Kesekian
kalinya saya membaca mengenai pencemaran susu sekolah sehingga menyebabkan
banyak murid terpaksa di hantar ke hospital oleh keracunan makanan. Perkara ini
berlarutan entah sejak beberapa belas tahun tanpa diselesaikan dengan baik oleh
semua yang terlibat dalam skim ini. Susah sangat ke nak diselesaikan?
Sebagai
langkah pertama, pihak Kementerian Pelajaran termasuk kontraktor pembekal perlu
buat kajian dengan segera untuk mengenal pasti punca sebenar keracunan makanan
dari skim susu percuma ini. Janganlah
asyik nak menyerahkan kepada kuasa Allah semata-mata tanpa ada usaha menghapuskan
masalah tersebut secara bersungguh-sungguh. Banyak juga murid sekolah lain yang
minum, OK jea. Tapi kat sekolah ini, begini pula jadinya. Apa nak buat, dah
ditakdirkan Allah.
Saya nak tanya kat mereka-mereka yang bertanggung jawab, ada ke mana-mana kajian ilmiah yang dah di buat untuk mengenalpasti sumber pencemaran-pencemaran ini? Kejadian ini sudah berlaku berpuluhan kali mungkin ratusan kali dan jika di buat kajian sudah tentu data yang di kutip amat banyak sekali. Adakah punca pencemaran dari susunya, dari strawnya ke, dari pembungkusannya (kotak susu) atau dari cara penyimpanan susu yang tidak mengikut peraturan termasuk jika ianya perbuatan sabotaj. Semua ini senang mahu dikenalpasti. Keluarkan gran penyelidikan dan dapatkan sahaja penyelidik-penyelidik dari universiti-universiti tempatan untuk buat kajian. Susah sangat ke?
Saya nak tanya kat mereka-mereka yang bertanggung jawab, ada ke mana-mana kajian ilmiah yang dah di buat untuk mengenalpasti sumber pencemaran-pencemaran ini? Kejadian ini sudah berlaku berpuluhan kali mungkin ratusan kali dan jika di buat kajian sudah tentu data yang di kutip amat banyak sekali. Adakah punca pencemaran dari susunya, dari strawnya ke, dari pembungkusannya (kotak susu) atau dari cara penyimpanan susu yang tidak mengikut peraturan termasuk jika ianya perbuatan sabotaj. Semua ini senang mahu dikenalpasti. Keluarkan gran penyelidikan dan dapatkan sahaja penyelidik-penyelidik dari universiti-universiti tempatan untuk buat kajian. Susah sangat ke?
Untuk
makluman tuan/puan pembaca budiman, kalau di negara-negara maju ni, sudah tentu
pihak sekolah, pihak kementerian yang berkenaan mahupun pihak pembekal susu dah
kena saman kaw-kaw. Jangan main-main, sakit perut kerana keracunan makanan
bukan macam rasa sakit demam. Ada masa perut memulas macam nak terburai keluar
semua isi dalam nya. Saya percaya semua orang pernah kena keracunan makanan
ini. Di Malaysia ni OKlah lagi. Budaya saman bukan budaya kita. Tapi kalau masih tak diambil peduli, kena pula
dengan anak penyokong parti pembangkang (misalnya) dan ada pula peguam yang
gila-gila, maka ada pihak-pihak yang akan terseret ke mahkamah nanti. Sebelum ini
berlaku, selesaikan isu ini sebaik-baiknya.
Penyelesaian
paling mudah dan pantas ialah dengan memberhentikan sama sekali skim susu
percuma ke sekolah-sekolah. Ibarat kalau banyak sangat songe kau kita berhentikan
sahajalah, padan muka. Tapi itu penyelesaian orang marah. Diakui dari jumlah
kejadian pencemaran yang berlaku, ianya
masih pada jumlah kecil berbading dari keseluruhan jumlah susu yang diminum.
Lagi pun skim ini amat baik bagi mereka-mereka yang datang dari keluarga miskin
yang mungkin memerlukan protein tambahan dan susu yang dibekalkan kerajaan ini lah
sahaja yang mampu meningkatkan zat pemakanan bagi murid-murid miskin ini. Skim
ini patut di teruskan dengan sedikit penambahbaikan.
Saya
ada beberapa syor yang mungkin boleh di ambilkira jika mahu menyelesaikan
masaalah ini. Sesetengahnya mungkin memerlukan sumber kewangan tambahan tapi
saya rasa ianya amat kecil berbanding risiko yang bakal ditanggung oleh semua
pihak. Antara syor saya:-
1.
Buat penyelidikan secara ilmiah dan pastikan sebab-sebab
pencemaran berlaku. Masalah akan dapat kita selesaikan HANYA jika sebab musababnya
dah di kenalpasti.
-
Jika dari susu, maka susu perlu disterilkan dengan sempurna
pada suhu yang ditetapkan.
-
Jika dari bilik pengisian susu yang tak bersih, pastikan
proses pengisian di jalankan dalam keadaan bilik yang bersih dan steril
-
Jika pembungkusan/kotak susu mahupun straw sebagai punca,
kotak perlu di steril sebelum digunakan. Sudah ada teknologi dalam Malaysia
yang mampu melakukan ini secara mudah dan murah. Kalau berminat, sila hubungi
saya di yazizy@gmail.com.
-
Jika salahnya ditempat simpanan, pastikan bahan susu ini
disimpan di tempat bersih dan terlindung dari pancaran terus panas cahaya matahari.
-
Kalau sabotaj, tak dapeklah den nak tolong. Mungkin guru
boleh membuat pemeriksaan dengan melihat semua stok jika terdapat kecacatan pada kotak
yang mencurigakan.
2.
Di sekolah pula saya ingin mencadangkan peraturan tambahan
seperti berikut:-
-
Sediakan gelas plastik bersih di sekolah bagi setiap murid.
Minta setiap murid untuk membasuh gelas ini sehingga bersih sebelum digunakan.
-
Susu perlu dituangkan ke dalam gelas plastik ini terlebih
dahulu.
-
Periksa keadaan serta kualiti susu. Jika warnanya sudah
berubah, berbau atau keadaanya berketul-ketul, sila lapurkan segera kepada
guru. Susu begini perlu di buang dan diganti dengan susu lain.
-
Apa bila semuanya kelihatan OK maka barulah susu tersebut dibenarkan
untuk diminum oleh murid-murid.
-
Ingatkan kepada murid, jangan sesekali meminum susu terus
dari kotaknya.
-
Minta murid-murid membasuh dengan bersih gelas masing-masing
selesai sahaja minum susu.
Saya
pasti jika langkah-langkah yang saya syorkan di atas diamalkan, masalah
keracunan makanan dari skim susu percuma 1Malaysia ini akan dapat dikurangkan
ke paras yang paling minima. Semoga apa yang saya tulis ini akan dapat
memberikan menafaat kepada semua. Salam.
Haji
Yaziz Yunus
UnclearEngineer
UnclearEngineer
yazizy@gmail.com