Wednesday, September 26, 2012

PERKEMBANGAN TEKNOLOGI NUKLEAR DI INDONESIA


Saya amat tertarik dengan video dari youtube ini mengenai reaktor nuklear 30 MW yang beroperasi di Serpong, Indonesia. Saya berpeluang melawat reaktor ini beberapa tahun yang lampau. Saya juga berpeluang melihat operasi pembuatan radioisotop dan “sel panas” yang terletak bersebelahan dengan kompleks reaktor ini.
Dari segi peralatan dan teknologi, Indonesia saya dapati lebih maju dan terkehadapan dalam teknologi nuklear ini. Indonesia telah memperkenalkan teknologi nuklear lebih awal dari Malaysia, malah Pusat Penyelidikan Atom Tun Ismail (PUSPATI) dibangunkan di Malaysia selepas Tun Dr. Ismail begitu tertarik dengan teknologi ini sebaik melawat reaktor TRIGA di Bandung.


UnclearEngineer. 

1 comment:

  1. Saya percaya bahwa orang orang Malaysia adalah orang orang yang amat pintar, tolonglah rakyat Indonesia untuk lebih mengerti ilmu ilmu Nuklear. Saya memohon rakyat Malaysia membantu rakyat Indonesia belajar ilmu ilmu Nuklear, terima kasih.

    Wasalam
    Haji Muhammad Abdullah

    ReplyDelete

Awas, bahasa anda. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.