Aku masuk UTM yang masa tu masih dikenali sebagai Institut Teknologi Kebangsaan (ITK) pada September 1974. Dua tahun sebelum itu aku belajar di Sekolah Menengah Teknik, Jalan Cheras, Kuala Lumpur. Selepas MCE, aku dapat dua tawaran, satu dari ITM dan satu lagi dari ITK. Sudah tentu aku pilih ITK sebab masa itu ITM dianggap sebagai IPTA kelas tiga. Jangan marah graduan ITM, itu masa dulu. Masa itu Ibrahim Ali masih jadi hero demo di ITM.
Dua rakan sekolah ku dari TIKL yang ku kenali yang masuk ITM ialah Shamsuddin (tak dapat ambil kursus kejuruteraan, ambil accountacy) dan Mohamad Zain aka “Zin Badak” yang ambil kejuruteraan sivil. Mohamad Zin ini waktu di TI memang terkenal dengan panggilan “king ragger”. Aduh, kalau membuli “freshies” memang macam orang sakit jiwa – begitu sadis. Kedua-dua mereka ini kemudiannya dikenali sebagai Datuk Sam seorang usahawan bumiputra terkenal masa zaman Tun Daim dan Tun Mahathir sebagai PM. Sedangkan Mohamad Zin aka “Zin Badak” mencanak naiknya dalam politik tanah air dan pernah menyandang jawatan Menteri Kerjaraya. Sekarang ini YB Mohamad Zin merupakan Setiausaha Perhubungan UMNO Selangor. Sebagai ahli UMNO, saya beberapa kali bersua muka dengan YB Mohd Zin ini tapi …….. tak apalah, dia orang besar tentu egonya besar juga.
Pengalaman di TIKL (juga dikenali sebagai “TI Kg. Congo”) tak berapa banyak sebab hanya belajar selama 2 tahun sahaja. Ingat lagi kawan satu dorm asrama - Hata, Kamarullah, Hadi, Aziz Shamsudin (bukan yang pernah jadi menteri tu), Aziz Bakri (budak Jawa dari Bagan Datuk, taukeh Langhorst). Kata rakan yang mengetahui, Aziz Bakri ni lari lintang pukang ke Australia bila DS Anwar Ibrahim dipecat dari jawatan TPM. Seorang lagi rakan asrama ialah seorang budak Cina (entah aku dah lupa nama dia). Kat hostel TI, menjadi freshie amat mencabar sebab deraan tidak berakhir selepas tamatnya minggu orientasi. Semua pelajar tingkatan empat jadi "hamba abdi" pelajar senior selama setahun! Jadi setahunlah aku kena basuh baju senior ku. Yang paling menyampah, aku kena basuh seluar dalam dia orang. Huh, kotor betul...
Semasa di tingkatan lima, aku dilantik sebagai Pengerusi, “Messing Committee” di asrama sekolah. Aku dengan AJK yang dipilih telah menjalankan kerja dengan begitu dedikasi sekali. Setiap pemeriksaan hidangan makanan di asrama di buat menurut buku. Tak “comply” sahaja, maka aku akan istiharkan makanan di kantin di boikot. Bersoraklah semua penuntut yang mendiami asrama dan masing-masing berbondong-bondong keluar pergi makan di Gerai Pak Din. Pak Din pula ada seorang anak dara pelaris gerai yang boleh tahan juga lah lawanya. Namanya Zaiton (kalau tak silaplah) tapi kami panggil Eton sahaja. Kami murid TI selalu sahaja jeles menjeles dengan murid dari Sekolah Alam Shah yang terletak bersebelahan kerana anak dara Pak Din ini.
Satu petang sedang aku membuat pemeriksaan bagi hidangan minum petang, taukeh kantin asrama datang dan terus memasukkan sampul surat dalam kocek baju kemeja ku - hadiah katanya. Aku terus jadi marah dan ku ambil sampul yang berisi beberapa keping wang kertas warna hujau dan memulangkan kembali kepadanya. Itu lah pengalaman pertama dalam hidup aku cuba di rasuah! Aku pun terfikir, mungkin tindakan ku memboikot makanan telah menyebabkan tuan kantin tersebut mengalami kerugian besar. Sejak dari hari itu aku lebih mengambil sikap berlembut dan akan cuba mendengar penerangan tuan kantin terlebih dahulu jika makanan yang dibekalkan tidak memenuhi syarat. Patutlah Abang Sufian (kata kawan dah arwah), Pengerusi Messing Committee sebelum aku begitu mewah mengorder makanan dan minuman bergas selepas bersukan sebelah petang serta dibenarkan taukeh kantin membuka buku 35. Rupa-rupanya dia sudah di sogok!
Di TIKL kami ada tradisi yang akan kami raikan setiap tahun. Ia itu tradisi sempena malam April Fool. Beberapa hari sebelum itu, penghuni asrama lelaki sudah mula mengumpul telor setengah masak yang dilubangkan dan kuah kari mahupun kuah asam pedas dalam plastik yang di ikat dengan getah. Semua barang-barang ini akan disimpan dengan baik di bawah katil. Pada malam yang telah ditetapkan, semua freshies (pelajar tingkatan 4) akan dibahagi kepada beberapa kumpulan dengan setiap mereka dibekalkan dengan telur busuk dan bom asam pedas. Kami diarahkan oleh senior untuk menyerang asrama Blok C yang dihuni oleh pelajar wanita. Satu kumpulan penyerang pula telah bekalkan dengan katak hidup.
