda bahawa di Malaysia kita tak perlu ikut undang-undang. Orang tak bagi pun kita tetap buat. Yang penting kita buat kacau bilau tak henti-henti. Naikkan sentimen kebencian rakyat sehingga rakyat terpengaruh dan tidak mengundi BN dalam PRU 13 nanti.

Apa lagi yang mereka mahu? PSC sudah pun memperakukan 22 cadangan untuk pembaikan perjalanan pilihanraya. Nak apa lagi? Adat dalam berbincang, kita tidak boleh mengharapkan 100% cadangan kita sahaja diambilkira. Tolak ansur amat perlu kerana ada lagi satu kumpulan dalam perbincangan tersebut yang pendapat mereka perlu juga di ambil kira. Untuk makluman BERSIH 3.0, kumpulan satu lagi tu merupakan satu kumpulan yang lebih besar dan ramai dari kamu. Cuma mereka ini kumpulan majoriti senyap (silent majority) yang masih sanggup berlapang dada melihat kerenah pembangkang yang tak  habis-habis nak memporak perandakan negara.

Nampak sangatlah strategi pembangkang untuk terus membuat isu yang mampu mencipta peristiwa yang akan di putarbelitkan sehingga menyebabkan rakyat marah kepada kerajaan. Mereka sengaja mencipta situasi di mana jika di “spin” oleh kumpulan media mereka akan mampu menaikkan kemarahan rakyat. Satu contoh, apabila isu kematian dalam BERSIH 2.0 dulu. Lakonan kematian disebarkan dengan meluas melalui youtube sehingga banyak anak-anak muda percaya dengan dakyah yang disiarkan. Polis dan kerajaan yang memerintah telah dipersalahkan kerana zalim.Peristiwa beginilah yang akan terus di rancang oleh mereka yang busuk hati ini.
Buat provokasi terhadap pasukan polis., kemudian apabila polis bertindak balas kita ambil video. Kemudian kita naik turun ke youtube. Polis dan kerajaan BN zalim! Memang cantik.
Tujuan utama semua ini adalah PRU 13. Mereka amat “desperate” untuk menjatuhkan BN. Kepada rakyat Malaysia yang inginkan keamanan dan keharmonian yang berterusan seperti yang dinikmati sekarang, apakah kita tidak dapat melihat semua ini?

Ya, kerajaan BN sekarang bukan kerajaan yang sempurna. Terlalu banyak yang perlu diperbaiki. DS Najib telah cuma membuat berbagai transformasi untuk mengubah keadaan. Perubahan adalah pasti tapi bukan dengan cara yang sedang di rancang pembangkang sekarang. Berikanlah masa untuk perubahan dilaksanakan. Kita tidak perlukan perubahan serta merta, itu revolusi namanya. Rakyat perlu terus menyokong transformasi yang dirintis oleh DS Najib ini. Ini sahajalah cara yang paling berkesan. Peribahasa ada mengatakan, biar lambat asal selamat. InsyaAllah jika transformasi ini terus berlaku, kita akan mampu merubah keadaan negara  ke arah situasi yang lebih baik pada masa depan.


Kita hanya perlu lihat apa yang telah berlaku di Iraq, Libya dan Syria sebagai contoh. Mahukah kita supaya negara Malaysia ini menjadi seperti ketiga-tiga negara2 yang disebutkan tadi? Dijauhkan Allah, hendaknya.

UnclearEngineer

Friday, April 13, 2012

HAJI HADI TERTEMBAK KAKI SENDIRI? APA CELOP!



Aku pun tak tahu makna istilah apa celop ni. Dengar macam ummp sahaja. Jadi aku pakailah. Kalau maknanya menyakitkan hati sesiapa, aku minta maaf banyak-banyak lebih dahulu.

Aku terbaca dalam blog RBF online di bawah tajuk “PAS kalah di Tenang kerana UMNO lepaskan air dari Ampangan – Hj. Hadi”. Gatal pula tangan aku nak menulis pasal tuduhan Hj. Hadi ni.

PAS kalah di PRK Tenang, Johor sebab UMNO sabotaj. Apa yang UMNO dah buat? Hj. Hadi kata UMNO lepaskan air dari empangan menyebabkan banjir di hari pembuangan undi sehingga menghalang pengundi PAS keluar mengundi. Sebab itu PAS kalah!


