“Kalau mereka tak memberikan kebenaran pun, kami
akan tetap berkumpul di sana atau berkumpul sedekat mungkin kawasan tersebut “–
kata AJK BERSIH 3.0, Wong Ching Huat kepada the Malaysian Insider.
Nota: Perkataan “pembangkang” di sini saya takrifkan sebagai
kumpulan NGO yang kononnya bukan bertujuan politik tapi sebenarnya merupakan
sayap kepada parti dalam pakatan pembangkang.
+++++++++++
Eloklah tu. Ikutlah kepala batu kamu tu dan
tunjukkan kepada anak-anak muda bahawa di Malaysia kita tak perlu ikut
undang-undang. Orang tak bagi pun kita tetap buat. Yang penting kita buat kacau
bilau tak henti-henti. Naikkan sentimen kebencian rakyat sehingga rakyat
terpengaruh dan tidak mengundi BN dalam
PRU 13 nanti.
Apa lagi yang mereka mahu? PSC sudah pun
memperakukan 22 cadangan untuk pembaikan perjalanan pilihanraya. Nak apa lagi?
Adat dalam berbincang, kita tidak boleh mengharapkan 100% cadangan kita
sahaja diambilkira. Tolak ansur amat perlu kerana ada lagi satu kumpulan dalam
perbincangan tersebut yang pendapat mereka perlu juga di ambil kira. Untuk
makluman BERSIH 3.0, kumpulan satu lagi tu merupakan satu kumpulan yang lebih
besar dan ramai dari kamu. Cuma mereka ini kumpulan majoriti senyap (silent
majority) yang masih sanggup berlapang dada melihat kerenah pembangkang yang
tak habis-habis nak memporak perandakan
negara.
Nampak sangatlah strategi pembangkang untuk terus
membuat isu yang mampu mencipta peristiwa yang akan di putarbelitkan sehingga menyebabkan
rakyat marah kepada kerajaan. Mereka sengaja mencipta situasi di mana jika di “spin”
oleh kumpulan media mereka akan mampu menaikkan kemarahan rakyat. Satu contoh,
apabila isu kematian dalam BERSIH 2.0 dulu. Lakonan kematian disebarkan dengan
meluas melalui youtube sehingga banyak anak-anak muda percaya dengan dakyah
yang disiarkan. Polis dan kerajaan yang memerintah telah dipersalahkan kerana
zalim.Peristiwa beginilah yang akan terus di rancang oleh mereka yang busuk
hati ini.
Buat provokasi terhadap pasukan polis., kemudian apabila polis bertindak balas kita ambil video. Kemudian kita naik turun ke youtube. Polis dan kerajaan BN zalim! Memang cantik. |
Tujuan utama semua ini adalah PRU 13. Mereka amat “desperate”
untuk menjatuhkan BN. Kepada rakyat Malaysia yang inginkan keamanan dan keharmonian
yang berterusan seperti yang dinikmati sekarang, apakah kita tidak dapat
melihat semua ini?
Ya, kerajaan BN sekarang bukan kerajaan yang
sempurna. Terlalu banyak yang perlu diperbaiki. DS Najib telah cuma membuat
berbagai transformasi untuk mengubah keadaan. Perubahan adalah pasti tapi bukan
dengan cara yang sedang di rancang pembangkang sekarang. Berikanlah masa untuk
perubahan dilaksanakan. Kita tidak perlukan perubahan serta merta, itu revolusi
namanya. Rakyat perlu terus menyokong transformasi yang dirintis oleh DS
Najib ini. Ini sahajalah cara yang paling berkesan. Peribahasa ada mengatakan,
biar lambat asal selamat. InsyaAllah jika transformasi ini terus berlaku, kita
akan mampu merubah keadaan negara ke arah
situasi yang lebih baik pada masa depan.
Kita hanya perlu lihat apa yang telah berlaku di Iraq,
Libya dan Syria sebagai contoh. Mahukah kita supaya negara Malaysia ini menjadi
seperti ketiga-tiga negara2 yang disebutkan tadi? Dijauhkan Allah, hendaknya.
UnclearEngineer
No comments:
Post a Comment
Awas, bahasa anda. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.