Tepat jam 12:00 tengah malam, pergerakan kumpulan di bawah arahan ketua masing-masing pun bermula. Dalam gelap dan dengan tanah berlecah (hujan telah turun pada sebelah petangnya), kami berlari anak menuju sasaran. Sampai sahaja sasaran, dengan arahan ketua pasukan telur busuk dan plastik berisi gulai asam pedas terus dibaling ke arah asrama Blok C. Berderai bunyi cermin tingkap yang pecah terkena bom asam pedas. Berdepek bunyi telor dan semerbaklah bau busuk mengisi suasana malam. Beberapa minit kemudian terdengar pula jeritan murid perempuan sebab katak telah dilepaskan ke dalam bilik asrama mereka. Sebenarnya kami bukan bertepuk sebelah tangan. Pihak penghuni Blok C ini juga telah bersedia dengan serangan balas masing-masing. Cuma lontaran mereka kurang bertenaga dan dengan itu tidak menepati sasaran. Selesai serangan, kami balik ke blok asrama masing-masing dan terus tertidur. Pada keesokan paginya hebohlah cerita peristiwa serangan malam semalam. Guru penjaga asrama bukan main marahnya lagi apabila di dapati banyak cermin tingkap telah pecah dan perlu di ganti.
Selesai sahaja peperiksaan MCE, semua pelajar tingkatan lima yang akan pulang dengan bas ke steshen keretapi KL keesokan paginya mempunyai satu lagi tugas. Pada malam tersebut, semua cermin tingkap asrama akan ditanggalkan dan pada malam terakhir ini akan dipecahkan beramai-ramai. Entah berapa ribu keping cermin tingkap yang hancur berderai. Walaupun aku lebih memerhati, aku sendiri tak dapat menerangkan apa yang bermain di kepala penghuni asrama semasa melakukan kerja-kerja “bodoh” ini. Apakah ini sebagai tanda protes pelajar terhadap layanan kelas tiga yang diberikan oleh Kementerian Pelajaran kepasa sekolah ku sedangkan Sekolah Sains Selangor dan Sekolah Alam Shah kedua-duanya berada bersebelahan dilayan sebagai menatang minyak yang penuh. Mungkin juga……
Bagi aku pengalaman belajar selama 2 tahun di TIKL merupakan satu pengalam yang tidak mungkin dapat ku lupakan. TIKL mengajar semua pelajarnya erti berdikari. Terus berjuang walaupun dalam keadaan tertekan. Oleh itu ramai dari bekas pelajar TI telah berjaya dalam kerjaya masing-masing mungkin berkat pengalaman hidup yang telah ditempohi dulu.
Hidup TI Kg. Congo!
LATARBELAKANG SMTKL (TIKL)
Sekolah Menengah Teknik (Cheras) Kuala Lumpur, or Technical Institute Kuala Lumpur (TIKL), is located in Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur was the oldest technical school in Malaysia founded in 1926.
Its name was changed again to Technical Institute after the Report of the Education Committee in 1956 (known as 'Penyata Razak') which also suggested that the school transform into a full secondary school which offered its students basic technical skill for the Lower Certificate of Education (LCE) holders. Finally in 1962, the school changed its name to Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur. In 1967 TIKL moved out from Jalan Kolam Air to Jalan Tenteram (now known as Jalan Yaacob Latiff), Bandar Tun Razak. Other institutions located along this road are Sekolah Menengah Sains Alam Shah (previously Sekolah Alam Shah which was then moved to Putrajaya and changed its name to Sekolah Sultan Alam Shah) and Sekolah Menengah Sains Selangor.
School Motto
"Bertugas Hidup Berjasa"
Hidup TI Kg. Congo!
LATARBELAKANG SMTKL (TIKL)
Sekolah Menengah Teknik (Cheras) Kuala Lumpur, or Technical Institute Kuala Lumpur (TIKL), is located in Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur was the oldest technical school in Malaysia founded in 1926.
History
The establishment of TIKL can be traced to 1926. In 1927, The Federated Malay State Government Trade School was created after the Federated Malay States government wished to train skilled workers in technical fields by Mr Noel Leembruggent, an engineer and Mr. Geary, a supretendent. The first site for the school was located at Jalan Kolam Air with 7 staff. In 1946, the school changed its name to Junior Technical Trade School with enrolment of 80 students.Its name was changed again to Technical Institute after the Report of the Education Committee in 1956 (known as 'Penyata Razak') which also suggested that the school transform into a full secondary school which offered its students basic technical skill for the Lower Certificate of Education (LCE) holders. Finally in 1962, the school changed its name to Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur. In 1967 TIKL moved out from Jalan Kolam Air to Jalan Tenteram (now known as Jalan Yaacob Latiff), Bandar Tun Razak. Other institutions located along this road are Sekolah Menengah Sains Alam Shah (previously Sekolah Alam Shah which was then moved to Putrajaya and changed its name to Sekolah Sultan Alam Shah) and Sekolah Menengah Sains Selangor.
School Motto
"Bertugas Hidup Berjasa"
No comments:
Post a Comment
Awas, bahasa anda. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.