PRK Tenang ni di adakan pada tahun bila ye? Kalau tak salah, PRK Tenang berlaku pada 30 januari 2011. Kenapa masa ni baru keluar tuduhan? Koman benarlah jentera pilihanraya PAS kerana gagal mengesan kerja-kerja sabotaj UMNO ini dengan pantas. Jadi baru la ni Presiden depa dapat buka mulut. Buka je mulut dah jadi kontroversi pulak.

Sebab aku manusia yang baik, jadi aku tak nak tuduh semborono terhadap sesiapa pun. Tambahan pula nak memaki hamun sesama Islam. Jadi aku siasat dulu dan bagi pendapat aku. Selepas baca apa yang aku tulis, kau orang nak percaya kat siapa, terpulang….

Dari analisa keputusan PRK Tenang, calon BN (6,699 undi) menang dengan majoriti 3,707. Jumlah majoriti  ini merupaka lebih banyak dari undi yang diperolehi oleh calon PAS sebanyak 2,992. Peratusan keluar undi di dapati rendah dari biasa iaitu sebanyak  67% sahaja.

Berdasarkan data di atas mari kita buat kira-kira sikit.

BN – 6,699
PAS – 2,992
Majoriti – 3,707
Keluar Mengundi – 9,833
% Keluar Mengundi – 67%

Kalau diandaikan 85% (purata terbaik kadar keluar mengundi di Malaysia) keluar mengundi jika UMNO tak buka ampangan air, jumlah yang akan keluar mengundi =  (85/67) x 9833 = 12,975 0rang

Kita buat andaian bahawa kesemua 100% (dalam keadaan biasa tak mungkin kesemuanya adalah pengundi
PAS) yang tak keluar ni adalah pengundi PAS belaka,
Jumlah undi PAS = 2992 + (12,975-9833) = 6134

Setelah diambilkira tuduhan Hj. Hadi, undi maksima yang akan diperolehi oleh calon PAS hanyalah 6,134 sahaja dan ini masih lagi kurang dengan undi yang diperolehi oleh calon BN sebanyak 6,699. Jadi macam mana Hj. Hadi boleh kata calon PAS pasti menang jika UMNO tak buat sabotaj dengan membuka air ampangan?

Patutlah Harakah tarik balik artikel yang disiarkan. Sebab depa dah tahu, Hj. Hadi bercakap tanpa buat kira-kira dan dengan sengaja membuat tuduhan melulu (dengan lain perkataan buat ”fitnah”). Pemberita Harakah pun satu, siarkan artikel bersumberkan dari Presiden Parti tanpa buat siasatan latarbelakang mengenai isu. Kan dah tertembak kaki sendiri.

Contoh terbaik yang keluar dari mulut Presiden PAS (selalunya apa yang dicakap adalah apa yang ada dalam minda). Mendokong cita-cita menegakkan Islam konon. Yele tu, Islam versi kamu. Takbeeer.

UnclearEngineer.

Tuesday, April 10, 2012

ANDA BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS UNDI ANDA. FIKIR DULU SEBELUM MEMANGKAH.

In a twitter posting as quoted from the Star, Nation Pg 19 today.

Whoever takes charge of the government after the general election, voters would receive their share of any evil, cruelty or vice comitted by the winning side due to the votes given to it. In this regard, he told voters not to regret their decision later “even if you plead with tears of blood after your resurrection”. – Datuk Nik Abd Aziz Nik Mat.
++++++++++++++

Sebagaimana yang saya katakan terdahulu, saya mengakui apa yang di katakan oleh Datuk Nik Aziz ini adalah betul, dan sesungguhnya amat betul. Bukan mengundi sahaja malah semua apa yang kita buat dan lakukan di dunia ini akan di hisab oleh Allah di Padang Mashar nanti. Memang ini lah yang diminta oleh agama Islam bagi semua umatnya tak terkecuali ulama serta Tok-tok Guru sekelian.

Jika negeri yang diperintah oleh pemimpin yang kita pilih tetapi tidak mampu menjalankan tugasnya dengan baik, malas meningkatkan eknomi negeri dan peluang pekerjaan, asyik berceramah dari subuh sampai ke tengah malam, rajin bersolat hajat memohon keburukan kepada saudara seIslam, membiarkan negeri mundur, rakyat miskin sehingga terpaksa merantau untuk mencari sesuap nasi, gagal mengawal maksiat dan penyakit HIV yang semakin bertambah, kemudahan asas rakyat tak terjaga (bekalan air kotor), dan menolak kepada perpaduan sesama ummah Islam maka akan berdosalah semua yang telah mengundi secara sedar pemimpin serta parti yang menang itu.

