Tuesday, April 10, 2012

PAS AKAN LETAK CALON BUKAN MELAYU BERTANDING DI LIMA NEGERI – DATO MUSTAPHA ALI.

Cerita asal bertajuk seperti di atas telah saya petik dari blog the Mole – we don’t care.
+++++++++

Cerita lama nampaknya akan diulang tayang kembali untuk kesekian kalinya. Macam filem P. Ramle. Yang bezanya cerita P. Ramle ni cerita lawak ada kelas yang kalau di tonton 100 kali pun kita masih lagi boleh gelak terbahak-bahak. Cerita Dato Mustapha Ali ni pula tak ada kelas langsung. Semuanya cerita menipu semata-mata.

Sabarlah Tok, jangan ikutkan sangat perasaan marah tu. Berastarafarlah banyak-banyak.
Pemimpin Islam mesti jadi contoh yang baik, betul tak?

Tujuannya bagi memperbodohkan orang bukan Islam untuk terus menyokong dan mengundi PAS dalam PRU 13 nanti. Kata Dato Mustapha Ali, kerusi yang akan diperuntukan kepada penyokong PAS yang bukan Islam ini merupaka kerusi di mana majoriti pengundinya adalah orang bukan Islam juga. Di negeri-negeri yang di perintah PAS seperti Kedah dan Kelantan, PAS tidak berhasrat untuk meletakkan calon bukan Islam ini kerana mungkin tak akan mendapat sokongan dikalangan ahli Islam PAS sendiri.

Punyalah beku otak mereka yang mempercayai kata-kata Dato Mustapha Ali ni. Cerita ni bukan sahaja kelakar yang tak kena gaya tapi juga tak logik tahap gaban. OKlah, mari kita kupas sikit aliran pemikiran politik carca marba PAS ni.

Pertama, PAS nak letak calon di kerusi yang majoritinya bukan Melayu – Ini sudah kes nahas. Sepatutnya untuk menunjukkan PAS menghargai penyokong bukan Islamnya kenalah letak mereka di kawasan majoriti Islam. Senanglah sikit nak menang. Kemudiannya suruh ahli PAS undi mereka-mereka ini umpama mengundi calon Islam PAS sendiri. Lihat contoh BN, ada calon MCA dan MIC bertanding di kerusi majoriti Melayu. Maka ramailah mereka2 ini yang menang. Jadi jawapan saya, tawaran PAS tersebut adalah tidak ikhlas.

Kedua, calon bukan Islam ini akan hanya di letakkan bertanding di Johor, Pulau Pinang, Selangor, Sabah dan Sarawak.  Boleh ke calon bukan Islam PAS ni menang. Calon Islam PAS pun belum tentu lagi boleh menang dengan selesa. Berangan setakat nak jadi calon boleh lah…..

Ketiga, kerusi yang calon bukan Islam PAS ini bertanding adalah kerusi majoriti bukan Melayu. Agaknya DAP dan PKR sebagai rakan kongsi dalam PR akan berdiam diri dan bersetuju dengan rancangan PAS ini? Kerusi2 sebegini sepatutnya kuota bagi DAP dan PKR. PAS ingat DAP dan PKR bodoh untuk menyerahkan kerusi yang sepatutnya kepunyaan mereka dirampas secara senang oleh PAS? Kalau PAS tak bersedia menyerahkan kerusi tradisional mereka di Kedah dan Kelantan, kenapa PAS mengharap DAP dan PKR akan menyerahkan kerusi hak mereka dengan senang kepada PAS?

Kesimpulan saya, cadangan PAS ini hanyalah satu gimik untuk meredakan rasa tak puas hati penyokong bukan Islam PAS buat seketika. Cadangan ini di buat sebagai mempertontonkan sifat “multi-racial” dalam PAS yang selari dengan slogan temberang PAS – “PAS for all”, konon.

Nak tahu ikhlas atau tidak PAS ni, saya nak tanya satu soalan sahaja. Bila agaknya penyokong bukan Islam mereka nak diserap sebagai ahli biasa? Oh, lupa saya. Ahli biasa tak boleh, hanya boleh jadi ahli bersekutu sahaja. Setakat jadi ahli bersekutu tak mainlah. Kalau dalam persatuan, ahli bersekutu tak boleh mengundi dalam AGM pun. Kalau tak salah saya, cadangan mengadakan kategori ahli bersekutu ini pun tak pernah selesai lagi. Tak kan lah nak pinda perlembagaan pun akan mengambil masa bertahun-bertahun.

Kalau isu ahli bersekutu pun belum selesai, bagaimana dengan cadangan untuk melantik wakil sayap bukan Islam sebagai salah seoarang Naib Presiden PAS sebagaimana yang pernah di war-warkan dulu? Janji hanya tinggal janji. PAS for all, ialah tu….

Kalau saya orang Cina mahupun India, saya tak akan membuang masa saya dengan puak penipu dalam PAS ni. Baik saya masuk DAP terus. Kalau masuk MCA atau MIC pun rasanya adalah lebih baik lagi. Ada satu perkataan dalam Islam menerangkan manusia yang selalu tak menepati janji serta suka memberikan harapan kosong sesama manusia, MU…NA…FIK.

Rupa-rupanya banyak manusia munafik dalam parti Islam ni.

UnclearEngineer               

No comments:

Post a Comment

Awas, bahasa anda. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.