-----------------
Macam
mana nak memastikan masa depan yang cerah bagi Malaysia jika kita sanggup
mematikan projek bernilai RM60 billion yang akan menukar daerah sepi seperti
Pengerang menjadi kawasan yang yang pesat membangun menandingi kehebatan
Singapura sebagai hub petrokimia Asia dan
yang akan mencipta 40,000 peluang pekerjaan bagi warganegara Malaysia terutama
bagi penduduk tempatan?
Isu
pampasan RM 2.80 sekaki persegi telah dimainkan bagi menaikkan perasaan tak
puas hati bagi penduduk Pengerang. RM 2.80 sekaki persegi bermakna sebanyak lebihkurang
RM120,000 bagi setiap ekar. Berapakah agaknya harga tanah ini sebelum
pengumuman projek ini oleh PETRONAS? RM 20,000 seekar? Selain dari pampasan
tersebut saya dimaklumkan bahawa kerajaan juga berjanji akan menyediakan tapak
rumah di satu kawasan lain untuk penduduk yang terpaksa berpindah selain
peluang latihan bagi anak tempatan dalam merebut peluang pekerja di bidang
industri minyak dan gas yang akan dibangunkan nanti.
Membaca
the Malaysian Insider, akan menjadi “terang lagi bersuluh” tentang niat sebenar
kumpulan pencacai gerakan hijau ini. Lihat sahaja apa yang di tulis seperti di
bawah ini.
-
“The outspoken activist added the Pengerang issue would
likely be UMNO’s sore point, even affecting its chances of capturing the parliamentary
seat in the coming polls”. -
Sebenarnya
isunya bukan tentang keperhatinan mereka terhadap nasib penduduk dan alam
sekitar di Penggerang tetapi lebih kepada mahu mengoyahkan kekuatan UMNO di Johor
yang di lihat oleh ramai ahli politik sebagai kubu kuat terakhir UMNO. Memang
tersususn nampaknya gerakan yang mahu menukar kerajaan yang mungkin di biayai
oleh oleh anasir-anasir dari luar negara ini. Mengangkut hampir 10,000 orang ke
Pengerang Johor bukan kerja mudah dan murah. Selain logistik melibatkan pengangkutan,
pihak penganjur juga perlu mengambilkira tentang keselamatan serta makan minum
pembantah yang terlibat selain menyediakan sehelai T-shirt bagi setiap orang!
Saya
cadangkan supaya kerajaan lihat sahaja dulu apa yang berlaku. Jika benar banyak
penduduk tempatan yang menyertai bantahan, ambil sahaja keputusan untuk
membatalkan projek dan pindahkan sahaja ke tempat lain yang lebih memerlukan
projek seperti ini. Atau kalau tak ada tempat di Malaysia yang mahu, cari
sahaja tempat luar negara. Yang penting PETRONAS perlu mencari jalan untuk
mempertingkatkan hasilnya.
Nampaknya
lagi lama PRU 13 dilengahkan lagi banyak isu yang cuba di timbulkan oleh
pembangkang bagi mengikis sokongan rakyat kepada kerajaan BN. Semua tindakan bagi
pembangunan negara akan diputarbelit bagi menampakkan segala cerita negatif
bagi memburuk-burukan kerajaan semasa. Harapan mereka rakyat akan bangun dan
menukar kerajaan kepada parti mereka pula.
Tak
nampak kah lagi kita?
UnclearEngineer
No comments:
Post a Comment
Awas, bahasa anda. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.