Siapa agaknya yang akan rakyat Malaysia undi dalam PRU 13 nanti?
Orang zalim tak akan melawat saudaranya yang sedang sakit. 

Saya berdoa supaya Allah membuka hati serta mendatangkan keinsafan dalam hati mana-mana pemimpin yang hanya pandai bercakap tapi “hapah pun tarak”. Terima kasih kepada Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat kerana menyedarkan saya dan ramai lagi rakyat Malaysia..

UnclearEngineer

PAS AKAN LETAK CALON BUKAN MELAYU BERTANDING DI LIMA NEGERI – DATO MUSTAPHA ALI.

Cerita asal bertajuk seperti di atas telah saya petik dari blog the Mole – we don’t care.
+++++++++

Cerita lama nampaknya akan diulang tayang kembali untuk kesekian kalinya. Macam filem P. Ramle. Yang bezanya cerita P. Ramle ni cerita lawak ada kelas yang kalau di tonton 100 kali pun kita masih lagi boleh gelak terbahak-bahak. Cerita Dato Mustapha Ali ni pula tak ada kelas langsung. Semuanya cerita menipu semata-mata.

Sabarlah Tok, jangan ikutkan sangat perasaan marah tu. Berastarafarlah banyak-banyak.
Pemimpin Islam mesti jadi contoh yang baik, betul tak?

Tujuannya bagi memperbodohkan orang bukan Islam untuk terus menyokong dan mengundi PAS dalam PRU 13 nanti. Kata Dato Mustapha Ali, kerusi yang akan diperuntukan kepada penyokong PAS yang bukan Islam ini merupaka kerusi di mana majoriti pengundinya adalah orang bukan Islam juga. Di negeri-negeri yang di perintah PAS seperti Kedah dan Kelantan, PAS tidak berhasrat untuk meletakkan calon bukan Islam ini kerana mungkin tak akan mendapat sokongan dikalangan ahli Islam PAS sendiri.

Punyalah beku otak mereka yang mempercayai kata-kata Dato Mustapha Ali ni. Cerita ni bukan sahaja kelakar yang tak kena gaya tapi juga tak logik tahap gaban. OKlah, mari kita kupas sikit aliran pemikiran politik carca marba PAS ni.

Pertama, PAS nak letak calon di kerusi yang majoritinya bukan Melayu – Ini sudah kes nahas. Sepatutnya untuk menunjukkan PAS menghargai penyokong bukan Islamnya kenalah letak mereka di kawasan majoriti Islam. Senanglah sikit nak menang. Kemudiannya suruh ahli PAS undi mereka-mereka ini umpama mengundi calon Islam PAS sendiri. Lihat contoh BN, ada calon MCA dan MIC bertanding di kerusi majoriti Melayu. Maka ramailah mereka2 ini yang menang. Jadi jawapan saya, tawaran PAS tersebut adalah tidak ikhlas.

Kedua, calon bukan Islam ini akan hanya di letakkan bertanding di Johor, Pulau Pinang, Selangor, Sabah dan Sarawak.  Boleh ke calon bukan Islam PAS ni menang. Calon Islam PAS pun belum tentu lagi boleh menang dengan selesa. Berangan setakat nak jadi calon boleh lah…..

Ketiga, kerusi yang calon bukan Islam PAS ini bertanding adalah kerusi majoriti bukan Melayu. Agaknya DAP dan PKR sebagai rakan kongsi dalam PR akan berdiam diri dan bersetuju dengan rancangan PAS ini? Kerusi2 sebegini sepatutnya kuota bagi DAP dan PKR. PAS ingat DAP dan PKR bodoh untuk menyerahkan kerusi yang sepatutnya kepunyaan mereka dirampas secara senang oleh PAS? Kalau PAS tak bersedia menyerahkan kerusi tradisional mereka di Kedah dan Kelantan, kenapa PAS mengharap DAP dan PKR akan menyerahkan kerusi hak mereka dengan senang kepada PAS?

Kesimpulan saya, cadangan PAS ini hanyalah satu gimik untuk meredakan rasa tak puas hati penyokong bukan Islam PAS buat seketika. Cadangan ini di buat sebagai mempertontonkan sifat “multi-racial” dalam PAS yang selari dengan slogan temberang PAS – “PAS for all”, konon.

Nak tahu ikhlas atau tidak PAS ni, saya nak tanya satu soalan sahaja. Bila agaknya penyokong bukan Islam mereka nak diserap sebagai ahli biasa? Oh, lupa saya. Ahli biasa tak boleh, hanya boleh jadi ahli bersekutu sahaja. Setakat jadi ahli bersekutu tak mainlah. Kalau dalam persatuan, ahli bersekutu tak boleh mengundi dalam AGM pun. Kalau tak salah saya, cadangan mengadakan kategori ahli bersekutu ini pun tak pernah selesai lagi. Tak kan lah nak pinda perlembagaan pun akan mengambil masa bertahun-bertahun.

Kalau isu ahli bersekutu pun belum selesai, bagaimana dengan cadangan untuk melantik wakil sayap bukan Islam sebagai salah seoarang Naib Presiden PAS sebagaimana yang pernah di war-warkan dulu? Janji hanya tinggal janji. PAS for all, ialah tu….

Kalau saya orang Cina mahupun India, saya tak akan membuang masa saya dengan puak penipu dalam PAS ni. Baik saya masuk DAP terus. Kalau masuk MCA atau MIC pun rasanya adalah lebih baik lagi. Ada satu perkataan dalam Islam menerangkan manusia yang selalu tak menepati janji serta suka memberikan harapan kosong sesama manusia, MU…NA…FIK.

Rupa-rupanya banyak manusia munafik dalam parti Islam ni.

UnclearEngineer               

Sunday, April 8, 2012

HARI-HARI KU YANG MENYERONOKAN SEBAGAI PELAJAR – PART 2


Dalam bulatan merah, Dato Mohd  Zin Mohamad dan saya dalam bulatan biru bersama-sama rakan
pengawas dari Tingkatan 3 dan Tingkatan 2.

Dalam aku menyelongkar tulisan-tulisan lama tahun lepas dalam blog ku ini, terjumpa satu artikel yang aku tulis pasal kehidupan ku di sekolah Menengah Teknik (TI), Jalan Cheras, Kuala Lumpur (http://unclearengineer.blogspot.com/2011/06/oh-my-glorious-student-days-part-1.html) pada awal tahun 70an. Aku namakan artikel tersebut “My glorious student days - Part 1”. Rupa-rupanya Part 2 seterusnya tak pernah pun ku sambung lagi. Maka pada pagi ahad yang aman ni aku akan cuba untuk menulis sambungan cerita tersebut.

Sebelum masuk TI, aku bersekolah di Sekolah Menengah Bachang (sekarang di kenali sebagai Sekolah Menengah Tun Tuah), Melaka. Di sekolah ini aku jadi “model student”. Pengawas, aktif berpersatuan dan aktif juga bersukan. Semua guru2 dan seluruh murid sekolah ini kenal aku. Sebagai pegawas aku memang “strict” sikit. Murid-murid yang melanggar peraturan sekolah sudah tentu akan ku saman tanpa mengira anak  siapa mereka.

Satu hari, sekumpulan murid-murid Cina telah menahan basikal aku di tengah jalan semasa aku dalam perjalanan pulang lepas sekolah. Mereka rupa-rupanya tak berpuas hati atas apa yang telah aku lakukan terhadap seorang kawan mereka di sekolah pada hari tersebut. Dari jauh aku dah nampak mereka menghalang jalan dengan basikal masing-masing. Aku “buat sahal”  je terus berkayauh basikal menyusur jalan. Sampai di tempat mereka berkumpul, aku pun berhenti. Nampak macm mereka mula nak memukul aku beramai-ramai. Aku pun terus mengeluarkan amaran “you touch me, I’ll report this to my father!” rupanya kata-kata itu menakutkan mereka. Perlahan-lahan mereka berundur sambil mengambil basikal mereka dan berkayuh pergi. Huhu… takut juga mereka ye? Apa tidaknya, bapa aku sebenarnya seorang konstabel polis dan memang selalu meronda melepasi sekolah hampir setiap hari. Zaman tu budak-budak nakal masih hormat dan takutkan polis. Selepas peristiwa tersebut, tiada lagi murid-murid nakal yang berani menggangu aku. Kalau ada murid-murid yang lupa pakai stokin ataupun lupa menyematkan lencana sekolah di poket baju, mereka lebih rela lari dan berselisih dengan aku. Siapa mahu didenda membasuh tandas sekolah atau pun mencabut kemuncup di padang sekolah pada hari minggu?

Semasa di Melaka ni antara kawan baik aku ialah Ahmad Tamby Kadir (bekas pensyarah UiTM dan sekarang seorang juruperunding kejuruteraan), Mustadza Abu Bakar (seorang akauntan lulusan UM dan pernah berkhidmat di PKNM, terakhir aku baca cerita dia dibicarakan kerana satu kes rasuah semasa jadi YDP, Majlis Daerah Jasin). Syeikh Obid Sheikh Salim (katanya dah jadi kontrator penambakan pantai yang besar juga) dan Abdullah Hassan (seorang jurutera sivil yang terakhir di kabarkan “mencari makan” di Negara Teluk).

Ada dua kenalan aku di SM Tun Tuah ni yang berjaya dalam politik. Seorang, senior setahun aku Mohd Zin Mohamad aka “Zin Badak” (sekarang bergelar Dato dan mantan Menteri Kerja Raya) dan seorang “informer” aku semasa aku jadi pengawas di sekolah iaitu Asaari Ibrahim (sekarang bergelar Dato dan menjadi Setiausaha Politik Menteri Kerja Raya, Dato Shaziman Mansor). Kedua-dua mereka ni masa di sekolah tak ada tokoh langsung sebagai pemimpin politik tapi mungkin pengalaman mengajar mereka sehingga menjadi ahli politik yang berjaya. Aku dan Zin Badak akhirnya sama-sama menyambung pelajaran ke TI KL selepas lulus LCE (sekarang ni di kenali sebagai peperiksaan PMR). Mohd Zin akhirnya mashur sebagai “king ragger” di TIKL sedangkan aku masih lagi dengan perangai lama….. seorang murid yang baik. Nama –nama guru ku yang masih ku ingat di SM Tun Tuah termasuk Mr. AG Leon (pengetua – dah lama meninggal), Mr. Chin (sudah meninggal, seorang guru yang amat mengambil berat tentang kemajuan persekolahan ku), Ms. Lee (guru sejarah yang mampu membuatkan aku berminat sangat-sangat pada subjek sejarah), Ustaz Ramli yang amat penyabar dan amat lemah lembut.

Selama 4 tahun disekolah ini (termasuk setahun di kelas peralihan – remove class), aku dan rakan-rakan telah berpeluang mengasah daya kepimpinan masing-masing. Yang paling  ironisnya, yang berjaya dalam politik adalah mereka-mereka yang pernah kami pimpin semasa di sekolah dulu. Sedangkan kami, apa pun “tarak” walaupun bergerak aktif dalam politik tanah air sejak sekian lama.

Memang benar kata peribahasa Melayu - tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.

UnclearEngineer

Saturday, April 7, 2012

CARETAKER GOVERNMENT (KERAJAAN SEMENTARA) – ADA APA HAL?



Aku baru sahaja habis membaca blog OutSyed the Box mengenai 22 cadangan PSC untuk penambahbaikan sistem pilihanraya. Nak tergelak aku membaca komen-komen dari Tuan Syed ni. Macam biasalah, Tuan Syed seperti juga aku punyai fikiran kami sendiri. Kadang-kadang pedih juga komen-komen dari blog Tuan Syed ini terutama mengenai Islam dan rasuah. Yang paling penting dia setakat ini nampaknya masih penyokng kuat BN!

Antara 22 cadangan tersebut yang aku paling sensitif adalah cadangan mengenai penubuhan kerajaan sementara. Kadang-kadang aku fikir memang tak masuk kat akal aku mengenai cadangan ini.

Dari dulu lagi aku dah komen pasal ini bila aku terbaca cadangan serupa dalam blog YB P Kamalanathan (Hulu Selangor).  Berapa banyak negara maju seperti US, Australia, Jepun dan negara-negara Eropah yang mengamalkan sistem ini? Yang aku tahu di Asia sistem ini hanya ada dipraktiskan di India dan Bangladesh. What a great system, huh?

Katalah Parlimen setuju dan SPR pun kata setuju dengan cadangan kerajaan sementara ini. Macam manalah kita nak ditubuhkan satu kerajaan sementara dalam masa 10 hari berkempen. Ya, tuan2/ puan2, di Malaysia ni jangka masa kempen adalah 10 hari sahaja dan keputusan pilihanraya seluruh negara mampu di keluarkan kurang dari 12 jam selepas dari waktu tutup pusat mengundi. Nak bayar gaji PM sementara pun tak berbaloi. Gaji hanya selama katalah 12 hari sahaja sebelum ketua parti yang menang mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri. Jadi dalam masa 12 hari tu, PM sementara ni buat apa?

Saya rasa mesti ada ada sebab menasabah kenapa negara-negara maju tak pun mengamalkan sistem kerajaan sementara semasa pilihanraya. Lepas tu sebab apa pula kita nak adakan kerajaan sementara ni?

Yang bestnya, ahli PSC ni selepas beberapa bulan berkerja memerah otak dan keluarkan 22 cadangan pembaikan tu, tup-tup ahli dari parti pembangkang pula terus membangkang bila semua permintaan mereka tak di penuhi. Mereka mahu satu “minority report” di masukkan sebagai sebahagian dari cadangan PSC tersebut. Ini ide “minority report” depa baca kat mana pulak ni?

Heran juga aku. Selepas buang masa dan wanga ringgit untuk mengemukakan 22 cadangan yang kebanyakannya menguntungkan pembangkang, pihak pembangkang masih lagi tak puas hati. Katanya si Gondrong dengan sokongan Ambiga dan Hishamuddin Rais rancang nak buat Bersih 3.0 pada hujung bulan ni pulak. Adus, memanglah dasar pembangkang kat Malaysia ni. Bangkang tetap bangkang sampai kiamat.

unclearEngineer

Monday, April 2, 2012

SETIA SEORANG ISTERI – MELELEH AIR MATO DEN.

“Saya merasa seperti dia masih hidup lagi dan dia masih bersama kawan-kawannya di balai polis tersebut”, kata Saadiah Abdullah.

Saadiah Abdullah adalah isteri seorang anggota polis Alias Nik Daud yang pernah bertugas di Balai Polis Grik, Perak. Suaminya, Pakcik Alias telah meninggal dunia pada 1975. Selepas 37 tahun suaminya meninggal, Mak Cik Saadiah masih setia menghantar makanan ke balai berkenaan dengan mengayuh basikal sejauh 5 km hampir setiap hari.



Apa yang membuatkan seorang wanita seperti Makcik Saadiah sanggup melakukan nya selama 37 tahun? Ada banyak Mak Cik yang suaminya masih hidup lagi pun dah mula tak kuasa nak memasak di rumah. Makan nasi kat kedai sahaja. Konon sebab dah tinggal berdua jadi lebih murah membeli dari memasak sendiri. Benarkah itu? Maka tempat simpanan beras pun jadi tempat menternak bubuk. Bila dah tidurpun berlainan bilik, makanan pula bukan lagi dari air tangan isteri maka lama kelamaan hubungan kasih sayang suami isteri juga mula renggang. Tapi Makcik Saadiah lain, dia masih mahu terus memasak untuk “suami”nya. Mungkin dia masih merindui suaminya yang telah pergi 37 tahun yang silam dan dengan memasak dan menghantar makanan tersebut dia mahu arwah suaminya tahu bahawa dia masih tetap meningatinya, masih tetap setia.

Sebenarnya saya mahu tahu lebih lanjut cerita mengenai Makcik Saadiah ini. Berapa umurnya, berapa ramai anaknya dengan Allahyarham Pakcik Alias. Apa kah dia pernah berkahwin lain selepas kematian Pakcik Alias? Apa kerja dan pendapatan beliau sekarang? Mungkin ada pemberita Berita Harian akan dapat mengorek lebih banyak tentang kisah Makcik Saadiah ini. Saya percaya ramai pembaca juga ingin tahu. Cerita-cerita “incredible” begini perlu kita dedahkan supaya menjadi teladan kepada anak-anak muda dan juga kita yang masih hidup ini.

Tersentuh hati saya dengan apa yang dilakukan oleh Makcik Saadiah ini. Mungkinkah itu tanda kasih sebenar seorang isteri? Semoga amal jariah Makcik Saadiah ini di balas Allah dengan pahala yang berlipat kali ganda. I wish my wife too will  remember me long after I have gone. Huhu, wishful thinking maybe.

UnclearEngineer

Nota: Balai Polis Grik, Perak merupakan balai polis di mana bapa saya pernah berkhidmat selama beberapa tahun di era 60an dulu. Ayah saya juga sudah lama meninggal dunia. Ini membuatkan cerita Makcik Saadiah ini menjadi lebih sentimental pada saya.